Tentera Laut Diraja Brunei

Angkatan Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) merupakan sebuah cabang pasukan tentera laut dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Ia bertanggungjawab bagi mengawal, menjaga dan meronda perairan negara Brunei Darussalam. Bagi melaksanakan tanggungjawab ini, Tentera Laut Diraja Brunei dilengkapi dengan kapal-kapal peronda dan kapal perang laju yang dilengkapi dengan sistem peluru berpandu dan senjata anti pesawat dan permukaan.[1]

Tentera Laut Diraja Brunei
Lambang Tentera Laut Diraja Brunei
Aktif14 Jun, 1965
Negara Brunei
JenisTentera laut
Sebahagian daripada Angkatan Bersenjata Diraja Brunei
PangkalanMuara
Komander
Pemangku/Timbalan Pemerintah Tentera Laut Diraja BruneiKepten Haji Mohamad Sarif Pudin bin Matserudin, TLDB
Pemerintah Armada Tentera Laut Diraja BruneiKepten Khairil bin Haji Abdul Rahman, TLDB
Sarjan Mejar Tentera Laut Diraja BruneiPegawai Waran 1 Roslan bin Duraman, TLDB
Tanda kebesaran
Panji

Tentera Laut Diraja Brunei telah ditubuhkan pada 14 Jun, 1965. Ia merupakan unit kedua yang ditubuhkan selepas Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. TLDB berpangkalan di Muara, yang mana terletak kira-kira 4 km dari Bandar Muara dengan majoriti anggotanya berbangsa Melayu. Sejak tahun 1977, TLDB telah dilengkapkan dengan kapal-kapal berpeluru berpandu dan kapal peronda pantai. Kesemua kapal TLDB menggunakan awalan KDB yang bermaksud Kapal Diraja Brunei. TLDB dahulu telah diketuai oleh Kol (L) Hj Abdul Halim bin Hj Abu Hanifah sejak bulan Mei 2008.[2]

Kekuatan armada sunting

 
KDB Nakhoda Ragam.

Tentera Laut Diraja Brunei mempunyai tiga cawangan iaitu Cawangan Operasi, Cawangan Tadbir dan Cawangan Bantu. Berikut merupakan kekuatan masa kini armada laut Brunei,

  1. KDB Waspada
  2. KDB Perwira
  3. KDB Jerambak
  4. KDB Pemburu (P15)
  5. KDB Penyerang (P-16)
  6. KDB Waspada (P02)
  7. KDB Pejuang(P03)
  8. KDB Seteria (PO4)
  9. KDB Nakhoda Ragam
  10. KDB Bendahara Sakam

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Introduction - Royal Brunei Navy - Retrieved 19 April 2007
  2. ^ History - Royal Brunei Navy - Retrieved 19 April 2007

Pautan luar sunting