Tenis di Sukan Olimpik Musim Panas 2020

Tenis di Sukan Olimpik Musim Panas 2020 telah diadakan pada 24 Julai hingga 1 Ogos 2021 di Taman Tenis Ariake, Tokyo. Sebanyak lima acara dipertandingkan iaitu perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita serta beregu campuran melibatkan 191 atlet dari 45 negara.

Tenis
di Sukan Olimpik XXXII
TempatTaman Tenis Ariake
Tarikh24 Julai – 1 Ogos 2021
Bil. acara5
Pesaing191 dari 45 negara
← 2016
2024 →

Perlawanan ini pada mulanya dijadualkan berlangsung pada tahun 2020, namun ditangguhkan ke tahun 2021 akibat Pandemik COVID-19.[1]

Pengenalan

sunting

Tenis mula dipertandingkan dalam Sukan Olimpik pada Sukan Olimpik Musim Panas 1896 di Athens. Namun pada tahun 1928, tenis tidak dipertandingkan lagi. Pada tahun 1968 dan 1984, tenis kembali dipertandingkan namun sebagai sukan demonstrasi. Pada tahun 1988, tenis kembali dipertandingkan sebagai sukan tetap hingga kini. Sepanjang sukan ini dipertandingkan, terdapat sembilan acara pernah diadakan dengan lima daripadanya masih dipertandingkan.

Great Britain menjadi negara paling banyak meraih pingat dalam sukan ini dengan 43 pingat (17 emas, 14 perak dan 12 gangsa). Amerika Syarikat pula menjadi negara paling banyak meraih pingat emas iaitu sebanyak 21 pingat.[2]

Penyertaan

sunting

Jadual

sunting
Kata kunci
P1 Pusingan 1 P2 Pusingan 2 P3 Pusingan 3 SU Suku akhir SE Separuh akhir G Akhir (gangsa) E Akhir (emas)
Tarikh
Acara
24 Jul 25 Jul 26 Jul 27 Jul 28 Jul 29 Jul 30 Jul 31 Jul 1 Ogo
Lelaki
Perseorangan P1 P1 P2 P2 P3 SU SE G E
Beregu P1 P1 P2 SU SE E
Wanita
Perseorangan P1 P1 P2 P3 SU SE E
Beregu P1 P1 P2 P2 SU SU SE G E
Campuran
Beregu P1 SU SE G E
Sumber:[3]

Pungutan pingat

sunting

Jadual pingat

sunting
KedudukanNOCEmasPerakGangsaJumlah
1  ROC1203
2  Croatia1102
  Republik Czech1102
  Switzerland1102
5  Jerman1001
6  Australia0011
  Brazil0011
  New Zealand0011
  Sepanyol0011
  Ukraine0011
Jumlah (10 NOC)55515

Pemenang pingat

sunting
Acara Emas Perak Gangsa
Perseorangan lelaki Alexander Zverev
  Jerman
Karen Khachanov
  ROC
Pablo Carreño Busta
  Sepanyol
Beregu lelaki   Croatia
Nikola Mektić
Mate Pavić
  Croatia
Marin Čilić
Ivan Dodig
  New Zealand
Marcus Daniell
Michael Venus
Perseorangan wanita Belinda Bencic
  Switzerland
Markéta Vondroušová
  Republik Czech
Elina Svitolina
  Ukraine
Beregu wanita   Republik Czech
Barbora Krejčíková
Kateřina Siniaková
  Switzerland
Belinda Bencic
Viktorija Golubic
  Brazil
Laura Pigossi
Luisa Stefani
Beregu campuran   ROC
Anastasia Pavlyuchenkova
Andrey Rublev
  ROC
Elena Vesnina
Aslan Karatsev
  Australia
Ashleigh Barty
John Peers

Rujukan

sunting
  1. ^ "Joint Statement from the International Olympic Committee and the Tokyo 2020 Organising Committee". Olympics (dalam bahasa Inggeris). 24 Mac 2020.
  2. ^ "Tennis at the Olympics - facts and information". Olympian Database (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 Mac 2022.
  3. ^ "Schedule - Tennis Tokyo 2020 Olympics". Olympian Database (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 22 Februari 2022.