Tentera Darat Ke-5 Panzer

Tentera Darat Ke-5 Panzer, juga dikenali sebagai Kumpulan Panzer Barat dan Kumpulan Panzer Eberbach (Jerman: 5.Panzer-Armee, Panzergruppe West, Panzergruppe Eberbach) adalah sebuah tentera darat medan panzer yang dilihat berperang di Barisan Barat dan Afrika Utara. Saki baki ketumbukan ini menyerah kalah di Kelompok Ruhr pada tahun 1945.

Tentera Darat Ke-5 Panzer
Aktif8 Disember 1942 – 30 Jun 1943
24 Januari 1944 – 17 April 1945
Negara Jerman Nazi
CawanganTentera Darat
JenisPanzer
PerananPeperangan berperisai
SaizTentera darat medan
PertempuranPerang Dunia II
Komander
Komander
terkenal
Jurgen von Arnim
Geyr von Schweppenburg
Sepp Dietrich
Hasso von Manteuffel

Sejarah sunting

Afrika Utara sunting

Tentera Darat Ke-5 Panzer telah ditubuhkan pada 8 Disember 1942 sebagai sebuah formasi markas bagi unit-unit armor yang dibentuk untuk mempertahankan Tunisia dari serangan Bersekutu, selepas kejayaan pendaratan Operasi Torch Bersekutu di Algeria dan Maghribi. Ketumbukan ini berjuang bersama-sama Tentera Darat Pertama Itali sebagai sebahagian daripada Kumpulan Tentera Darat Afrika. Ketumbukan ini menyerahkalah pada 13 Mei 1943, bersama-sama dengan panglimanya Gustav von Vaerst. Ketumbukan ini secara rasminya dibubarkan pada 30 Jun 1943.

Normandy sunting

Ketumbukan ini dibentuk semula pada 24 Januari 1944 sebagai Kumpulan Panzer Barat, iaitu pasukan simpanan armor OB West. Ketumbukan baru ini telah diletakkan dibawah pemerintahan Leo Geyr von Schweppenburg.[1] Kaedah pengerahan Kumpulan Panzer Barat pada waktu penyerbuan tentera Bersekutu telah menjadi subjek kontroversi, dengan Panglima Tertinggi Barat Fil Marsyal Gerd von Rundstedt dan Panglima Kumpulan Tentera Darat B Fil Marsyal Erwin Rommel menyukai kaedah yang berbeza. Rundstedt dan Geyr von Schweppenburg percaya bahawa kumpulan panzer mesti disimpan jauh dari barisan depan, untuk menyerang balas kemasukan tentera Bersekutu. Rommel yakin bahawa kuasa udara Sekutu dan artileri tentera laut tidak akan membenarkan Jerman bebas menggerakkan formasi besar dan menegaskan yang panzer mesti dikerahkan lebih dekat ke barisan depan.[2] Pada kempen ini, Hitler enggan membenarkan para panglimanya menggunakan kumpulan panzer tanpa kelulusannya dan apabila penyerbuan Sekutu bermula pada 6 Jun 1944, Kumpulan Panzer Barat tetap tidak digerakan;[3] pada 8 Jun Geyr dapat mengerah tiga divisyen panzer ke utara untuk mempertahankan Caen dari kemaraan tentera British dan Kanada ke bandar itu dari tumpuan pantai mereka. Geyr merancang untuk melancarkan divisyen ini dalam satu serangan balas yang akan menolak British dan Kanada kembali ke laut. Pada 10 Jun Schweppenburg tercedera dalam satu serangan udara ke atas markas medannya. Unit kereta kebal Geyr yang diperkukuhkan berjaya menghalang kemaraan British untuk sebulan lagi tetapi beliau telah dilepaskan dari jawatannya pada 2 Julai, selepas menyokong permintaan Rundstedt agar Adolf Hitler membenarkan pengunduran strategik dari Caen. Pada 2 Julai beliau telah digantikan oleh Heinrich Eberbach. Kumpulan panzer bertempur dengan tentera Bersekutu di Normandy, mengalami kerugian yang besar dan akhirnya mendapati banyak divisyennya terperangkap dalam Kelompok Falaise. Selepas sisa-sisa kumpulan panzer yang berpecah meloloskan diri dari Falaise, ia mula berundur ke arah sempadan Jerman.

Pengunduran, Ardennes sunting

Pada bulan Ogos, saki baki elemen Kumpulan Panzer Barat telah disusun semula sebagai Tentera Darat Ke-5 Panzer, dengan formasi tempur kekal beraksi dibawah nama Kumpulan Panzer Eberbach. Selepas seketika dibawah Sepp Dietrich, pemerintahan ketumbukan ini diserahkan kepada Hasso von Manteuffel. Panzer Ke-5 menyaksikan pertempuran sengit di sempadan Jerman terhadap tentera Bersekutu, divisyen panzer mengalami kerugian yang teruk dari pesawat serangan darat Bersekutu. Pada November, Tentera Darat Ke-5 Panzer mula dibina semula di Ardennes, bersama dengan Tentera Darat Ke-6 Panzer SS yang baru ditubuhkan dibawah Dietrich. Kedua-dua formasi mengambil bahagian dalam Pertempuran Bulge, Tentera Darat Ke-5 Panzer mengalami kerugian teruk setelah bertempur disekitar Bastogne dan dalam pertempuran armor disekitar Celles dan Dinant, iaitu titik kemaraan paling jauh ke barat. Selepas ofensif dibatalkan, ia meneruskan perjuangan berundurnya ke sempadan Jerman. Pada bulan Mac, ia terlibat dalam usaha untuk menghapuskan pangkalan terdepan Amerika atas Sungai Rhine di Jambatan Ludendorff di Remagen. Tentera Darat Ke-5 Panzer telah dikepung dan terperangkap di Kelompok Ruhr, dan menyerahkalah pada 17 April 1945.[4]

Para Panglima sunting

Tentera Darat Ke-5 Panzer (Afrika Utara) sunting

Kumpulan Panzer Barat sunting

Kumpulan Panzer Eberbach sunting

  • Heinrich Eberbach (10–21 Ogos 1944)

Tentera Darat Ke-5 Panzer (Perancis) sunting

Nota kaki sunting

  1. ^ Harrison 1951, m/s. 247.
  2. ^ Harrison 1951, m/s. 249–251.
  3. ^ Harrison 1951, m/s. 333.
  4. ^ MacDonald 1973, m/s. 370.

Bibliografi sunting