Tentera Komanwel pernah membantu Malaysia memerangi keganasan komunis pimpinan Chin Peng antara tahun 1948- 1960. Parti Komunis Malaya bergiat cergas di hutan Semenanjung Tanah Melayu bagi mendirikan Republik Komunis Malaya dengan menentang kehadiran tentera British selepas Jepun menyerah diri pada 1945.

King's Own Scottish Borderers sunting

Antara tentera Komanwel yang pernah membantu Malaysia menangani pengganas komunis ialah pasukan King's Own Scottish Borderers (KOSB) antara 1955 - 1958.

Semasa darurat mereka bekerjasama dengan Batalion Kelima Askar Melayu Diraja. Batu Pahat merupakan ibu pejabat batalion KOSB semasa Darurat. Kota Tinggi pula ialah tempat latihan perang di hutan.Mereka banyak memerangani pengganas komunis di Ayer Hitam, Yong Peng dan Kluang .


Pingat Jasa Malaysia sunting

Veteran tentera British ini dianugerahi Pingat Jasa Malaysia (PJM) oleh Kementerian Pertahanan Malaysia di Hotel Shangri-La pada 6 Oktober 2006. Mereka dari pasukan King's Own Scottish Borderers (KOSB) antara 1955 - 1958.

Suruhanjaya Tinggi British menyatakan kumpulan 45 orang ini dari Glasgow, akan bertandang di Kuala Lumpur, Melaka, Johor dan Singapura. Turut serta ialah wartawan BBC dan menemui Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Di Tugu Peringatan dan Tanah Perkuburan Perang Kranji, Singapura mereka akan memberi penghormatan kepada askar British yang telah dikebumikan di sana. Tempat lain ialah Gereja Changi dan Salarang Garrison , di Singapura.

Antara mereka ialah Alastair Hewat, komander platun dan penolong pemerintah batalion dan Allan Alstead, komander platun dan Pegawai Isyarat Regimen.