Tengku Noor Asiah Tengku Ahmad

ahli politik Malaysia; kerabat diraja Kelantan

Dato’ Tengku Noor Asiah ialah seorang ahli politik berketurunan raja di Malaysia. Beliau dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada 11 November 1930. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Merbau (1935-1938). Selepas itu, beliau menuntut di Government Girls English School antara 1939-1940. Beliau tidak dapat meneruskan pendidikan selepas itu disebabkan Tanah Melayu diserang oleh tentera Jepun.

Dato'

Tengku Noor Asiah Tengku Ahmad
Anggota Parlimen
untuk Tumpat
Dalam jawatan
1974–1982
Didahului olehAbdul Aziz Omar
Digantikan olehDusuki Ahmad
Butiran peribadi
LahirTengku Noor Asiah binti Tengku Ahmad
(1930-11-11)11 November 1930
Kelantan Kota Bharu, Kelantan
Meninggal dunia25 September 2013(2013-09-25) (umur 82)
Kuala Lumpur Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur
Parti politik UMNO
Anak-anak22
BapaTengku Haji Long Ahmad ibni Tengku Temenggung Tengku Haji Long Abdul Ghaffar (Tengku Panglima Raja Kelantan)
Hubungan

Beliau mula melibatkan diri dalam pertubuhan Perkumpulan Perempuan atau Women’s Institute (WI) Negeri Kelantan pada tahun 1960-an. Beliau mula-mula dilantik menjadi Bendahari, antara 1962-1971, kemudian dilantik menjadi Pengerusi mula 1971 hingga sekarang.

Disamping itu, beliau juga dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa WI Malaysia mulai 1974 dan pada 1987, beliau ialah Timbalan Yang Dipertua WI Malaysia. Selain itu, beliau juga pernah dilantik sebagai Ahli Jawatan Belia, Kelab Suara Muda. Beliau kemudiannya dilantik menjadi wanita pertama memegang jawatan Pengerusi Puteri Kelab Suara Muda iaitu antara 1955-1965.

Politik sunting

Beliau mula terlibat dalam politik apabila menyertai Parti Negara pada tahun 1956. Kemudian menyertai UMNO dan dilantik menjadi Ketua Wanita UMNO Cawangan Merbau dari 1963-1974. Pada tahun 1969 hingga 1974 menjadi wanita pertama memegang jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kelantan dan Ahli Jawatan Kuasa Majis Tertinggi UMNO Malaysia pada 1968.

Semasa krisis UMNO Kelantan yang membawa penubuhan Parti Melayu Semangat 46, di bawah Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li), beliau dilantik menjadi Ketua Wanita Semangat 46 Semalaysia dan kembali semula ke dalam UMNO apabila Semangat 46 dibubarkan pada tahun 1996.

Keluarga sunting

Dato’ Tengku Noor Asiah memang lahir dalam keluarga politik. Ayahandanya, dikenali dengan YAM Tengku Ahmad Panglima Raja Kelantan merupakan salah seorang Pengasas dan Pengerusi UMNO Kelantan sebelum merdeka.

YAM Tengku Panglima Raja Kelantan Tengku Long Ahmad Tengku Temenggong Tengku Long Abdul Ghaffar Ibni Sultan Muhammad II (Long Senik Mulut Merah),. Tengku Panglima Raja Kelantan Tengku Long Ahmad Tengku Long Abdul Ghaffar Ibni Sultan Muhammad II (Long Senik Mulut Merah) berperanan sebagai penabal Al-Sultan Kelantan.

Beberapa orang saudaranya ikut aktif dalam politik. Semasa menjadi anggota parlimen 1974, adiknya Tengku Zaid Tengku Ahmad juga menjadi anggota parlimen Pasir Mas mewakili Pas.

Beliau juga adalah kekanda kepada Sultanah Johor Tengku Zanariah Tengku Ahmad dan Sultanah Nora Tengku Ahmad dan juga Tengku Iskandar Tengku Ahmad adiknya.

Dato' Tengku Noor Asiah menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1978 bagi kawasan Tumpat, negeri Kelantan. Beliau bertanding atas tiket parti Barisan Nasional.

Lihat juga sunting