Tengku Zara Eryna
Tengku Zara Eryna binti Tengku Ahmad Saifuddin (dilahirkan pada 4 Mac 2012) atau lebih mesra disapa sebagai Ku Zara merupakan seorang pelakon kanak-kanak Malaysia, memulakan kerjaya lakonannya seawal usia 3 tahun.[1][2]
Tengku Zara Eryna | |
---|---|
![]() | |
Kelahiran | Tengku Zara Eryna binti Tengku Ahmad Saifuddin 4 Mac 2012 |
Warganegara | Malaysia |
Pekerjaan | Pelakon, model |
Tahun aktif | 2017-kini |
Laman web rasmi | http://tengkuzara.com |
KerjayaSunting
Perjalanannya sebagai pelakon cilik bermula di dalam penglibatan filem tribute khas buat Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.
Penampilam pertamanya adalah drama bersiri Papa Ricky sebanyak 80 episod di Astro Prima. Zara sememangnya terkenal dengan ciri-ciri perwatakan yang bersahaja. Beliau berjaya menghayati watak dan peranannya dengan kemampuan yang luar biasa selain mudah untuk menghafal skrip. Selain berlakon, Ku Zara telah dijemput untuk berduet bersama penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza ketika Majlis Hari Raya pada tahun 2016 di mana beliau juga mempamerkan bakatnya dalam bidang nyanyian. Sejak itu, Ku Zara telah bekerjasama dengan senarai pelakon atau artis bertaraf kelas A di Malaysia seperti Diana Danielle, Redza Rosli, Elvina Mohamad, Nelydia Senrose dan ramai lagi.
Kemuncak terbesar Ku Zara adalah ketika beliau terlibat dalam satu siri filem pendek sebagai Aisyah bersama Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad. Penglibatan beliau berjaya mencuri tumpuan rakyat Malaysia kerana memegang peranan sebagai cucu Perdana Menteri.
Dan juga,di pelancaran Pameran 5G Malaysia MCMC baru baru ini di Putrajaya 18 April 2019, Ku Zara sebagai hologram Aisyah berinteraksi bersama YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad.
FilemografiSunting
DramaSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2017 | Papa Ricky | Cici | Astro Prima | |
Abang Bomba I Love U Nak Balik Raya | Dahlia APNKET | Astro Ria | ||
2018 | Isteri Untuk Diiktiraf | Tengku Tania | TV1 | 30 episod |
Waktu Khalil | Kayla | TV3 | ||
Harta Karun Tok Kie | Alyssa | Astro Ceria | ||
Cinta Tiada Ganti | Ara (kecil) | Astro Maya HD | ||
Leftenan Zana | Zana (kecil) | TV3 | ||
Jika Masih Ada Rindu | Qistina | TV3 | Samarinda - 15 episod | |
2019 | Kerana Dia Manusia Biasa | Alia | TV3 | Samarinda - 15 episod |
Aku Yang Kau Tinggalkan | RTM | Ditayangkan sepanjang bulan ramadhan - 30 episod |
Filem pendekSunting
- Harapan- Filem pendek untuk Malaysia
- Harapan Merdeka
- Harapan Aidilfitri
IklanSunting
Tahun | Jenama |
---|---|
2018 | Telekung Ajraa |
RujukanSunting
Pautan luarSunting
- Laman web rasmi
- Ku Zara di Instagram
- Ku Zara di Facebook
- Ku Zara di Twitter
- Ku Zara di Youtube