Tentera Darat Ke-2 Panzer

Tentera Darat Ke-2 Panzer (Jerman: 2. Panzerarmee) adalah sebuah formasi berperisai Jerman semasa Perang Dunia II, dibentuk dari Kumpulan Panzer Ke-2 pada 5 Oktober 1941.

Tentera Darat Ke-2 Panzer (2.Panzerarmee)
Insignia Kumpulan Panzer Ke-2 / Tentera Darat Ke-2 Panzer
Aktif5 Jun 1940 – 8 Mei 1945
Negara Jerman Nazi
CawanganTentera Darat
JenisTentera darat medan
PerananPeperangan berperisai
PertempuranBarisan Timur dan Balkan, Perang Dunia II
Komander
Komander
terkenal
Generaloberst Heinz Guderian

Organisasi sunting

Kumpulan Panzer Guderian (Jerman: Panzergruppe Guderian) telah dibentuk pada 5 Jun 1940 dan dinamakan sempena panglimanya, Jeneral Heinz Guderian. Pada awal Jun 1940, selepas menghampiri Selat Inggeris berikutan kejayaan di Hutan Ardennes, Panzergruppe Guderian dibentuk dari Kor XIX, dan mara jauh kedalam Perancis, memotong Garis Maginot. Pada November 1940, ia dinaik taraf ke Panzergruppe 2.

Kumpulan Panzer Ke-2 (Jerman: Panzergruppe 2) telah dibentuk pada November 1940 dari Kumpulan Panzer Guderian. Pada Oktober 1941 ia dinamakan semula Tentera Darat Ke-2 Panzer. Kumpulan Panzer Ke-2 memainkan satu peranan penting dalam peringkat awal pencerobohan Jerman ke atas Soviet Union semasa Operasi Barbarossa pada tahun 1941 apabila ia merupakan sebahagian daripada Kumpulan Tentera Darat Tengah.

Sejarah operasi sunting

Kumpulan Panzer Ke-2 adalah sebahagian daripada Kumpulan Tentera Darat Tengah semasa Operasi Barbarossa, iaitu pencerobohan ke atas Soviet Union. Tentera Darat Ke-2 Panzer Guderian membentuk gerakan selatan manakala Tentera Darat Ke-3 Panzer Hermann Hoth membentuk gerakan utara telah memusnahkan beberapa ketumbukan Soviet semasa fasa pembukaan Operasi Barbarossa. Semasa pertempuran Bialystok dan Minsk sejumlah besar tawanan telah ditangkap dan beberapa senjata dirampas.

Mengalami kerugian besar dari segi askar dan peralatan, tentera Jerman mara jauh kedalam Soviet Union. Musim rasputitsa (maksud harfiah "kerosakan jalan", disebabkan hujan lebat dan jalan lembab berlumpur) mula melambatkan kemajuan formasi untuk beberapa kilometer sehari. Rasputitsa bukanlah satu fenomena yang luar biasa, tetapi pihak Wehrmacht tidak bersedia untuk ketidaktentuan ini kerana Markas Besar Jerman menjangkakan tentera darat Jerman akan berada di Moscow dan disebaliknya, dengan kempen tamat sebelum berakhirnya musim panas. Selepas Minsk, Panzer Kedua dan Panzer Ketiga menawan Smolensk didalam satu lagi operasi pelitupan yang berjaya menangkap 300,000 tawanan.

Hitler mengarahkan Kumpulan Tentera Darat Tengah melepaskan Kumpulan Panzer Ke-3, yang beralih ke selatan arah Kiev untuk membentuk gerakan kacip diutara Kiev. Tentera Darat Ke-2 Panzer Guderian dan Tentera Darat Pertama Panzer Ewald von Kleist mengunci gerakan kacip di sekeliling Kiev, untuk memerangkap 665,000 tawanan Soviet. Selepas melengkapkan pengepungan Kiev, pihak Jerman merancang tiga ketumbukan Panzer untuk menyerang Moscow dari arah berlainan. Tentera Darat Ke-4 Panzer Erich Hoepner di utara sekitar Leningrad akan menyerang arah selatan. Tentera Darat Ke-3 Panzer Hoth akan menyerang arah timur ke Moscow, manakala Tentera Darat Ke-2 Panzer akan beralih ke barat laut dan menyerang Moscow dari selatan.

Divisyen Kumpulan telah mengalami penundaan yang berat sejak awal pencerobohan, dan mengalami kekurangan bahan api dan peluru akibat gangguan logistik. Pada November, keadaan Kumpulan Panzer Guderian amat genting. Walaubagaimanapun, menjangkakan tentangan Tentera Merah akhirnya runtuh dan didorong oleh pemikiran tentera Sosialis Nasional, termasuk idea bahawa "semangat" adalah kunci kejayaan, Guderian terus mengarah pasukannya menyerang. Pada awal Disember, kemaraan akhir ke Moscow gagal setelah menghadapi tentangan sengit Soviet dan disebabkan oleh kekurangan tenaga manusia dan materiel.

Pada tahun 1942-43, Tentera Darat Ke-2 Panzer dipindahkan ke jajahan Yugoslavia, dimana ia digabungkan kedalam Kumpulan Tentera Darat F dan terlibat dalam operasi anti-partisan terhadap Chetniks dibawah Draža Mihailović dan Partisan Yugoslavia komunis dibawah Josip Broz Tito. Walaupun terlibat dalam beberapa operasi untuk menghancurkan gerakan partisan, terutamanya komunis, tiada kemenangan yang jelas. Malah, gerakan partisan berkembang dari segi saiz dan peralatan, terutamanya selepas kejatuhan Fasisme Itali pada tahun 1943 hasil dari rampasan kuasa 25 Luglio yang membawa kepada pembelotan besar-besaran dan penyerahan kalah unit-unit Itali yang bertempat di jajahan Bosnia dan Montenegro.

Sepanjang tahun 1943-44, Tentera Darat Ke-2 Panzer semakin dilucutkan perisai beratnya untuk dihantar ke Barisan Timur, dan menjadi sebuah ketumbukan infantri motoris sepenuhnya. Ia mendapat sokongan khusus Alpine dari unit-unit seperti divisyen Brandenburgers dan Divisyen Ke-7 Gunung SS Prinz Eugen. Namun, perang gerila telah banyak merugikan Tentera Darat Ke-2 Panzer, dan hanya beberapa bulan selepas Serangan ke atas Drvar (Operasi Rösselsprung) gagal membunuh pemimpin partisan komunis melalui serangan airborne, Tentera Darat Ke-2 Panzer dan seluruh Kumpulan Tentera Darat F ditolak keluar dari Belgrade dalam satu operasi bersama oleh pihak Partisan dan Tentera Merah semasa Ofensif Belgrade. Tentera Darat Ke-2 Panzer mengakhiri perang dalam keadaan berselerak di Austria.

Jenayah perang sunting

Seperti kebanyakan tentera darat medan Jerman di Barisan Timur, Kumpulan Panzer 2 melaksanakan jenayah Perintah Komisar semasa Operasi Barbarossa.[1] Pada September 1942, Tentera Darat Ke-2 Panzer mengambil bahagian dalam jenayah perang sewaktu menjalankan operasi anti-gerila di Soviet Union. Operasi ini membunuh sekurang-kurangnya seribu orang, membakar seluruh kampung, dan mengusir 18,500 orang awam. Semasa operasi ini, kaum Yahudi dan puak yang disyaki partisan dibunuh dengan cara dipaksa berjalan ke medan periuk api.[2]

Pada Ogos 1943, markas ketumbukan diletakkan dibawah Kumpulan Tentera Darat F dan dipindahkan ke Balkan untuk operasi anti-partisan. Ketumbukan ini menjadi sepenuhnya formasi infantri pada waktu ini dan mendapati dirinya komited untuk operasi anti-partisan, dan kakitangan dituduh pelbagai kekejaman pasca perang terhadap orang awam dan puak partisan.

Selepas Ofensif Belgrade menimpa markas ketumbukan, unit-unit Tentera Darat Ke-2 Panzer yang terselamat kemudiannya dipindahkan ke Hungary sebagai sebahagian daripada Kumpulan Tentera Darat Selatan pada Januari 1945, menanti pencerobohan Soviet ke atas Austria. Tentera Darat Ke-2 Panzer mengambil bahagian dalam Pertempuran Bukit Transdanubian pada Mac 1945 sebelum menyerahkalah pada penghujung perang kepada tentera Soviet dan Inggeris-Amerika.

Para Panglima sunting

Senarai tempur sunting

Organisasi Kumpulan Panzer Guderian pada 28 Mei 1940

Group Corps Division
Panzer Group Guderian
General der Panzertruppe Heinz Guderian
XXXIX Army Corps (mot.)
Generalleutnant Rudolf Schmidt
1st Panzer Division
Generalleutnant Friedrich Kirchner
2nd Panzer Division
Generalleutnant Rudolf Veiel
29th Infantry Division (mot.)
Generalmajor Willibald Freiherr von Langermann und Erlencamp
XXXXI Army Corps
Generalleutnant Georg-Hans Reinhardt
6th Panzer Division
Generalmajor Werner Kempf
8th Panzer Division
Generalleutnant Adolf-Friedrich Kuntzen
20th Infantry Division (mot.)
Generalleutnant Mauritz von Wiktorin

22 Jun 1941 sunting

Group Corps Division / Regiment
2nd Panzer Group
Generaloberst
Heinz Guderian
XXIV Panzer Corps


Leo Geyr von Schweppenburg

3rd Panzer Division
4th Panzer Division
10th Infantry Division
1st Cavalry Division
XLVI Panzer Corps 10th Panzer Division
SS Infantry Division Das Reich (mot.)
Infantry Regiment Großdeutschland
XLVII Panzer Corps 17th Panzer Division
18th Panzer Division
29th Infantry Division (mot.)
Anti-Aircraft Regiment Hermann Göring

27 Julai 1941 sunting

Group Corps Division / Regiment
2nd Panzer Group[3]


Generaloberst
Heinz Guderian

VII Corps 7th Infantry Division
23rd Infantry Division
78th Infantry Division
197th Infantry Division
XX Corps 15th Infantry Division
268th Infantry Division
IX Corps 263rd Infantry Division
292nd Infantry Division
137th Infantry Division
XLVI Panzer Corps 10th Panzer Division
SS Infantry Division Das Reich (mot.)
Infantry Regiment Großdeutschland
XXIV Panzer Corps 3rd Panzer Division
4th Panzer Division
10th Infantry Division (mot.)
XLVII Panzer Corps 18th Panzer Division
17th Panzer Division
29th Infantry Division (mot.)

September 30, 1941 sunting

Group Corps Division / Regiment
2nd Panzer Group
Generaloberst
Heinz Guderian
XLVIII Panzer Corps 9th Panzer Division
16th Infantry Division (mot.)
25th Infantry Division (mot.)
XXIV Panzer Corps 3rd Panzer Division
4th Panzer Division
10th Infantry Division (mot.)
XLVII Panzer Corps 17th Panzer Division
18th Panzer Division
20th Infantry Division (mot.)
XXXIV Corps 45th Infantry Division
135th Infantry Division
XXXV Corps 296th Infantry Division
95th Infantry Division
1st Cavalry Division

November 30, 1943 sunting

Group Corps Division / Regiment
2nd Panzer Army
Generaloberst
Lothar Rendulic
III SS Panzer Corps 11th SS Panzergrenadier Division Nordland
SS Panzer Grenadier Brigade Nederland
V SS Mountain Corps 7th SS Division Prinz Eugen
118th Jäger Division
181st Infantry Division
369th (Croatian) Infantry Division
1st Mountain Division
XV Mountain Corps 1st Cossack Division
114th Jäger Division
264th Infantry Division
371st Infantry Division
373rd (Croatian) Infantry Division
XXI Mountain Corps 100th Jäger Division
297th Infantry Division
LXIX Reserve Corps 173rd Reserve Division
187th Reserve Division
367th Infantry Division

Nota sunting

  1. ^ Stahel 2015, m/s. 28.
  2. ^ "www.verbrechen-der-wehrmacht.de p. 22" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2011-09-28. Dicapai pada 2017-12-19.
  3. ^ Glantz, David, Barbarossa Derailed: The battle for Smolensk, Volume 2, November 2010, page 54

Sumber sunting