Tengku Permaisuri Norashikin
Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Norashikin Binti Abdul Rahman (lahir 4 Jun 1971) merupakan Tengku Permaisuri kepada negeri Selangor Darul Ehsan dan permaisuri kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj iaitu Sultan Selangor yang ke-9. Baginda merupakan seorang bekas pembaca berita kepada Radio Televisyen Malaysia.
Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Norashikin | |||||
---|---|---|---|---|---|
Tengku Permaisuri Selangor | |||||
![]() Potret rasmi DYMM Tengku Permaisuri Norashikin | |||||
Tengku Permaisuri Selangor ke-4 | |||||
Tempoh | 8 Ogos 2016 | ||||
Pelantikan | 11 Ogos 2016 | ||||
Didahului oleh | Permaisuri Siti Aishah Binti Abdul Rahman | ||||
Keputeraan | Malaysia | 4 Jun 1971||||
Pasangan |
| ||||
Anakanda | Nur Amanda binti Mustapha Kamal Adam Salleh bin Mustapha Kamal | ||||
| |||||
Ayahanda | Abdul Rahman | ||||
Agama | Islam |
Latar BelakangSunting
Tengku Permaisuri Norashikin, berasal daripada Shah Alam, merupakan isteri kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj setelah diijabkabulkan oleh Mufti Kerajaan Negeri Selangor, YBhg. Sahibus Samahah Datuk Mohd. Tamyes Abd. Wahid pada 31 Ogos 2016 di Masjid Diraja, Istana Alam Shah, Klang. Majlis pernikahan baginda berdua telah dibuat secara sederhana dan ringkas atas titah baginda sendiri. Pernikahan tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Selangor, YBhg. Dr. Anhar Opir; Imam Paduka Tuan, Mohd Rasid Mahful; mantan Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Selangor, YBhg. Datuk Abdul Majid Omar; ahli Majlis Agama Islam Selangor, Datuk Salehuddin Saidin, dan keluarga baginda. Datin Paduka Seri Norashikin telah dilantik oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai Tengku Permaisuri Selangor pada 8hb September 2016, iaitu kira-kira seminggu selepas baginda berdua bernikah dengan gelaran Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Norashikin, Tengku Permaisuri Selangor.
Sebelum ini, baginda yang juga bekas pembaca berita Radio Televisyen Malaysia dan pramugari Malaysia Airlines itu pernah berkahwin dengan Kapten Mustapha Kamal Halim dan mempunyai dua cahaya mata, Nur Amanda dan Adam Salleh hasil perkahwinan tersebut.
Anugerah dan PencapaianSunting
Sumber RujukanSunting
Gelaran Diraja | ||
---|---|---|
Didahului oleh Tuanku Siti Aishah binti Abdul Rahman |
Tengku Permaisuri Selangor 2016–kini |
Pemegang jawatan kini |
Didahului oleh Raja Perempuan Perlis |
Susunan Kekananan Raja Permaisuri | Diikuti oleh: Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan |
- ^ http://awards.selangor.gov.my/awards/searchlinkstate.php?search=norashikin&image1.x=0&image1.y=0
- ^ https://www.bharian.com.my/node/191194
- ^ https://www.thestar.com.my/news/nation/2016/09/03/sultan-marries-tv-personality-ruler-weds-newsreader-in-palace/
- ^ http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1119&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_04.htm
- ^ http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0310&pub=utusan_malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm