Sultan Alauddin Sulaiman Shah

Sultan Selangor
(Dilencongkan dari Tengku Sulaiman Shah)

Almarhum Sultan Sir Alauddin Suleiman Shah ibni Almarhum Raja Muda Selangor Raja Haji Musa ibni Almarhum Sultan Sir Abdul Samad ibni Almarhum Raja Bendahara Selangor Raja Abdullah ibni Almarhum Sultan Ibrahim Shah ibni Almarhum Sultan Salehuddin Shah ibni Almarhum Yang di-Pertuan Muda Riau II Opu Daeng Chelak

Sultan Ala'iddin Suleiman Shah
Sultan Selangor VI
Pemerintahan 17 Februari 1898 - 31 Mac 1938
Pendahulu Sultan Abdul Samad
Pengganti Sultan Hisamuddin Alam Shah
Pasangan Tunku Maharum binti Tengku Ziauddin
Anakanda
Tengku Musauddin Shah
Tengku Alam Shah
Tengku Permaisuri Zahara, Tengku Permaisuri Langkat
Tengku Ampuan Hajah Raihani, Tengku Ampuan Brunei
Nama penuh
Sultan Sir Ala'iddin Suleiman Shah ibni Almarhum Raja Muda Selangor Raja Haji Musa
Ayahanda Raja Muda Selangor Raja Musa ibni Almarhum Sultan Abdul Samad
Bonda Raja Buntal Raimah binti Almarhum Raja Barkat
Keputeraan (1863-09-11)11 September 1863
Kuala Selangor, Selangor, Malaya British
Kemangkatan 31 Mac 1938(1938-03-31) (umur 72)
Istana Mahkota Negara, Klang, Selangor, Malaya British
Dimakamkan Makam Diraja Klang, Klang, Selangor, Malaya British
Agama Islam

merupakan Sultan yang memerintah negeri Selangor, Malaysia pada tahun 1898 hingga 1938.[1][2] Baginda adalah putera kepada Raja Muda Selangor Raja Haji Musa dan dilahirkan pada tahun 1866 di Kuala Selangor. Semasa mudanya, baginda pernah belajar di Raffles School, Singapura dan Raja School di Kuala Lumpur.[3] Baginda telah dilantik menjadi Raja Muda pada tahun 1887 bagi mengisi kekosongan jawatan setelah kemangkatan ayahanda baginda pada tahun 1884.[4]

Tandatangan Sultan Alauddin Sulaiman Shah

Keluarga sunting

Sultan Suleiman mempunyai lima orang adinda iaitu Raja Yahya Sani, Raja 'Abdu'l Murad, Raja Muhammad Tahir, Raja Taksiah dan Raja Chik.

Baginda telah melangsungkan perkahwinan seperti berikut:-

  1. Mac 1891 - berkahwin dengan sepupu baginda Tunku Maharum puteri Tunku Kudin, Kedah dan Raja Arfah, puteri Sultan Abdul Samad. Hasil dari perkahwinan ini baginda dikurniakan dua orang putera, iaitu Tunku Musa'eddin, dan 4 orang puteri[5].
  2. 1910 - berkahwin dengan Raja Zabedah binti Sultan Abdul Jalil Nasiruddin Mukhtaram Shah .[6]
  3. Berkahwin dengan Cik Puan Hasnah binti Pilong Makam Bandar, orang kebanyakan. Dikurniakan dua orang putera, iaitu Tengku Alam Shah, Tengku Badar Shah dan dua orang puteri.
  4. Berkahwin dengan Raja Fatimah binti Sultan Idris Mursyidul Azzam Shah.

Nota kaki sunting

  1. ^ J.M Gullick, 2004, m/s 225
  2. ^ "Sultan Sulaiman Selangor : Sultan yang mengasihi ulama". Wan Mohd Shaghir Abdullah. 2005. Dicapai pada 2010-1-8. Sultan Sulaiman lahir pada 19 Rabiul Akhir 1282 Hijrah/11 September 1865 Masihi dan mangkat pada 30 Muharam 1357 Hijrah/31 Mac 1938 Masihi. Baginda Sultan Sulaiman merupakan Sultan Selangor ke-5, yang bertahta pada tahun 1898 Masihi - 1938 Masihi, memerintah dalam masa lebih kurang 40 tahun. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  3. ^ J.M Gillick, 2004, ms 163
  4. ^ J.M Gillick, 2004, ms 158
  5. ^ J.M Gullick, 2004, ms 167 - 168
  6. ^ J.M Gullick, 2004, ms 174

Rujukan sunting

  • J M Gullick (2004). A History of Selangor. The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society. ISBN 9679948102.


Penyandang Terdahulu Sultan Selangor
18981938
Penyandang Kemudian
Sultan Sir Abdul Samad Sultan Hisamuddin Alam Shah