Tentera Darat Ke-12 (Wehrmacht)

Tentera Darat Ke-12 (Jerman: 12. Armee) adalah sebuah tentera darat medan Wehrmacht Jerman semasa Perang Dunia II.

12. Armee
Tentera Darat Ke-12
Aktif13 Oktober 1939 – 1943; 1945
Negara Jerman Nazi
CawanganTentera Darat
JenisTentera darat medan
PertempuranPerang Dunia II

Sejarah sunting

Tentera Darat Ke-12 telah diaktifkan pada 13 Oktober 1939, dengan Jeneral Wilhelm List sebagai Panglima.[1] Pertama kali beraksi dalam perang defensif di sepanjang Garis Siegfried, ketumbukan itu terlibat dalam penaklukan Perancis. Ketumbukan itu kemudiannya dipindahkan ke Romania sebagai sebahagian daripada penyerangan Paksi di rantau Balkan.

Pada Februari 1941, satu perjanjian antara Fil Marsyal List dan Turus Am Bulgaria membenarkan laluan untuk tentera Jerman. Pada malam 28 Februari, unit-unit tentera darat Jerman menyeberangi sungai Danube dari Romania dan mengambil kedudukan strategik di Bulgaria.

Pada 6 April, unit-unit Tentera Darat Ke-12 mara ke dalam Yugoslavia dan Greece. Yugoslavia runtuh dahulu. Tetapi, selepas 6 bulan bertempur dengan Itali, askar Greece tidak mampu melawan 15 divisyen Tentera Darat Ke-12, 4 daripadanya adalah divisyen armor.

Pihak British kemudiannya menghantar 4 divisyen dari Libya untuk membantu tentera Greece tetapi mereka juga dikalahkan oleh panzer Jerman dan serangan Luftwaffe. Ketumbukan utara Greece menyerah kalah kepada Jerman pada 23 April. Empat hari kemudian kereta kebal Jerman memasuki Athens dan mengibarkan swastika di atas Acropolis.[2]

Tentera Darat Ke-12 menjadi Kumpulan Tentera Darat E (Heeresgruppe E) pada 1 Januari 1943.

Tentera Darat Ke-12 telah ditubuhkan semula di Perbatasan Barat berhampiran Sungai Elbe pada 10 April 1945.[3] Dibawah Jeneral Walther Wenck, Tentera Darat Ke-12 membuat percubaan terakhir Tentera Darat Jerman untuk membebaskan Führer Jerman Adolf Hitler di ibukota Jerman yang terkepung semasa Pertempuran Berlin. Walaupun ia berjaya memasuki Potsdam, Tentera Darat Ke-12 telah dihalang oleh Tentera Merah Soviet yang jauh lebih kuat dan terpaksa menghentikan usaha untuk membebaskan Berlin. Tentera Darat Ke-12 kemudian bergabung dengan saki baki Tentera Darat Ke-9 Jeneral Theodor Busse yang musnah di selatan Beelitz dan, dalam kekeliruan kejayaan Soviet, menyediakan koridor ke barat bagi askar dan pelarian untuk sampai dan menyeberangi jambatan Sungai Elbe yang sebahagiannya musnah di Tangermünde dan akhirnya menyerah kalah kepada tentera Amerika antara 4 Mei dan 7 Mei 1945.

Senarai Panglima sunting

Bil Panglima Gambar Tempoh Pemerintahan
1 Generaloberst Wilhelm List   13 Oktober 1939 - 29 Oktober 1941
2 General der Pioniere Walter Kuntze   29 Oktober 1941 - 2 Julai 1942
3 Generaloberst Alexander Löhr   3 Julai 1942 - 31 Disember 1942
4 General der Panzertruppe Walther Wenck   10 April 1945 - 7 Mei 1945

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "12.Armee-Oberkommando". Feldgrau.com. Dicapai pada 3 January 2018.
  2. ^ Shirer, William L. (1950,1962), The Rise and Fall of the Third Reich: A History of Nazi Germany, pages 1079-1083, 34th Printing, published by Ballantine Books ISBN 0-449-21977-1
  3. ^ World War II Data Book, J. Ellis, 1993 Aurum Press, P 94. ISBN 1854102540