Tentera Laut Algeria

cabang tentera laut Angkatan Tentera Algeria

Tentera Laut Algeria adalah cabang laut bagi Angkatan Tentera Algeria. Ia beroperasi dari tiga buah pangkalan yang terletak di Algiers, Annaba dan Mers-el-Kébir di pantai Mediterranean. Kekuatan dianggotai seramai 6,600 anggota dan kebanyakan kelengkapannya dibeli dari Rusia. Pada bulan Jun 2006, pihak tentera laut telah memesan dua buah kapal selam berkuasa diesel-elektrik baru dari Jenis 636 (Kilo). Kapal selam ini telah diserahkan pada akhir tahun 2007.

Korvet Kelas Djebel Chinoise, El Kirch (353) dibina oleh ECRN di Mers-el-Kebir

Pada tahun 2008, Algeria telah membeli korvet kelas Nakhoda Ragam daripada Tentera Laut Diraja Brunei melalui sebuah firma Jerman, Lürssen.[1]

Armada sunting

Kelas Jenis Kuantiti Asal Ditauliahkan Notes
Armada permukaan
Kelas Nakhoda Ragam Korvet 3   United Kingdom 2010? Dibeli dari Tentera Laut Diraja Brunei pada tahun 2008
Kelas Osa-I/II Bot peluru berpandu 10   Kesatuan Soviet 1967 (Osa I)
1976-1981 (Osa II)
209/245 tan muatan penuh - 4 SS-N-2B
Kebir Kapal serang laju 8-13   Algeria/  United Kingdom 1982-???? 8-10 ditauliahkan, 2-3 sedang dibina. 2 buah pertama dibina di UK, selebihnya di Algeria. Kadang kala dikenali sebagai Kelas El Yadekh.
Rais Hamidou Korvet 3   Kesatuan Soviet 1980-82 675 tan muatan penuh - 4 SS-N-2C dan SA-N-4
Djebel Chenoua Korvet 2   Algeria 1988-95 550 tan muatan penuh - 4 C-802
Murat Reis Frigat 3   Kesatuan Soviet 1980-85 1,670 tan muatan penuh - SA-N-4
Kalaat Beni Hammed Kapal mendarat kecil 2   United Kingdom 1984
Polnochny B Kapal mendarat 1   Poland 1976
Armada kapal selam
Projek 877E[2] Kapal selam diesel-elektrik 2   Kesatuan Soviet 1987-88 3,076 tan tenggelam
Rajs Hadi Mubarek Dipertingkat Kapal selam diesel-elektrik 2   Rusia 2009-2010 3,126 tan tenggelam. Projek mempertingkat kapal selam diesel-elektrik 636
Armada masa depan
TBD Frigat 6   Itali TBD Persetujuan sementara untuk frigat kegunaan pelbagai buatan Perancis/Itali yang akan dibina oleh Fincantieri.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ Story by ocnus.net
  2. ^ Jane's Fighting Ships 2005-2006
  3. ^ "Algeria Switching Frigate Order, Buying Helicopters from Italy?". Defense Industry Daily. 2009-10-11. Dicapai pada 2009-11-20.

Pautan luar sunting

Templat:Algeria Military


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.