Tentera Darat Portugal

Tentera Darat Portugal (Portugis: Exército Português) ialah komponen darat bagi Angkatan Tentera Portugal dan juga merupakan cabang terbesarnya. Ia ditugaskan untuk melindungi Portugal, dengan kerjasama cabang-cabang Angkatan Bersenjata yang lain. Asal-usulnya bermula sejak abad ke-12, ia boleh dianggap sebagai salah satu tentera darat aktif yang tertua di dunia.[2]

Tentera Darat Portugal
Exército Português
Lambang Tentera Darat Portugal
Ditubuhkan pada25 Julai 1139; 884 tahun yang lalu (1139-07-25)
Negara Portugal
JenisTentera darat
PerananPeperangan darat
SaizTentera: 14,000
Awam: 1,500
Sebahagian daripadaAngkatan Tentera Portugal
MarkasLisbon
PenaungAfonso I dari Portugal (awam)
Saint George (agama)
MotoEm perigos e guerras esforçados
(English: "Forceful in perils and in battle-post")
Peringatan
PertempuranSejarah ketenteraan Portugal
Laman webexercito.pt
Komander
Ketua Turus Tentera DaratJeneral José Nunes da Fonseca [pt][1]
Komander
terkenal

Tentera Darat Portugal diperintah oleh Ketua Turus Tentera Darat (CEME), yang merupakan subordinat kepada Ketua Turus Am Angkatan Tentera bagi hal ehwal operasi dan subordinat langsung Kementerian Pertahanan Nasional bagi semua hal ehwal lain. Jawatan CEME adalah satu-satunya pegawai Tentera Darat dengan pangkat Jeneral (Pangkat empat bintang).

Pada masa ini, Tentera Darat Portugal adalah pasukan profesional yang terdiri daripada anggota bekerjaya (pegawai dan PTT) dan anggota sukarela (pegawai, PTT dan Lain-Lain Pangkat). Sehingga awal tahun 1990an, kerahan tenaga merupakan sebahagian besar anggota Tentera Darat, dengan kader kerjaya pegawai dan PTT bertanggungjawab bagi latihan mereka. Kerahan tenaga bagaimanapun dikurangkan secara beransur-ansur sejak pertengahan tahun 1990an, sehingga akhirnya dimansuhkan secara rasmi pada tahun 2004.

Sehingga tahun 2014, Tentera Darat Portugal menggaji 5,667 anggota kerjaya dan 10,444 sukarelawan, ini mewakili sejumlah 16,111 anggota tentera. Daripada jumlah keseluruhan anggota tentera, 2,669 ada pegawai, 3,917 adalah PTT dan 9,595 lain-lain pangkat. Selain itu, Tentera Darat juga merangkumi 1,897 pekerja awam.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ O Comandante
  2. ^ ""Reflexão Crítica sobre as Origens Históricas do Exército Português", Revista Militar nº 2596, maio de 2018". Dicapai pada 16 August 2019.

Pautan luar

sunting

Templat:Allied Land Command

Koordinat: 39°25′00″N 8°18′00″E / 39.4167°N 8.3000°E / 39.4167; 8.3000