Tentera Darat Turki

Angkatan Darat Turki (Bahasa Turki: Türk Kara Kuvvetleri), atau Tentera Darat Turki (Bahasa Turki: Türk Ordusu), merupakan cabang utama Angkatan Tentera Turki yang bertanggungjawab bagi operasi angkatan bersenjata yang berada di darat. Dakwaan rasmi menyatakan tentera darat ini telah diasaskan oleh Modu Chanyu pada tahun 209 SM, tetapi sejarah moden tentera darat ini bermula dengan penubuhannya selepas keruntuhan Empayar Uthmaniyah. Peristiwa-peristiwa penting sejak penubuhan Tentera Darat ini ialah berjuang didalam Perang Korea dan didalam Pencerobohan Turki keatas Cyprus tahun 1974, dan bertindak sebagai benteng NATO disepanjang perbatasan Perang Dingin sehingga tahun 1992. Tentera darat ini memegang tempat terpenting didalam angkatan tentera. Ia telah menjadi adat untuk Ketua Turus Am Republik Turki menjadi Panglima Tentera Darat Turki sebelum dilantik sebagai pegawai paling kanan tentera Turki itu. Bersama dua cabang tentera yang lain, Tentera Darat Turki kerap campur tangan dalam politik Turki, yang kini telahpun mengawal hingga membuat perubahan pada Majlis Keselamatan Negara. Panglima Tentera Darat Turki terkini ialah Jeneral Salih Zeki Çolak.[7]

Angkatan Darat Turki
Türk Kara Kuvvetleri
190px
Lambang Angkatan Darat Turki
Aktif209 B.C. (dakwaan rasmi)[1]
NegaraFlag of Turkey.svg Turki
JenisTentera darat
PerananPeperangan darat
Saiz315,000 anggota (2014)[2][3][4]
Sebahagian daripadaAngkatan Tentera Turki
Moto"Peace at Home, Peace in the World" (Keamanan Tanahair, Keamanan di Dunia)
ColorsWarna Emas & Merun         
Peringatan28 Jun[5]
KelengkapanKelengkapan moden Angkatan Darat Turki
PertempuranSenarai peperangan Turki
Laman webkkk.tsk.tr/
Komander
Panglima Tentera DaratJeneral Ümit Dündar
Ketua StafJeneral Yavuz Türkgenci
Tanda kebesaran
Bendera Markas
Angkatan Darat
Turki
Flag of Turkish Land Forces Command.svg
Roundel pasukan udara tentera daratRoundel of Turkey.svg
Tentera Turki di Syria

Pada tahun 2010 Institut Antarabangsa bagi Kajian Strategik menganggarkan bahawa Tentera Darat Turki mempunyai kekuatan kukuh kira-kira 402,000 anggota aktif, yang terdiri daripada 77,000 profesional dan 325,000 kerahan.[8] Anggaran terbaru tahun (2012) meletakkan jumlah 391,000.[9] Bagaimanapun, pada Oktober 2014 Angkatan Darat Turki mempunyai kekuatan 315,000 anggota menurut pengisytiharan TLF [2][3]

Sehingga lewat tahun 2015, laporan mencadangkan Tentera Darat Turki (berserta dengan seluruh Angkatan Tentera) melihat kekuatan anggotanya meningkat ke tahap yang sama pada dekad 2000-an. Faktor-faktor yang menyumbang adalah ketidakstabilan yang berterusan di Syria dan Iraq kerana ISIS dan campurtangan Rusia di Syria, berserta kemunculan semula pemberontakan PKK di tenggara Turki.[10][11][12]

Lihat jugaSunting

NotaSunting

RujukanSunting

  1. ^ http://www.kkk.tsk.tr/EN/GenelKonular/Tarihce/icerik.asp
  2. ^ a b Turkish Armed Forces Personnel 2014, Official Turkish Armed Forces website (In Turkish)
  3. ^ a b "TSK Mevcut Personel Sayısını açıkladı". Turkish Armed Forces. Aktif Haber. Dicapai pada 2 October 2014.
  4. ^ http://www.hurriyetdailynews.com/turkish-military-announces-personnel-figures.aspx?pageID=238&nID=93438&NewsCatID=341
  5. ^ http://www.haberx.com/kara_kuvvetlerinin_kurulus_yil_donumu_kutlaniyor%2817,n,10712040,173%29.aspx
  6. ^ "Türk Silahlı Kuvvetlerinin Barışı Destekleme Harekâtlarına Katkıları". tsk.tr. Dicapai pada 18 June 2014.
  7. ^ Autobiography of General Salih Zeki Çolak in the official website of the Turkish Land Forces. (Turki)
  8. ^ IISS 2010, pages 164-168
  9. ^ defence.gov.au TURKEY - DEFENCE MARKET PROFILE, 2012
  10. ^ http://www.hurriyet.com.tr/genelkurmay-personel-sayisini-acikladi-28336770
  11. ^ http://www.bbc.com/news/world-europe-34732235
  12. ^ http://www.thedailybeast.com/articles/2015/11/03/u-s-brings-dogfighters-to-counter-russians-over-syria.html

Pautan luarSunting