Tentera Laut Argentina
Tolong bantu menterjemahkan sebahagian rencana ini. Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila membantu, bahan-bahan boleh didapati di Tentera Laut Argentina (Inggeris). Jika anda ingin menilai rencana ini, anda mungkin mahu menyemak di terjemahan Google. Walau bagaimanapun, jangan menambah terjemahan automatik kepada rencana, kerana ini biasanya mempunyai kualiti yang sangat teruk. Sumber-sumber bantuan: Pusat Rujukan Persuratan Melayu. |
Tentera Laut Argentina[3] adalah sebuah cabang tentera laut dalam Angkatan Tentera Argentina.
Tentera Laut Argentina | |
---|---|
Armada de la República Argentina | |
Aktif | 25 Mei 1810 |
Negara | Argentina |
Cawangan | Tentera laut |
Saiz | 18,368 (2018)[1] |
Sebahagian daripada | Kementerian Pertahanan |
Main Base | Pangkalan Tentera Laut Puerto Belgrano |
Moto | Go under rather than surrender the flag |
Warna | Light blue and white |
Kawat | Navy March[2] |
Peringatan | 17 Mei (Hari Tentera Laut) |
Kelengkapan | Kapal Pesawat Senjata infantri |
Pertempuran | Perang Kemerdekaan Argentina Perang Cisplatine Sekatan Inggeris-Perancis ke atas Río de la Plata Perang Paraguay Revolución Libertadora Perang Falklands Perang Teluk Operasi Uphold Democracy |
Laman web | http://www.armada.mil.ar/ |
Komander | |
Panglima Tentera Laut | Presiden Mauricio Macri |
Ketua Staf Jeneral - sementara | Vice-Admiral José Luis Villán |
Timbalan Ketua Staf Jeneral | Vice-Admiral Francisco Javier Medrano |
Commander Training and Enlistment of the Navy | Laksamana Muda Osvaldo Andrés Vernazza |
Komander Kor Marin | Ship-of-the-line Captain Humberto Mario Dobler |
Komander Penerbangan Tentera Laut | Ship-of-the-line Captain Sergio Mariot |
Tanda kebesaran | |
Jack Tentera Laut | |
Ensign Tentera Laut |
Hari Tentera Laut Argentina disambut pada 17 Mei setiap tahun, bersempena dengan kemenangan pada tahun 1814 dalam Pertempuran Montevideo menentang armada Sepanyol dalam perang kemerdekaan.[4]
Sejarah
suntingKurun ke-19
suntingTentera Laut Argentina telah ditubuhkan selepas peristiwa Revolusi Mei yang terjadi pada 25 Mei 25, 1810, yang mana mencetus perang untuk kemerdekaan dariapda Sepanyol. Pasukan tentera laut pada mulanya ditubuhkan untuk membantu Manuel Belgrano dalam kempen Paraguay, tetapi ia kemudian dikaramkan oleh kapal-kapal daripada Montevideo, dan tidak menyertai konflik tersebut. Konflik baharu dengan Montevideo mengakibatkan penubuhan armada kedua, yang mana terlibat dalam penawanan kota ini. Oleh kerana Buenos Aires mempunyai sejarah maritim yang sedikit, ramai anggota tentera laut datang daripada negara-negara lain, seperti laksamana kelahiran Ireland William Brown, yang mengetuai operasi. Oleh kerana kos untuk menyelenggara sebuah tentera laut terlalu tinggi, kebanyakan pasukan tentera laut Argentina terdiri daripada para privatir.
Brown mengetuai tentera laut Argentina dalam konflik laut selanjutnya iaitu perang ke atas Brazil dan sekatan England-Perancis ke atas Río de la Plata.
Pada tahun 1870-an, Tentera Laut Argentina memulakan proses pemodenan. Pada akhir kurun, ia terdiri daripada:
- 5 x kruiser berperisai
- 4 x ironclad pertahanan pantai
- 3 x kruiser kelas kedua, halaju tinggi buatan Britain
- 7 x kruiser kecil dan bot merian moden
- 4 x kapal pembinasa
- 22 x bot torpedo.[5]
Antara kapal-kapal paling berkuasa pada masa ini termasuk kapal buatan Itali iaitu Garibaldi dan kapal-kapal selepasnya: General Belgrano, Pueyrredón, dan San Martín, setiap sebuah dengan berat lebih 6,000 tan. Tiga buah kapal ironclad yang lebih lama, Almirante Brown, Independencia, dan Libertad yang berusia sejak tahun 1880-an hingga awal tahun 1890-an.[6]
Kapal-kapal tentera laut banyak dibina di Itali, Britain, Perancis dan Sepanyol, dan dioperasikan oleh lebih 600 orang pegawai dan 7,760 kelasi. Mereka disokong oleh sebuah batalion infantri marin dan sebuah bateri artileri.[7]
Kurun ke-20
suntingArgentina kekal berkecuali dalam kedua-dua perang dunia. Pada tahun 1940, Tentera Laut Argentina berada pada kedudukan ke-8 dari segi angkatan laut terkuat di dunia (selepas kuasa-kuasa Eropah, Jepun, dan Amerika Syarikat) dan terbesar di Amerika Latin. Sebuah program 10-tahun pembangunan bernilai $60 juta telah menghasilkan satu pasukan berkuatan 14,500 kelasi dan lebih 1000 orang pegawai. Armadanya termasuk dua buah kapal tempur kelas-Rivadavia buatan Amerika pada era Perang Dunia I (tetapi telah dimodenkan), tiga buah penjajap moden, sedozen pemusnah buatan Britain, dan tiga buah kapal selam, selain kapal penabur periuk api, penyapu ranjau, pertahanan pantai dan bot-bot bersenjata. Sebuah pasukan penerbangan udara juga dioperasikan.[8]
Selepas zaman perang, unit-unit penerbangan laut dan marin diletakkan secara terus di bawah markas tentera laut. Selain Brazil, Argentina merupakan salah sebuah negara Amerika selatan yang menggunakan dua buah kapal pengangkut pesawat: ARA Independencia dan ARA Veinticinco de Mayo.
Secara tradisinya, Tentera Laut Argentina banyak terlibat dalam perlindungan perikanan, membantu Pengawal Pantai Argentina: paling diingati pada tahun 1966, sebuah kapal pemusnah telah menembak dan melubangkan sebuah kapal tunda Soviet yang enggan diiringi ke Mar del Plata, pada tahun 1970-an empat kejadian sama dengan kapal-kapal Soviet dan Bulgaria[9] diikuti oleh peristiwa-peristiwa lain seperti penenggelaman Chian-der 3.[10][11][12]
Tentera laut juga terlibat dalam kesemua rampasan kuasa tentera di Argentina sepanjang kurun ke-20. Semasa kediktatoran 1976 hingga 1983, anggota tentera laut telah terlibat dalam Perang Kotor di mana beribu-ribu orang telah diculik, didera dan dibunuh oleh pasukan junta tentera. The Sekolah Mekanik Tentera Laut yang dikenali sebagai ESMA, menjadi sebuah pusat deraan kejam. Antara mangsa mereka yang dikenali ramai adalah remaja Sweden, Dagmar Hagelin, dan rahib wanita Perancis Alice Domon dan Léonie Duquet (pada Oktober 2007, Tentera Laut Argentina menyerahkan sekolah ini kepada kumpulan hak asasi manusia untuk dijadikan sebuah muzium peringatan).[perlu rujukan]
Semasa pemerintahan rejim ini, tentera laut juga merupakan penyokong utama menggunakan penyelesaian ketenteraan bagi dua buah pertikaian paling lama : Konflik Beagle dengan Chile dan Kepulauan Falklands (Sepanyol: Islas Malvinas ) dengan United Kingdom.[perlu rujukan]
Perang Falklands
suntingSemasa tahun konflik Falklands 1982 (dikenali oleh orang Argentina sebagai Guerra de las Malvinas / Guerra del Atlántico Sur), armada utama tentera laut Argentina terdiri daripada kapal-kapal era-Perang Dunia II yang dimodenkan (sebuah kapal selam jenis GUPPY, sebuah kapal pengangkut pesawat kelas-Colossus buatan Britain, sebuah penjajap, dan empat buah pemusnah), dan kapal-kapal baharu: dua buah pemusnah Type 42, tiga buah korvet buatan Perancis, dan sebuah kapal selam Type 209 buatan Jerman. Armada ini disokong oleh beberapa buah kapal tangki dan angkut ELMA, selain sebuah kapal pemecah ais dan sebuah kapal pangangkut kutub.
Kapal pemusnah baharu MEKO buatan Jerman, korvet dan Thyssen-Nordseewerke (kapal selam Type TR-1700) masih dalam pembinaan pada waktu ini.
Meskipun mengetuai serangan ke atas Kepulauan Falkland, dalam kedua-dua aspek strategik dan taktikal; armada Argentina hanya memainkan peranan yang kecil dalam konflik menentang Tentera Laut Diraja. Selepas HMS Conqueror menenggelamkan ARA General Belgrano, armada permukaan Argentina tidak meronda lebih daripada 12-batu (22.2 km) had pantai yang dikenakan oleh Britain di sebabkan ancaman yang diberikan oleh kapal selam berkuasa nuklear (SSN) Tentera Laut Diraja.
Sumbangan Tentera Laut Argentina dalam perang ini disumbangkan oleh serbuan awal amfibia pada 2 dan 3 April; pesawat Super Étendard milik penerbangan laut dilengkapi dengan peluru berpandu Exocet, yang mana menenggelamkan Sheffield dan Atlantic Conveyor; Skyhawk pula menenggelamkan HMS Ardent (F184); manakala pasukan Marin, dengan Batalion ke-5 Kor Marin mempertahankan Gunung Tumbledown. Selain itu, pembinasa Type 42 ARA Santísima Trinidad, yang beroperasi di luar pantai Pulau Staten, memainkan peranan penting dalam memusnahkan kapal pendarat Britain Sir Galahad pada 8 Jun,[13]; sebuah bateri Exocet yang terletak di darat iaitu di luar Pelabuhan Stanley membuat tembakan tepat pada HMS Glamorgan pada 11 Jun; dan sebuah Tigercat SAM[perlu rujukan] milik Kor Marin mengakibatkan pesawat Harrier (XW 919) milik Tentera Udara Diraja tidak dapat beraksi pada 12 Jun.[14]Pasukan Penerbangan Tentera Laut juga melaksanakan rondaan maritim secara intensif untuk menjejak armada Britain untuk mencari pesawat penyerang dan kapal selam Britain bagi menjejak helikopter anti kapal selam Sea King, sementara pesawat pengangkut Lockheed L-188 Electra dan Fokker F-28 Fellowship mengukuhkan garison Pelabuhan Stanley dan mengeluarkan mereka yang cedera.
Kapal selam ARA San Luis juga memainkan peranan strategik. Ia hampir berjaya menenggelamkan frigat HMS Arrow pada 10 Mei,[15] meskipun ia tidak berjaya menembaknya. Kapal selam ARA Santa Fe, selepas berjaya dalam satu misi bekalan semula, telah diserang dan dilumpuhkan di luar pantai Georgia Selatan, di mana anak kapalnya kemudian menyerah diri bersama-sama dengan sebuah detasmen Argentina di Grytviken. Ia kemudian dikaramkan oleh Britain.
Aftermath of the Falklands war
suntingTeras armada diperbaharui dengan pembersaraan kesemua kapal-kapal era Perang Dunia II, pembinasa kelas-Fletcher dan Gearing dan mengantikannya dengan kelas-kelas MEKO 360 dan 140 yang dibina oleh limbungan kapal Jemran Blohm + Voss.
Armada kapal selam Argentina juga diperkukuhkan dengan kemasukkan kelas Thyssen-Nordseewerke (TR-1700). Meskipun program asal terdiri dari enam buah kapal selam dengan empat buah kapal terakhir akan dibina di Argentina, hanya dua buah kapal selam pertama yang dibina di Jerman yang berjaya disiapkan dan diserahkan.
Armada amfibia pula secara drastik terkesan dengan pembersaraan satu-satunya kapal pendaratan LST ARA Cabo San Antonio dan digantikan oleh sebuah kapal kargo yang diubahsuai, ARA Bahía San Blas. Situasi ini diperbaiki pada tahun 2006 dengan penghantaran sebuah kapal buatan Perancis LPD dok pelantar mendarat kelas-Ouragan tetapi seluruh operasi kemudian digantung oleh kerajaan Argentina ekoran kebimbangan terhadap asbestos. Pada tahun 2010, Perancis telah menawarkan Foudre (L9011).[16]
Perancis juga memindahkan Durance (A629), kini ARA Patagonia (B-1), kapal bekalan multi-produk (AOR).
Pada tahun 1988, penggunaan pesawat A-4 Skyhawk telah dihentikan, menjadikan Super Étendard sebagai satu-satunya pesawat pejuang dalam inventori tentera laut. Pesawat A-4H yang telah dibeli dan dibayar sepenuhnya daripada Israel sebagai pesawat penganti tidak dapat diserahkan di sebabkan sekatan yang dikenakan oleh A.S selepas perang. IAI telah menggunakan wang ini untuk membaik pulih pesawat S-2E Trackers ke variasi S-2T Turbo Tracker yang kini masih digunakan.
Pada tahun 1990-an, sekatan ini ditarik balik dan Lockheed L-188 Electra (pesawat awam dan diubahsuai pada rondaan patrol akhirnya dibersarakan dan digantikan dengan pesawat P-3B Orion dan Beechcraft King Air Model 200 kepada variasi rondaan maritim.
Pada tahun 2000, kapal pengangkut pesawat ARA Veinticinco de Mayo telah dilucut tauliah tanpa diganti, walaubagaimanapun tentera laut masih mengekalkan kumpulan udaranya yang terdiri dari pesawat Super Étendard jets dan S-2 Tracker yang secara rutin dioperasikan daripada kapal pengangkut pesawat Tentera Laut Brazil, São PauloARAEX video atau kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat apabila mereka singgah di selatan Atlantik semasa manuver Gringo-Gaucho.
Perang Teluk dan tahun 1990-an
suntingArgentina merupakan satu-satunya negara Amerika Latin yang menyertai Perang Teluk 1991, dengan menghantar sebuah kapal pemusnah dan sebuah korvet pada atur gerak pertama. Ia kemudian menghantar sebuah kapal bekalan dan sebuah korvet lagi untuk menyertai usaha sekatan dan kawalan laut oleh PBB di teluk ini. Operación Alfil ("bahasa Inggeris: Operasi [Chess] Bishop "), sepertimana yang dikenali telah melaksanakan lebih 700 kali pemintasan dan berlayar 25,000 batu di medan operasi.[perlu rujukan]
Bermula pada tahun 1990 hingga 1992, bot peronda kelas-Baradero telah digerakkan di bawah mandat PBB, ONUCA ke Teluk Fonseca di Amerika Tengah.[17] Pada tahun 1994, tiga buah korvet kelas-Drummond menyertai Operasi Uphold Democracy di Haiti.[18]
Kurun ke-21
suntingPada tahun 2003, buat pertama kali Tentera Laut Argentina (dikelaskan sebagai sebuah sekutu bukan NATO utama) beroperasi secara bersama dengan kumpulan tempur Tentera Laut A.S apabila kapal pembinasa ARA Sarandí (D-13) menyertai Kumpulan Tempur Pengangkut Pesawat USS Enterprise dan Skuadron Pembinasa 18 dalam Latihan Solid Step dalam perjalanan mereka ke Laut Mediterranean.[perlu rujukan]
Pada tahun 2010, pembinaan empat buah kapal peronda luar pantai seberat 1,800 tan telah diumumkan,[19] tetapi tidak pernah dimulakan. Juga pada bulan Mei 2010, Menteri Pertahanan Nilda Garre telah mengumumkan bahawa tentera laut akan terus kerja-kerja pada sebuah sistem yang akan membolehkan ia melancarkan peluru berpandu Exocet daripada pesawat P-3 Orion. Tambahan lagi, pembiayaan pembangunan dan pembinaan sebuah sistem pertahanan laut pantai mungkin akan berpandukan pada peluru berpandu Exocet menyerupai sistem Excalibur.[Penjelasan diperlukan]
Pada Oktober 2012, kapal latihan tentera laut ARA Libertad telah dirampas atas arahan mahkamah Ghana oleh para pemiutang ekoran krisis hutang Argentina pada tahun 2002.[20] Pada 15 Disember 2012, Tribunal Antarabangsa untuk Undang-undang Laut PBB memutuskan secara sebelah pihak bahawa kapal ini memiliki immuniti sebagai sebuah kapal tentera, dan memerintahkan bahawa "Ghana harus membebaskan frigat ARA Libertad serta merta dan tanpa syarat"[21][22] Empat hari kemudian Libertad telah dibebaskan daripada Tema dan tiba di pelabuhan Mar del Plata pada 9 Januari 2013.[23]
Tentera Laut Argentina mengalami kekurangan dana dan bergelut untuk memenuhi keperluan penyelenggaraan dan latihan; akibatnya hanya 15 daripada 42 buah kapalnya berada dalam keadaan mampu belayar.[perlu rujukan]Templat:When? Belanjawan pertahanan 2013 membolehkan 15 buah kapal ini menghabiskan kurang daripada 11 hari di laut, sementara kapal selamnya secara purata lebih sedikit daripada 6 jam menyelam bagi sepanjang tahun 2012.[24] ARA Espora menghabiskan 73 hari pada akhir tahun 2012 terkandas di Afrika Selatan ekoran kekurangan alat ganti. Pembinasa kelas-Almirante Brown juga kekurangan alat ganti manakala plurunya tamat tempot, sementara kapal peronda Antartik ARA Almirante Irizar telah dibaiki selama 10 tahun di sebabkan satu kebakaran.[24] Pada 23 Januari 2013, pembinasa Type 42 ARA Santísima Trinidad karam di mana ia ditambat selepas berada dalam simpanan selama 10 tahun.[25]
Tentera Laut Argentina menyertai latihan bersama dengan tentera laut negara sekutu lain termasuk Brazil, Amerika Syarikat, Sepanyol, Perancis, Kanada, Afrika Selatan,[26] Itali, Uruguay, dan sejak tahun 1990-an, Chile. Latihan ini dilakukan secara rutin untuk membangunkan sebuah doktrin operasi bersama. Setiap tahun, Tentera Laut Argentina dan Chile terlibat dalam Patrulla Antártica Naval Combinada (bahasa Inggeris: Rondaan Laut Antartik Bersama ) bagi menjamin keselamatan semua kapal pelancong dan saintifik yang dalam perjalanan ke Semenanjung Antartik, di mana tentera laut juga secara langsung bertanggungjawab untuk mengekalkan pangkalan-pangkalan Argentina di sana.[perlu rujukan]
Pada 15 November 2017, ARA San Juan (S-42) gagal berkomunikasi dalam satu transit rutin ke pelabuhan selepas menyertai sebuah latihan tentera. Satu pencarian telah dilancarkan oleh ISMERLO, bagaimanapun selepas 15 hari mencari Tentera Laut Argentina mengistiharkan operasi menyelamat dihentikan, dan akan memfokuskan pada pencarian kapal selam dan bukannya anak kapal. 44 orang anggota berada di dalam kapal selam semasa ia hilang.[27] Maklumat terakhir yang dibuat oleh ahli kongres Argentina menyatakan bahawa presiden Mauricio Macri dan menteri pertahanan beliau mempunyai tanggungjawab politik atas apa yang terjadi terhadap ARA San Juan[28].
Struktur
suntingTentera Laut Argentina mempunyai empat buah markas utama: Armada Samudera, Pasukan Kapal Selam, Penerbangan Laut dan Infantri Laut (Marin).
Armada laut
suntingPangkalan Tentera Laut Puerto Belgrano (Sepanyol: Base Naval Puerto Belgrano , ringkasan BNPB) merupakan pangkalan tentera laut terbesar dalam Tentera Laut Argentina. Ia terletak bersebelahan dengan Punta Alta, berdekatan Bahía Blanca, kira-kira 700 km (435 batu) ke selatan Buenos Aires. Kebanyakan armada kapal berpangkalan di sini.
Markas kapal selam
suntingMarkas Armada Kapal Selam (Sepanyol: Comando de la Fuerza de Submarinos , ringkasnya COFS) telah ditubuhkan apabila tentera laut mula menggunakan kapal selam pada tahun 1927. Setakat tahun 2013, pasukan ini berpangkalan di Mar del Plata. Grup Penyelam Taktikal juga diletakkan di bawah struktur markas kapal selam.[perlu rujukan]
Penerbangan laut
suntingMarkas Penerbangan Tentera Laut (Sepanyol: Comando de Aviación Naval , singkatan COAN) adalah sebuah cabang penerbangan bagi Tentera Laut Argentina. Argentina merupakan salah sebuah daripada dua buah negara Amerika Selatan yang mengoperasikan kapal pengangkut pesawat. Ia menggunakan pesawat pejuang Dassault-Breguet Super Étendard (yang kini tidak lagi digunakan) semasa Perang Falklands.[perlu rujukan]
Infantri laut
suntingMarkas Infantri Tentera Laut (Comando de Infantería de Marina ) adalah cabang marin bagi Tentera Laut Argentina. Infantri laut mempunyai susunan pangkat, lambang dan gelaran yang sama dengan pasukan tentera laut yang lain, dan diaturgerak ke luar negara dalam misi-misi pengaman PBB.[29][30]
Perkhidmatan hidrografi
suntingPerkhidmatan Hidrografi Tentera Laut Argentina (Sepanyol: Servicio de Hidrografía Naval , singkatan SHN) memberi perkhidmatan hidrografi kepada negara.[perlu rujukan]
Pangkat
suntingPegawai
suntingRank insignia consists of a variable number of gold-braid stripes worn on the sleeve cuffs or on shoulder-boards. Officers may be distinguished by the characteristic loop of the top stripe (in the manner of British Royal Navy officers). Combat uniforms may include metal pin-on or embroidered collar rank insignia. Rank insignia is worn on the chest when in shipboard or flying coveralls.
Officers are commissioned in either the Command (line) Corps (those who attend the Escuela Naval Militar- Naval College) or the Staff Corps (Professional Officers who only attend a short course in the Naval Academy after getting a civilian degree, except for the Paymasters who indeed attend the Naval College).
The Line Corps is divided into three branches: the Naval branch (including Surface Warfare, Submarine Warfare and Naval Aviation sub-branches), the Marine Corps branch, and Executive -Engineering- branch. Line Corps' reserve officers are considered Restricted Line ( Escalafon Complementario ) officers in any of the Warfare Communities (Surface, Submarine, Marines, Aviation and Propulsion), and can only raise to OF-4 rank ( Capitan de Fragata ).
All Line Corps officers were distinctive branch/sub-branch insignia on the right breast. Some Staff Corps officers also wear specialisation badges (Aviation, Surface, Submarine and Marines). Other common insignia is the Naval War College insignia, parachute wings, etc., also worn on the right breast. Medals and Ribbons, if awarded, are worn on the left breast, just above the chest pocket. The rank insignia of Staff Corps' officers is placed over a background colour denoting the wearer's field, such as purple (Chaplains), blue (Engineers), red (Health Corps), white (Paymasters), green (Judge Advocate Officers), brown (Technical Officers, promoted from the ranks) and grey (special branch). The background colour for Command Corps officers is navy blue/black.
Insignia | Argentine Rank (in Spanish) | Argentine Rank (in English) | Equivalent Royal Navy Rank | Equivalent US Navy Rank | NATO Rank Code |
---|---|---|---|---|---|
Almirante | Laksamana | Laksamana | Laksamana | OF-9 | |
Vicealmirante | Laksamana Madya | Laksamana Madya | Laksamana Madya | OF-8 | |
Contraalmirante | Counter Admiral | Laksamana Muda | Laksamana Muda (Separa Tinggi) | OF-7 | |
Comodoro de Marina | Komodor Tentera Laut | Komodor | Laksamana Muda (Separa Rendah) | OF-6 | |
Capitán de Navío | Kepten Ship-of-the-Line | Kepten | Kepten | OF-5 | |
Capitán de Fragata | Kepten Frigat | Komander | Komander | OF-4 | |
Capitán de Corbeta | Kepten Korvet | Leftenan-Komander | Leftenan Komander | OF-3 | |
Teniente de Navío | Leftenan Ship-of-the-Line | Leftenan | Leftenan | OF-2 | |
Teniente de Fragata | Leftenan Frigat | Leftenan Madya | Leftenan (Gred Junior) | OF-1 | |
Teniente de Corbeta | Leftenan Korvet | Leftenan Muda | Ensign | OF-1 | |
Guardiamarina | Pegawai Kadet Kanan | Pegawai Kadet Kanan | Pegawai Kadet Kanan | OF-D |
Pegawai tak bertauliah dan lain-lain pangkat
suntingLambang lain-lain pangkat (tidak termasuk Seamen) dipakai sama ada dibahu, dada atau lengan. Seamen dan Seamen Recruit memakai lambang pangkat mereka pada lengan. Papan bahu menunjukan kepakaran si pemakai.
Insignia | Pangkat Argentina (dalam bahasa Sepanyol) | Pangkat Argentina (dalam bahasa Inggeris) | Pangkat setara dalam RN (hampir) | Pangkat setara dalam USN (hampir) |
---|---|---|---|---|
Suboficial Mayor | Sub-Pegawai Mejar | Pegawai Waran 1 | Master Chief Petty Officer, Command Master Chief Petty Officer | |
Suboficial Principal | Principal Sub-Officer | Pegawai Waran 2 | Senior Chief Petty Officer | |
Suboficial Primero | Sub-Pegawai Kelas Pertama | Chief Petty Officer | Chief Petty Officer | |
Suboficial Segundo | Sub-Pegawai Kelas Kedua | Pegawai Rendah | Pegawai Rendah Kelas Pertama | |
Cabo Principal | Principal Korporal | Leading Seaman/Rate/Hand | Pegawai Rendah Kelas Kedua | |
Cabo Primero | Corporal First Class | Able Seaman 1st Class | Pegawai Rendah Kelas Ketiga | |
Cabo Segundo | Korporal Kelas Kedua | Able Seaman 2nd Class | Seaman | |
Marinero Primero | Seaman | Ordinary Seaman | Seaman Apprentice | |
Marinero Segundo | Seaman Recruit | (tiada pangkat setara) | Seaman Recruit |
Lihat juga
suntingRujukan
suntingPetikan
sunting- ^ "Argentina hace publica la cantidad de personal militar en sus fuerzas". zona-militar.com. 19 March 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 April 2018. Dicapai pada 28 April 2018.
- ^ From the 1936 movie La muchachada de a bordo composed by Manuel Romero and Abraham Soifer
- ^ In the native Spanish, the navy is known as Armada de la República Argentina. This also forms the basis for the navy's ship prefix ARA. "The Argentine Navy's Recent Past in Photographs". Warship International (1): 84–88. 1988.
- ^ "Historia de la Armada Argentina (in Spanish)". ara.mil.ar. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 December 2008. Dicapai pada 28 April 2018.
- ^ Keltie, J.S., ed. The Statesman's Year-Book: Statistical and Historical Annual of the States of the World for the Year 1900. New York: Macmillan, 1900. p 349.
- ^ Keltie 1900, m/s. 349.
- ^ Keltie 1900, m/s. 349–350.
- ^ Associated Press. "Plan Big Navy for Argentina". Youngstown Vindicator March 10, 1940. (Retrieved via Google News 10/25/10).
- ^ Conway's All the World Fighting Ships 1947–1995
- ^ "Persecución y captura de un pesquero". Diarkibkan daripada yang asal pada 5 June 2011. Dicapai pada 24 December 2014.
- ^ "Incendian y hunden un pesquero para evitar su captura". Diarkibkan daripada yang asal pada 5 June 2011. Dicapai pada 24 December 2014.
- ^ "Para evitar su captura, el capitán de un pesquero hundió el barco". lanacion.com.ar. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 June 2011. Dicapai pada 28 April 2018.
- ^ "Vice-Admiral Lombardo ... states that the Type 42 destroyer Santisima Trinidad was off the Argentine coast that day carrying out radio interference operations on the frequencies used by the British air controllers." The Fight for the Malvinas, pp. 211-212, Martin Middlebrook, Penguin, 1990
- ^ La difesa argentina replicò con prontezza, danneggiando un Harrier con un obsoleto missile Tigercat, che esplose dietro il suo bersaglio. Rivista aeronautica, p. 110, Tomo 18, Ministero dell'aeronautica, 2005
- ^ "A few minutes later, when the frigates were close to the submarine, a 'small metallic explosion' was heard. Neither of the British ships reported any incident during this period but Paul Bootherstone recalls that when the Arrow's towed torpedo decoy was retrieved later it was found to be badly damaged". The Royal Navy and Falklands War, pp. 156-157, David Brown, Pen and Sword, 1987
- ^ França oferece “Foudre” à Argentina Diarkibkan 2011-07-16 di Wayback Machine
- ^ Armada Argentina. ":: ARMADA ARGENTINA ::". Diarkibkan daripada yang asal pada 28 December 2014. Dicapai pada 24 December 2014.
- ^ "Estudios Interdisciplinarios de América Latina y el Caribe – Las crisis de Guatemala (1954) y Haití (1991-1994):". Diarkibkan daripada yang asal pada 19 January 2015. Dicapai pada 24 December 2014.
- ^ mindef: El comienzo en agosto próximo en los Astilleros Tandanor (en Buenos Aires) de la construcción primera de las cuatro Patrulleras Oceánicas Multipropósito, cuya ingeniería básica fue adquirida a la industria chilena. Diarkibkan 2010-03-07 di Wayback Machine
- ^ "Argentina takes ship dispute with Ghana to UN court". BBC News. 14 November 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 January 2013.
- ^ "Ghana told to free Argentine ship Libertad by UN court". BBC News. 15 December 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 July 2015.
- ^ "Order: The "ARA Libertad" Case" (PDF). International Tribunal for the Law of the Sea, Hamburg. 15 December 2012. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 1 January 2013. Dicapai pada 15 December 2012.
- ^ Daniel Schweimler (10 January 2013). "Argentine naval frigate returns home". Financial Times.
- ^ a b "Argentine navy short on spares and resources for training and maintenance". MercoPress. 22 November 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 December 2012.
- ^ "Argentine destroyer that led war against Britain sinks, a symbol of decay for once-proud navy". The Washington Post. Associated Press. 23 January 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 January 2013. Dicapai pada 25 January 2013.
- ^ Atlasur VIII Diarkibkan 2016-03-12 di Wayback Machine
- ^ "Submarino ARA San Juan: la Armada dio por finalizado el operativo de rescate y ya no busca sobrevivientes". lanacion.com.ar. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 December 2017. Dicapai pada 28 April 2018.
- ^ Redacción (2019-07-18). "Informe Final del Congreso: Macri y Aguad son responsables del hundimiento del ARA San Juan". elAgora.digital (dalam bahasa Sepanyol). Dicapai pada 2019-07-28.
- ^ "Operaciones para el mantenimiento de la paz" (dalam bahasa Sepanyol). Argentina.gob.ar. 14 Julai 2018. Dicapai pada 27 Julai 2019.
- ^ "Nuevo contingente de Cascos Azules parte hacia Chipre" (dalam bahasa Sepanyol). Gaceta Marinera. 22 Februari 2019. Dicapai pada 27 Julai 2019.
Sumber
suntingBacaan lanjut
sunting- Guia de los buques de la Armada Argentina 2005–2006. Ignacio Amendolara Bourdette, ISBN 987-43-9400-5, Editor n/a. (Spanish/English text)
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Tentera Laut Argentina |
- (Sepanyol) Official website
- (Sepanyol) Videos BravoZulu Official news programme
- (Sepanyol) Unofficial website Diarkibkan 2018-06-24 di Wayback Machine
- (Sepanyol) Organization and equipment