Tentera Darat Ke-11 Panzer SS

Tentera Darat Ke-11 Panzer SS (SS-Panzer-Armeeoberkommando 11) tidak lebih daripada ketumbukan atas kertas yang dibentuk pada Februari 1945 oleh Heinrich Himmler sewaktu beliau menjadi Panglima Kumpulan Tentera Darat Vistula.

Tentera Darat Ke-11 Panzer SS
AktifNovember 1944 – Februari 1945
Negara Jerman Nazi
CawanganTentera Darat
JenisPanzer
PerananPeperangan armor
SaizTentera darat medan
PertempuranPerang Dunia II
Komander
Komander
terkenal
Felix Steiner

Sejarawan tentera Antony Beevor menulis ketika Tentera Darat Ke-11 SS Panzer ditubuhkan unit-unit yang tersedia hanya berada pada taraf kor, "'Tetapi nama tentera darat panzer' Hans-Georg Eismann menyatakan 'hanya untuk menyedapkan telinga je'". Ia juga membenarkan Himmler menaikkan pangkat pegawai SS ke staf kanan dan panglima perang dalam formasi itu. Obergruppenführer Felix Steiner telah dinamakan sebagai panglimanya.[1] Ketumbukan itu secara rasminya disenaraikan sebagai Tentera Darat Ke-11 tetapi ia juga dikenali sebagai SS Panzer-Armeeoberkommando 11[2] dan sering dirujuk dalam bahasa Inggeris sebagai Tentera Darat Ke-11 Panzer SS.

Selepas mengambil bahagian dalam Operasi Solstice (satu serangan balas) di timur Sungai Oder pada Februari 1945, Panzer Ke-11 ditugaskan ke OB West dan disusun semula pada Mac 1945. Banyak daripada unit-unit yang dahulunya berada dibawah Tentera Darat Ke-11 SS Panzer telah dipindahkan ke Tentera Darat Ke-3 Panzer dan unit lain telah ditugaskan ke Tentera Darat Ke-11 untuk operasi menentang Sekutu Barat. Selepas mempertahankan Sungai Weser dan Pergunungan Harz, Panzer Ke-11 menyerah kalah kepada Sekutu Barat pada 21 April.[2]

Senarai tempur sunting

Februari 1945 sunting

Pada 5 Februari Panzer Ke-11 adalah subordinat Kumpulan Tentera Darat Vistula, terdapat unit-unit berikut yang ditugaskan padanya:[2]

Mac 1945 sunting

Pada 1 Mac Panzer Ke-11, subordinat kepada Kumpulan Tentera Darat Vistula tidak mempunyai unit-unit yang ditugaskan kepadanya.[2]

April 1945 sunting

Pada 12 April Panzer Ke-11 berada dibawah OB West dan mempunyai unit-unit berikut yang ditugaskan kepadanya.[2]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  • Tessin, Georg. Verbände und Truppen der deutschen Wehrmacht und Waffen-SS 1939 - 1945 Volume 3
  • Beevor, Antony. Berlin: The Downfall 1945, Penguin Books, 2002, ISBN 0-670-88695-5

Nota kaki sunting

  1. ^ Beevor p.88
  2. ^ a b c d e Tessin p.194