Tengku Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz
Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato' Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz (diputerakan pada Kota Bharu, Kelantan) ialah Tengku Temenggong Kelantan. Beliau merupakan saudara sepupu kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.
18 Julai 1961 di Istana Kota Lama,Tengku Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz | |||||
---|---|---|---|---|---|
Yang Berhormat Mulia Tengku Temenggong Kelantan | |||||
![]() | |||||
Tengku Temenggong Kelantan | |||||
Tempoh | 25 November 2013 – kini | ||||
Didahului oleh | Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra | ||||
Keputeraan | Tengku Mohamad Rizam 18 Julai 1961 Istana Kota Lama, Kota Bharu, Kelantan, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) | ||||
Pasangan | Yang Mulia Tengku Puan Temenggong Kelantan Tunku Puan Sri Dato' Hajah Noor Hayati binti Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj | ||||
Anakanda |
| ||||
| |||||
Kerabat | Kerabat Diraja Kelantan | ||||
Ayahanda | Tengku Abdul Aziz bin Almarhum Tengku Mohd Hamzah | ||||
Bonda | Tengku Merjan binti Almarhum Sultan Yahya Petra | ||||
Agama | Islam |
Tengku Mohamad Rizam merupakan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan (SPN). Beliau juga merupakan Pro-Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan telah diisytiharkan pada 13 Oktober 2018.
Kehidupan awal dan pendidikanSunting
Tengku Mohamad Rizam diputerakan di Istana Kota Lama, Kota Bharu, Kelantan pada 18 Julai 1961. Beliau merupakan anakanda sulung daripada empat beradik daripada pasangan Tengku Sri Utama Raja Tengku Abdul Aziz Bin Almarhum Tengku Muhammad Hamzah dan Tengku Puan Sri Utama Raja Tengku Merjan Binti Almarhum Sultan Yahya Petra. Beliau juga merupakan cucunda sulung kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-6 iaitu Almarhum Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim dan Almarhumah Raja Perempuan Zainab II binti Almarhum Tengku Sri Utama Raja Tengku Muhammad Petra.[1]
Tengku Mohamad Rizam memulakan pendidikan pertama di peringkat rendah di Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail (I), Batu 2, Jalan Kuala Krai, Kota Bharu Kelantan. Kemudian meneruskan persekolahan sehingga Tingkatan 2 di Sekolah Menengah Sultan Ismail, Kota Bharu, Kelantan. Pada usia 15 tahun, beliau kemudiannya berpindah ke St.John's Institution di Kuala Lumpur kerana mengikuti nenda beliau iaitu Almarhum Sultan Yahya Petra Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim yang ketika itu dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-6. Setelah menduduki peperiksaan Malaysia Certificate Education (MCE) di St.John Institution di Kuala Lumpur, beliau menduduki A Level selama 2 tahun di Cheltenham College, England. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran lebih tinggi ke Ohio University, Athens, Ohio, USA dan mendapat Bachelor of Business Administration (Hons) Major in Marketing pada tahun 1984. Beliau juga menyambung pengajian ke peringkat sarjana dan kemudian mendapat Master of Business Administration (MBA) daripada United States International University, San Diego, California USA pada tahun 1985.[2]
KerjayaSunting
Tengku Mohamad Rizam memulakan kerjaya pada tahun 1986 dalam bidang perbankan dan kemudiannya bersara pada tahun 2014 semasa beliau bertugas di RHB Islamic Bank sebagai Ketua Perbankan Teknologi dan Naib Presiden Kanan RHB Islamic Bank.[3][4]
Pada 6 September 2014, Tengku Mohamad Rizam dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan (SPN). Kemudian, beliau dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) pada 19 Mac 2019. Beliau juga merupakan Komander Rejimen 506 Askar Wataniah mulai dari 2 Ogos 2012 hingga 1 Ogos 2021 dan berpangkat Brigadier General.
Sejarah lantikanSunting
Pada tahun 1999, Tengku Mohamad Rizam dilantik sebagai Tengku Sri Jaya Raja Kelantan oleh Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra dan memegang gelaran itu selama sebelas tahun. Pada tahun 2010, Tengku Mohamad Rizam dinaikkan gelaran kepada Tengku Panglima Raja Kelantan oleh Pemangku Raja Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra dan memegang gelaran itu selama tiga tahun. Pada tanggal 25 November 2013, Tengku Mohamad Rizam dinaikkan gelaran sebagai Tengku Temenggong Kelantan oleh Sultan Kelantan Sultan Muhammad V. Beliau juga merupakan seorang ahli Majlis Perajaan Negeri Kelantan (MPN).
Kehidupan peribadiSunting
Pada 18 Julai 1991, Tengku Mohamad Rizam telah berkahwin dengan Tunku Noor Hayati iaitu anakanda kepada Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Mereka dikurniakan dengan 2 orang putera dan seorang puteri iaitu Tengku Nur Qistina Petri, Tengku Abdul Rahman Petra dan Tengku Yahya Aziz Petra.
Terasul, gelaran, kurniaan dan lambangSunting
Gelaran hormat bagi Tengku Mohamad Rizam | |
Gaya panggilan | Yang Berhormat Mulia |
---|---|
Gaya pertuturan | Yang Berhormat Mulia |
Gaya pilihan | Tengku |
Terasul dan gelaranSunting
- 18 Julai 1961 – 30 Mac 1999: Yang Mulia Tengku Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz
- 30 Mac 1999 – 2 Jun 2010: Yang Berhormat Mulia Tengku Sri Jaya Raja Kelantan Tengku Dato' Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz
- 2 Jun 2010 - 25 November 2013: Yang Berhormat Mulia Tengku Panglima Raja Kelantan Tengku Dato' Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz[5]
- 25 November 2013 – 9 September 2017: Yang Berhormat Mulia Tengku Temenggong Kelantan Tengku Dato' Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz
- 9 September 2017 - kini: Yang Berhormat Mulia Tengku Temenggong Kelantan Tengku Tan Sri Dato' Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz
PenghargaanSunting
Tengku Mohamad Rizam telah dianugerahkan:
Kurniaan KelantanSunting
- Darjah Seri Paduka Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (Al-Ismaili I) (SJMK, 1999) membawa gelaran Dato'
- Darjah Seri Paduka Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (Al-Muhammadi I) (SPMK, 2010) membawa gelaran Dato'
- Penerima Darjah Kerabat Kelantan Yang Amat Dihormati (Al-Yunusi) (DK, 2017)
Kurniaan Persekutuan MalaysiaSunting
- Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia, Panglima Setia Mahkota (PSM, 9 September 2017) membawa gelaran Tan Sri[6]
Kurniaan Angkatan Tentera MalaysiaSunting
Isterinya, Tunku Noor Hayati telah dianugerahkan:
Kurniaan KelantanSunting
KeturunanSunting
Keturunan Tengku Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz[7] | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
|
RujukanSunting
- ^ Butiran Tengku Mohamad Rizam
- ^ Profil Yang Berhormat Mulia Tengku Yang DiPertua Maik
- ^ http://www.kelantan.gov.my/index.php/ms/buletin-bil-3-2014/book/4/1?page=16/</
- ^ http://spn.kelantan.gov.my/index.php/ms/pusat-media-2/galeri-video/
- ^ "Tengku Mohamad Rizam bergelar Tengku Panglima Raja". Utusan Online. 3 Jun 2010. Dicapai pada 24 Mei 2018.
- ^ Terima gelaran Tan Sri
- ^ Salasilah Kelantan 7
Tengku Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz Kerabat diraja Kelantan Tarikh keputeraan: 18 Julai 1961
| ||
Gelaran Diraja | ||
---|---|---|
Didahului oleh Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni Sultan Ismail Petra |
Tengku Temenggong Kelantan 2013 |
Pemegang jawatan kini |