Tentera Laut Diraja Kanada (RCN) (Inggeris: Royal Canadian Navy, Perancis: Marine royale canadienne), secara rasminya dikenali sebagai Perintah Maritim atau dalam Bahasa Inggerisnya Maritime Command (MARCOM), merupakan tentera laut bagi negara Kanada. RCN adalah salah satu cabang tentera yang digabungkan sepenuhnya menjadi satu pemerintahan berpusat Angkatan Tentera Kanada yang beribu pejabat di Ibu Pejabat Pertahanan Negara, Kanada. Pada tahun 2015, Tentera Laut Diraja Kanada mengendalikan aset berupa sebuah kapal pembinasa (destroyer),12 buah kapal frigat, 4 buah kapal selam peronda, 12 buah kapal pertahanan pesisir pantai, 8 buah kapal peronda tidak bersenjata/latihan serta beberapa buah kapal sokongan/bantuan. Tentera Laut Diraja Kanada terdiri daripada 8,500 anggota tetap yang berkhidmat sepenuh masa, 5,100 orang kelasi simpanan sukarela dan dibantu oleh pula oleh 5,300 orang kakitangan awam.[1] Kini Laksamana Madya Mark Norman merupakan Panglima dan Ketua Staff Tentera Laut Diraja Kanada.[2]

Tentera Laut Diraja Kanada
Royal Canadian Navy
Marine royale canadienne
Naval Ensign of Canada.svg
Bendera Tentera Laut Diraja Kanada
Aktif1910–kini
Negara Canada
KesetiaanElizabeth II, Ratu Kanada
JenisTentera laut
Saiz22,800 tentera
13,400 tentera tambahan
Sebahagian daripadaAngkatan Tentera Kanada
Ibu pejabatIbu Pejabat Pertahanan Negara
MotoReady Aye Ready
Kawat"Heart of Oak"
MaskotSONAR (Anjing Newfoundland)
PertempuranPerang Dunia Pertama
Perang Dunia Kedua
Perang Korea
Perang Teluk
Perang Afghanistan
Operasi MOBILE
Laman webwww.navy.forces.gc.ca
Komander
Panglima Tentera Laut Diraja KanadaGeneral Thomas J. Lawson CMM MSC CD
Komander Tentera Laut Diraja KanadaMark Norman CMM CD

Tentera Laut Kanada telah ditubuhkan pada 1910 dengan nama Servis Tentera Laut Kanada sebelum menerimapakai gelaran Diraja pada 1911.[3] kemudian Tentera Laut Diraja Kanada bergabung sepenuhnya dengan Tentera Udara Diraja Kanada dan Tentera Darat Kanada bagi membentuk satu markas pemerintahan tunggal yang disebut Gabungan Angkatan Tentera Kanada pada tahun 1968, selepas itu ia dikenali sebagai "Perintah Maritim" sehinggalah pada tahun 2011 di mana nama RCN dipulihkan. Sepanjang sejarahnya, RCN telah berkhidmat di dalam Perang Dunia Pertama, Perang Dunia Kedua, Perang Korea, Perang Teluk dan banyak menyertai misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Oleh kerana pada masa ini Ketua Negara bagi Kerajaan Kanada adalah seorang Ratu, maka nama kapal-kapal RCN yang ditauliahkan dalam perkhidmatan akan diawali dengan HMCS (Her Majesty's Canadian Ship/Submarine).

RujukanSunting

  1. ^ group="a" name="ataglance">"Canada's Navy at a Glance". National Defence and the Canadian Forces. 16 August 2011. Diarkib daripada yang asal pada 17 August 2011.
  2. ^ group="a" name="vadm">"Senior Officer Biography: Vice-Admiral Norman M.A.G. , CMM, CD". Royal Canadian Navy. 2013-06-25. Dicapai pada 2013-07-13.
  3. ^ Gilbert Norman Tucker `The Naval Service of Canada: Its Official History` Ottawa, 1952