Tengku Muhammad Ismail

Yang di-Pertuan Muda Terengganu

Duli Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Ismail ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin (diputerakan pada 1 Mac 1998) merupakan Yang di-Pertuan Muda Terengganu. Baginda adalah putera sulung dan anakanda kedua kepada KDYMM Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dan KDYMM Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah.

Tengku Muhammad Ismail
Duli Yang Teramat Mulia Yang di-Pertuan Muda Terengganu
Yang di-Pertuan Muda Terengganu
Pemerintahan12 Januari 2006 - kini
Pemasyhuran12 Januari 2006
Didahului olehTengku Mizan Zainal Abidin
Keputeraan(1998-03-01)1 Mac 1998 (Umur 26 tahun, 3 bulan dan 13 hari)
Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
KerabatBendahara
Johor-Terengganu
AyahandaAl-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud
Al-Muktafi Billah Shah
BondaSultanah Nur Zahirah
AgamaIslam

Kehidupan peribadi

sunting

Baginda merupakan anakanda kedua daripada 4 orang adik-beradik. Baginda mempunyai seorang kekanda dan 2 orang adinda:

  • Yang Amat Mulia Tengku Nadhirah Zahrah (Tengku Puteri Utama Raja)
  • Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Mua'az (Tengku Sri Setia Mahkota Raja)
  • Yang Amat Mulia Tengku Fatimatuz Zahra’ (Tengku Puteri Daulath Raja)

Pendidikan

sunting

Baginda mendapat pendidikan di Garden International School di Kuala Lumpur. Baginda juga khabarnya melanjutkan pelajaran di luar negara di United Kingdom.

Pewarisan takhta

sunting

Baginda berada dalam barisan pertama dalam kedudukan sistem pewarisan takhta kerajaan negeri Terengganu dan diisytihar sebagai Duli Yang Teramat Mulia Yang di-Pertuan Muda Terengganu.

Baginda dan Majlis Penasihat Pemangku Raja

sunting

Pada 13 Disember 2006, baginda dimasyhurkan sebagai Pemangku Raja Terengganu mengikut Syarat (1) Fasal 16AA, Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (Bab Yang Kedua) mengenai Pelantikan Pemangku Raja. Baginda dibantu oleh tiga orang ahli Majlis Penasihat Pemangku Raja yang ditubuhkan berikutan Baginda yang belum mukallaf (boleh menjalankan tanggungjawab sendiri) untuk mentadbir negeri Terengganu bersendirian.

Majlis Penasihat Pemangku Raja
Ahli Keterangan Catatan
Tengku Baderulzaman ibni al-Marhum Sultan Mahmud al-Muktafi billah Shah Tengku Sri Panglima Raja Terengganu Pengerusi
Tengku Sulaiman ibni al-Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah Tengku Sri Laksamana Raja Terengganu Ahli
Datuk Abdul Kadir Sulaiman Hakim Mahkamah Persekutuan Ahli

Baginda dan Majlis Perwakilan Pemangku Raja

sunting

Pada 26 Ogos 2010, baginda sekali lagi dimasyhurkan sebagai Pemangku Raja Terengganu setelah ayahandanya berpuas hati bahawa baginda telah mukallaf.[1] Akan tetapi, berikutan baginda masih melanjutkan pelajaran di England, Majlis Perwakilan Pemangku Raja ditubuhkan menggantikan fungsi Majlis Penasihat Pemangku Raja yang dibubarkan.

Majlis Perwakilan Pemangku Raja
Ahli Keterangan Catatan
Tengku Mustafa Kamel ibni al-Marhum Sultan Mahmud al-Muktafi billah Shah Tengku Sri Bendahara Raja Terengganu Pengerusi
Tengku Sulaiman ibni al-Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah Tengku Sri Laksamana Raja Terengganu Ahli
Datuk Abdul Kadir Sulaiman Hakim Mahkamah Persekutuan Ahli

Peranan

sunting

Pada 19 Julai 2009, baginda dilantik sebagai Penaung Persekutuan Pengakap Malaysia bagi negeri Terengganu.

Darjah kebesaran

sunting

Baginda telah dianugerahkan:

  •   Terengganu:
    •   Darjah Kerabat DiRaja Terengganu Yang Amat Mulia Darjah Yang Pertama (DKR I, 14 Disember 2011).
    •   Darjah Kebesaran Kerabat Terengganu Yang Amat Mulia Darjah Yang Pertama (DK I, 12 Disember 2006).
    •   Darjah Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu - Dato' Seri (SSMZ).

Terasul dan gelaran

sunting
Gelaran hormat bagi
Tengku Muhammad Ismail
Gaya panggilan Duli Yang Teramat Mulia
Gaya pertuturan Duli Yang Teramat Mulia
Gaya pilihan Tuanku
  • 1 Mac 1998 - 15 Mei 1998: Yang Mulia Tengku Muhammad Ismail bin Tengku Mizan Zainal Abidin
  • 15 Mei 1998 - 12 Januari 2006: Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Ismail ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin
  • 12 Januari 2006 - 12 November 2006: Duli Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Ismail ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, Yang di-Pertuan Muda Terengganu
  • 12 November 2006 - 12 Disember 2011: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Ismail ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, Pemangku Raja Terengganu
  • 12 Disember 2011 - kini: Duli Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Ismail ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, Yang di-Pertuan Muda Terengganu

Rujukan

sunting