Tengku Zulpuri Shah Raja Puji
Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji (lahir 15 Julai 1964) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai ADUN Tras, Di peringkat parti beliau ialah Timbalan Setiausaha Agung DAP.
Yang Berhormat Mulia Tengku Zulpuri Shah Raja Puji 東姑祖爾普里沙拉賈普吉 AP | |
---|---|
Ahli Dewan Negeri Pahang bagi Tras | |
Menyandang jawatan 29 Disember 2022 | |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Majoriti | 11,397 (PRU-15) |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Raub, Pahang | |
Dalam jawatan 10 Mei 2018 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Majoriti | 3,159 (PRU-14) |
Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli | |
Dalam jawatan 2 Julai 2018 – 24 Februari 2020 | |
Raja | Al-Sultan Hajji Sir Abdullah Ri’ayatuddin al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah al-Musta’in Billah al-Hajj |
Perdana Menteri | ![]() ![]() |
Menteri | ![]() ![]() |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Ahli Dewan Negeri Pahang untuk Mentakab | |
Dalam jawatan 2013–2018 | |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Majoriti | 1,554 (PRU-13) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Tengku Zulpuri Shah bin Tengku Puji 15 Julai 1964 |
Kewarganegaraan | Malaysia |
Parti politik | ![]() ![]() |
Pasangan | Rassheidah Ab Rahhim [1] |
Ibu bapa Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "[" tidak dikenali |
|
Pekerjaan | Ahli politik |
Beliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Sumber Asli (2018-2020) dan Ahli Parlimen Raub selama sepenggal (2018-2022).
Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, merupakan anak kepada Tengku Puji Tengku Abdul Hamid, Mantan Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang yang juga bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat. Tengku Zulpuri merupakan seorang ahli perniagaan dan juga merupakan AJK DAP Pahang,Timbalan Pengerusi DAP Raub dan Ahli Parlimen Raub. Beliau juga telah dilantik sebagai Ahli Majlis Perbandaran Selayang, Selangor pada tahun 2009.[2]
Bekas Timbalan Menteri Air, Tanah Dan Sumber Asli, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji merupakan Ahli Parlimen Raub Pahang selama sepenggal.
Beliau merupakan Naib Pengerusi DAP Pahang merangkap Naib Pengerusi Kebangsaan DAP Pusat.
Bekas Ahli Majlis Perbandaran Selayang Selangor selama empat tahun pernah menyandang ADUN Mentakab selepas menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Tengku Zulpuri menjadi ahli DAP pada tahun 2000, kemudian dilantik Ahli Jawatankuasa (AJK) DAP Pahang pada 2008.
Sebelum menceburi bidang politik, beliau pernah bekerja dengan sebuah syarikat Jepun di Kawasan Zon Perdagangan Bebas P1 Selangor.
Dalam penglibatan badan bukan berkanun, beliau pernah dilantik Setiausaha Agung Persatuan Kontraktor Elektrikal, Elektronik dan Mekanikal Melayu Malaysia pada 2008 hingga 2009.
Semasa PRU14, Tengku Zulpuri daripada Pakatan Harapan menang dengan mendapat 20,659 undian ketika menentang Chew Mei Fun daripada parti Barisan Nasional yang mendapat 17,500 undi dengan majoriti undi sebanyak 3,159.
Kerjaya:
- Ahli Parlimen Raub Pahang (2018 hingga kini)
- Timbalan Menteri Air, Tanah Dan Sumber Asli (2 Julai 2018 hingga 24 Februari 2020)
- ADUN Mentakab (2013 hingga 2018)
- Ahli Majlis Perbandaran Selayang Selangor (2009 hingga 2013)
- Ahli Perniagaan
Jawatan disandang dalam politik:
- Naib Pengerusi Kebangsaan DAP Pusat
- Naib Pengerusi DAP Pahang
- Ketua ADUN Pembangkang Pahang (2013 hingga 2018)
- AJK DAP Pahang (2008)
Penglibatan dalam Badan Bukan Berkanun:
- Setiausaha Agung Persatuan Kontraktor Elektrikal, Elektronik dan Mekanikal Melayu Malaysia (2008 hingga 2009)
Pendidikan:
- Ijazah Sains Perubahan Homeopath (2005)
- Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik UTM (2000)
- Diploma Problem Colving & Creativity (2002)
- Diploma kejuruteraan elektrik kuasa UITM Shah Alam (1984 hingga 1987)
- Politeknik Kuantan (1981 hingga 1983)
- Sekolah Menengah Teknik Kuantan (1980 hingga 1982)
- Sekolah Menengah Kebangsaan Dong Raub (1977 hingga 1979)
- Sekolah Kebangsaan Teruntum Kuantan (1971 hingga 1976)
Keputusan pilihan raya
suntingRujukan
sunting- ^ Senarai Timbalan Menteri dan pasangan
- ^ TENGKU ZULPURI SHAH RAJA PUJI, SinarHarian, 2017