Tentera Darat Ke-4 (Wehrmacht)

Tentera Darat Ke-4 (Jerman: 4. Armee) adalah sebuah tentera darat medan (ketumbukan) Wehrmacht semasa Perang Dunia II.

4. Armee
Tentera Darat Ke-4 Jerman
Insignia Tentera Darat Ke-4
Aktif1939–45
Negara Jerman Nazi
CawanganHeer
JenisTentera darat medan
Saiz165,000 (Jun 1944)[1]
60,000 (Mac 1945)[2]
PertempuranPerang Dunia II

Sejarah operasi sunting

Tentera Darat Ke-4 telah diaktifkan pada 1 Ogos 1939 dengan Jeneral Günther von Kluge sebagai pemerintah. Ia mengambil bahagian dalam Pencerobohan Poland pada September 1939 sebagai sebahagian daripada Kumpulan Tentera Darat Utara, dibawah Kolonel Jeneral Fedor von Bock. Tentera Darat Ke-4 mengandungi Kor II dan Kor III, masing-masing dengan dua divisyen infantri, Kor XIX dengan dua divisyen motoris dan satu divisyen panzer, dan tiga divisyen yang lain, termasuk dua divisyen dalam simpanan. Objektifnya ialah menawan Koridor Poland, sekaligus menyambungkan tanah besar Jerman dengan Prusia Timur.

Semasa serangan keatas Negeri-Negeri Pamah dan Perancis, Tentera Darat Ke-4, sebagai sebahagian daripada Kumpulan Tentera Darat A Kolonel Jeneral Gerd von Rundstedt, menceroboh Belgium daripada Rhineland. Bersama dengan ketumbukan Jerman yang lain, Tentera Darat Ke-4 menembusi Garis Dyle dan siap memerangkap angkatan ketumbukan Bersekutu di Perancis. Mejar Jeneral Erwin Rommel, yang berada dibawah Kluge, banyak menyumbang kepada kemenangan beliau. Kluge, yang merupakan Kolonel Jeneral, telah dinaikkan pangkat ke Fil Marsyal bersama dengan ramai yang lain pada 19 Julai 1940. Tentera Darat Ke-4 mengambil bahagian dalam Operasi Barbarossa pada Jun 1941 sebagai sebahagian daripada Kumpulan Tentera Darat Tengah Fil Marsyal von Bock dan terlibat dalam Pertempuran Minsk dan Pertempuran Smolensk. Pada 19 Disember 1941, Kluge meletakkan jawatan bersama Bock dan Fil Marsyal Walther von Brauchitsch (Panglima Tentera Darat Jerman). Kluge telah digantikan oleh Jeneral Ludwig Kübler.

Selepas pelancaran Operasi Blue,[3] Tentera Darat Ke-4 dan seluruh Kumpulan Tentera Darat Tengah tidak terlibat dalam banyak pertempuran, kerana pasukan tertumpu ke selatan.[4] Namun, dari tahun 1943 keatas, sewaktu Kumpulan Tentera Darat Tengah sedang berundur sepenuhnya, Tentera Darat Keempat juga terpaksa mengundurkan pasukannya.[5] Kempen Tentera Merah pada musim gugur 1943, Operasi Suvorov (juga dikenali sebagai "pertempuran lebuhraya") menyaksikan Tentera Darat Ke-4 ditolak balik kearah Orsha.[5] Antara bulan Oktober dan minggu pertama Disember, Barisan Barat Soviet telah mencuba sebanyak empat kali untuk menawan Orsha dan telah dikalahkan dalam pertempuran sengit oleh Tentera Darat Keempat.[6]

Pada tahun 1944 Tentera Darat Ke-4 sedang bertahan di timur Orsha dan Mogilev di RSS Belarusia, menduduki kawasan berunjur, pengkalan terdepan yang seluas 25 hingga 80 batu dari timur Dnepr.[7] Penyerangan musim panas Soviet pada tahun itu, Operasi Bagration, bermula pada 22 Jun,[7] menjadi bencana untuk Wehrmacht, termasuk Tentera Darat.Ke-4. Ia telah dikepung di timur Minsk dan kehilangan 130,000 anggota dalam masa 12 hari semenjak bermulanya Bagration.[8] Beberapa unit dapat melepaskan diri kearah barat;[1] selepas bertempur di sepanjang musim panas, tentera darat tersebut perlu dibina semula sepenuhnya. Semasa akhir tahun 1944–45 Tentera Darat Ke-4, sekarang dibawah pemerintahan Jeneral Friedrich Hoßbach, telah di beri tugas mempertahankan sempadan Prusia Timur. Pada minggu pertama November dalam Operasi Gumbinnen, Tentera Darat Ke-4 menolak kembali tentera Soviet di sektor Gumbinnen keluar dari jalur seluas 15 hingga 50 batu dari wilayah Prusia Timur.[9]

Penyerangan Prusia Timur Soviet, bermula pada 13 Januari, menyaksikan Tentera Darat Ke-2 ditolak perlahan-lahan kebelakang terhadap pantai Baltik didalam masa lebih dua minggu dan Tentera Darat Ke-4 diancam dengan pengepungan.[10] Hoßbach, dengan persetujuan panglima Kumpulan Tentera Darat Tengah Kolonel Jeneral Georg-Hans Reinhardt, cuba memecah keluar dari Prusia Timur dengan menyerang ke arah Elbing; tetapi serangan itu ditolak kembali dan Tentera Darat Ke-4 sekali lagi dikepung dalam apa yang dikenali sebagai kelompok Heiligenbeil.[11] Kerana mengingkari arahan, kedua-dua Hoßbach dan Reinhardt telah dipecat.[12]

Pada 13 Februari, Barisan Ke-3 Belorusia telah menolak keluar Tentera Darat Ke-4 dari segitiga Heilsberg.[13] Selepas 13 Mac Barisan Ke-3 Belorusia telah menolak Tentera Darat Ke-4 kedalam kawasan tumpuan pantai seluas 10 hingga 20 batu dari barat Heiligenbeil sebelum Hitler akhirnya membenarkan ketumbukan itu berundur merentasi Frisches Haff ke Frische Nehrung pada 29 Mac.[2] Selepas kejatuhan Königsberg, Hitler mengeluarkan Tentera Darat Ke-4 dari Prusia Timur dan menggabungkan unit-unitnya dengan Tentera Darat Ke-2 untuk membentuk Tentera Darat Prusia Timur,[14] diperintah oleh Jeneral Dietrich von Saucken, yang menyerahkalah kepada Tentera Merah pada penghujung perang bulan Mei. Sementara itu, Markas Tentera Darat Ke-4 menjadi Markas Tentera Darat Ke-21.[15]

Para Panglima sunting

Nota kaki sunting

  1. ^ a b Ziemke 2002, m/s. 325.
  2. ^ a b Ziemke 2002, m/s. 461.
  3. ^ Ziemke 2002, m/s. 18.
  4. ^ Ziemke 2002, m/s. 191.
  5. ^ a b Ziemke 2002, m/s. 164–170.
  6. ^ Ziemke 2002, m/s. 206.
  7. ^ a b Ziemke 2002, m/s. 319.
  8. ^ Ziemke 2002, m/s. 323-325.
  9. ^ Ziemke 2002, m/s. 416.
  10. ^ Ziemke 2002, m/s. 429–430.
  11. ^ Ziemke 2002, m/s. 432, 445.
  12. ^ Ziemke 2002, m/s. 432.
  13. ^ Ziemke 2002, m/s. 445.
  14. ^ Ziemke 2002, m/s. 470.
  15. ^ Ziemke 2002, m/s. 485.

Rujukan sunting

  • Ziemke, Earl F. (2002). Stalingrad to Berlin: The German Defeat in the East. Washington D.C.: Center of Military History, US Army. ISBN 9781780392875.