Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra
Yang Teramat Mulia Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra (Jawi: تڠکو محمد فائز ڤيترا ابن المرحوم سلطان إسماعيل ڤيترا ; diputerakan pada 20 Januari 1974 di Kota Bharu, Kelantan, Malaysia) merupakan Tengku Mahkota Kelantan.[fn 1]
Tengku Muhammad Fa-iz Petra | |||||
---|---|---|---|---|---|
Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan | |||||
![]() Tengku Fa-iz sempena Sambutan Hijratul Rasul Peringkat Negeri Kelantan 1437H/2015M | |||||
Tengku Mahkota Kelantan | |||||
Tempoh | 18 Oktober 2010 - kini | ||||
Didahului oleh | Tengku Muhammad Faris Petra | ||||
Tengku Bendahara Kelantan | |||||
Tempoh | 30 Mac 1989 - 18 Oktober 2010 | ||||
Diikuti oleh | Tengku Muhammad Fakhry Petra | ||||
Keputeraan | Tengku Muhammad Faiz Petra bin Tengku Ismail Petra 20 Januari 1974 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia | ||||
Pasangan | Che Puan Sofie Louise Johansson Petra (k. 2019) | ||||
Anakanda | Tengku Muhammad Johan Petra | ||||
| |||||
Ayahanda | Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra | ||||
Bonda | Tengku Anis binti Tengku Abdul Hamid | ||||
Agama | Islam | ||||
Tandatangan | ![]() |
Kehidupan awal Sunting
Baginda telah diputerakan di Kota Bharu, Kelantan pada 20 Januari 1974. Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Faiz Petra ialah putera Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dan Raja Perempuan Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid. Baginda ialah putera kedua daripada tiga putera dan seorang puteri iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, Yang Amat Mulia Tengku Bendahara Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra dan Yang Amat Mulia Tengku Maharani Putri Tengku Amalin A’ishah Putri binti Almarhum Sultan Ismail Petra.[1]
Pendidikan Sunting
Baginda memulakan pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail (1), Kota Bharu, Kelantan. Kemudian, baginda berangkat ke London untuk menyambung pelajaran peringkat menengah dan memilih Oakham School Rutland, England sebagai destinasi pengajiannya. Selepas berjaya mendapat 10 GCSE'S dan 3 A-Level, baginda menyambung pengajian di Sekolah Ekonomi London. Baginda telah lulus dengan meraih Ijazah Sarjana Muda Sejarah. Semasa di London, Baginda sempat mendaftar di Universiti Firence untuk mempelajari Bahasa dan Sastera Itali pada peringkat asas dan pertengahan.
Sebagai seorang yang cintakan ilmu pengetahuan, peluang yang diberi untuk mendalami ilmu tidak disia-siakan baginda. Setelah memperolehi ijazah pertama dalam bidang sejarah, baginda terus berada di London bagi melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. Baginda telah memilih Kolej Universiti London bagi menyambung pelajaran peringkat Sarjana dan berjaya mendapat Ijazah Sarjana Sejarah Purba. Di universiti dan dalam bidang yang sama juga, baginda telah berjaya pula memperoleh ijazah lanjutan MPHIL.
Tidak cukup dengan Ijazah Sarjana, baginda menyambung pelajaran peringkat kedoktoran falsafah pula dalam bidang yang sama. Masa lapang baginda diisi dengan membaca dan melukis. Dalam bidang sukan, baginda sangat berminat dalam permainan bola sepak.
Pelantikan Sunting
Baginda telah diisytiharkan sebagai Yang Amat Mulia Tengku Bendahara Kelantan sempena sambutan ulangtahun ke-40 keputeraan Al-Sultan Kelantan pada tanggal 30 Mac 1989 dan merupakan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) yang ke-17 dari 21 Jun 2009 hingga 18 Mac 2019.
Baginda telah dimasyhurkan sebagai Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan setelah dipertimbangkan oleh Majlis Perajaan Negeri Kelantan yang telah dipengerusikan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Laksamana Kelantan Tengku Abdul Halim Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ibrahim. Majlis rasmi penyerahan pelantikan Baginda sebagai Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan telah diadakan bertempat di Istana Negeri, Kubang Kerian pada tanggal 18 Oktober 2010.
Menurut Perlembagaan Tubuh Negeri Kelantan, Baginda boleh dilantik sebagai pemerintah atau Pemangku Raja Kelantan sekiranya Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan berada di luar negeri dalam tempoh melebihi 12 bulan ataupun tidak mampu menjalankan tugasan rasmi baginda, melebihi tempoh yang sama.
Baginda telah dipakai pangkat Laksamana Pertama (Kehormat) Tentera Laut D’Raja Malaysia (TLDM) pada 5 April 2013.
Pada 8 Disember 2016, baginda telah dilantik sebagai Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan apabila kekanda baginda Sultan Muhammad V dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.
Baginda dilantik sebagai Pro-Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada 19 September 2011 sebelum dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Malaysia Kelantan pada 16 Februari 2017.
Pada 23 November 2022, baginda telah dilantik semula sebagai Pro-Canselor Universiti Malaysia Kelantan setelah kekanda baginda, Sultan Muhammad V dimasyhurkan sebagai Tuanku Canselor yang baharu.[2]
Perkahwinan dan anakanda Sunting
Baginda telah melangsungkan perkahwinan dengan Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan Che Puan Sofie Louise Johansson Petra yang merupakan warganegara Sweden di Istana Balai Besar, Kota Bharu pada hari Jumaat, 13 Syaaban 1440H bersamaan 19 April 2019M.[3]
Pasangan diraja ini telah dikurniakan anakanda pertama dan putera sulung diberi nama Tengku Muhammad Johan Petra yang diputerakan pada 17 Julai 2023.[4][5]
Keluarga dan Kerabat Sunting
Baginda berkahwin dengan Che Puan Sofie Louise Johansson Petra pada 19 April 2019. Pasangan diraja ini dikurniakan dengan seorang putera.
Nama | Keputeraan | Tempat Keputeraan | Umur |
---|---|---|---|
Yang Mulia Tengku Muhammad Johan Petra |
17 Julai 2023 | Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan | 2 bulan dan 12 hari |
Terasul, gelaran dan lambang Sunting
Gelaran hormat bagi Tengku Muhammad Fa-iz Petra | |
Gaya panggilan | Yang Teramat Mulia |
---|---|
Gaya pertuturan | Yang Teramat Mulia |
Gaya pilihan | Tuanku |
- 20 Januari 1974 - 30 Mac 1979: Yang Mulia Tengku Muhammad Fa-iz Petra bin Tengku Ismail Petra
- 30 Mac 1979 - 30 Mac 1989 : Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Sultan Ismail Petra
- 30 Mac 1989 - 18 Oktober 2010 : Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Sultan Ismail Petra, Tengku Bendahara Kelantan
- 18 Oktober 2010 - 28 Ogos 2013 : Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Sultan Ismail Petra, Tengku Mahkota Kelantan
- 28 Ogos 2013 - 8 Disember 2016 : Yang Teramat Mulia Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Sultan Ismail Petra, Tengku Mahkota Kelantan
- 8 Disember 2016 - 6 Januari 2019 : Yang Maha Mulia Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Sultan Ismail Petra, Pemangku Raja Kelantan
- 6 Januari 2019 - 28 September 2019 : Yang Teramat Mulia Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Sultan Ismail Petra, Tengku Mahkota Kelantan
- 28 September 2019 - kini : Yang Teramat Mulia Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra, Tengku Mahkota Kelantan
Gelaran penuh baginda ialah: Yang Teramat Mulia Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra, D.K., S.P.M.K., D.M.K. (Kedah), PhD (UCL), Tengku Mahkota Kelantan
Keturunan Sunting
Keturunan Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
|
Penghargaan Sunting
Baginda telah dianugerahkan:[7][8]
Penghargaan Kelantan Sunting
- Darjah Kebesaran Kerabat Kelantan Yang Amat Dihormati (Al-Yunusi) (DK, 30 Mac 2003)
- Darjah Seri Paduka Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (Al-Muhammadi I) (SPMK) - Dato'
- Pingat Jubli Perak (30 Mac 2004)
Penghargaan Kedah Sunting
- Darjah Utama Sri Mahawangsa Yang Amat di-Hormati (DMK, 30 September 2017) - Dato' Seri Utama
Nota Sunting
- ^ Walaupun baginda kadangkalanya digelar pewaris nyata atas lantikan baginda sebagai Tengku Mahkota, hal ini masih belum sah secara teknikal memandangkan baginda masih boleh digantikan oleh putera Sultan Kelantan kini jika berlaku keputeraan. Bagaimanapun, perkara ini berkemungkinan besar tidak akan berlaku kerana Sultan Kelantan tidak dikurniakan putera.
Rujukan Sunting
- ^ Profil Tengku Mahkota Kelantan
- ^ Bernama (23 November 2022) [1] Sinar Harian.
- ^ Muhamaad Razis Ismail (6 April 2019). "Tengku Mahkota Kelantan nikah 19 April ini". myMetro. Dicapai pada 6 April 2019. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ Wartawan SinarPlus (24 Julai 2023). "Tengku Muhammad Johan Petra putera menyerikan rumah tangga Tengku Mahkota dan Che Puan Mahkota Kelantan". Sinar Harian. Dicapai pada 24 Julai 2023.
- ^ "Tengku Mahkota Kelantan dikurnia putera pertama".
- ^ Royal Ark
- ^ The Royal Ark, Kelantan genealogical details, p.8
- ^ Pro-chancellor of the University of Kelantan with orders mentions
Pautan luar Sunting
- Tengku Muhammad Faiz is Kelantan crown prince, The Star, 18 October 2010.
- Tengku Muhammad Faiz is Kelantan regent, mStar, 8 Disember 2016.
Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra Kerabat Diraja Kelantan Tarikh keputeraan:
20 Januari 1974 | ||
Gelaran pemerintah | ||
---|---|---|
Didahului oleh Sultan Muhammad V |
Tengku Mahkota Kelantan 2010 – kini |
Pemegang jawatan kini |