Tentera Laut Perancis

Tentera Laut Perancis (Perancis: Marine nationale, "marin nasional"), gelaran tidak rasmi [La Royale] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan), adalah pasukan maritim dalam Angkatan Tentera Perancis.[3] Sejarahnya boleh dijejak sehingga tahun 1624[perlu rujukan], ia merupakan salah sebuah angkatan tentera laut tertua dunia dan mengikut sejarah memainkan peranan penting dalam membentuk Empayar koloni Perancis. Seawal penubuhan lagi, peranannya telah ditakrifkan sebagai mengekalkan kecerdasan, melindungi penduduk, mencegah krisis, mencelah bilamana perlu bagi membina semula keamanan, dan menyuarakan sebarang ancaman terhadap kepentingan utama Perancis.[4] Marine nationale merangkumi empat cawangan, iaitu Force d'Action Navale, Forces Sous-marines, Aeronavale dan Fusiliers Marins (termasuk Commandos de Marine). Selaku tentera laut lepas[5] Marine nationale mengendalikan pelbagai kapal tempur, termasuk sebuah kapal pengangkut pesawat berkuasa nuklear (Charles de Gaulle), 6 buah kapal selam nuklear, 4 buah Kapal selam peluru berpandu balistik, kapal-kapal frigat, bot-bot peronda dan kapal-kapal sokongan. Tentera Laut Perancis tidak menggunakan imbuhan awalan bagi menamakan kapal-kapalnya (sebagai contoh, HMS atau KD). Wartawan asing kadangkala menggunakan imbuhan "FS" (bagi "French Ship") atau FNS (bagi "French Navy Ship"); bagaimanapun ini tidak rasmi.

Tentera Laut Perancis
[Marine nationale] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)
AktifTahun 1624[perlu rujukan] - kini
Negara Perancis
JenisTentera laut
Saiz36,776 anggota (2014)[1]
130 buah kapal [1]
206 buah pesawat[2]
PangkalanUtama: Brest, Île Longue, Pelabuhan tentera Toulon.

Kedua: Cherbourg, Lorient.
Wilayah Luar Negeri Perancis: Fort-de-France, Degrad des Cannes, Port des Galets, Nouméa, Papeete.

Luar Negeri: Dakar, Djibouti, Abu Dhabi.
Nama samaranLa Royale
MotoHonneur, patrie, valeur, discipline
("Maruah, Tanahair, Berani, Disiplin")
WarnaBiru, putih, merah
KapalArmada terkini
Komander
Ketua Turus Tentera Laut PerancisLaksamana Bernard Rogel
Tanda kebesaran
Panji-panji tentera laut
Pesawat terbang
PenyerangSuper Étendard, Rafale
Peperangan
elektronik
Hawkeye
PejuangRafale
HelikopterNH90, Eurocopter Lynx, Panther, Dauphin
Helikopter utilitiAlouette III
PerondaAtlantique 2, Falcon 50, Falcon 200
PelatihMudry CAP 10, MS-88 Rallye, Falcon 10, Xingu

Menjelang Jun 2014, Tentera Laut Perancis mempunyai sejumlah 36,776 anggota tetap. Elemen simpanan Tentera Laut Perancis mengandungi 4,827 anggota dari Rizab Operasi.[1]

Cogan kata Tentera Laut Perancis ialah Honneur, Patrie, Valeur, Discipline ("Maruah, Tanah air, Berani, Disiplin"). Moto ini boleh ditemui di geladak setiap kapal Tentera Laut Perancis. Ketua Turus Tentera Laut Perancis (chef d'état-major de la Marine, akronim CEMM) yang terkini ialah Amiral Bernard Rogel.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Key defence figures 2014" (PDF) (dalam bahasa Perancis). Defense.gouv.fr. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-12-13. Dicapai pada 2015-09-30.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)()
  2. ^ World Air Forces 2014 10 December 2013
  3. ^ "French Navy". Defense.gouv.fr. Dicapai pada 2011-12-28.
  4. ^ Missions, Ministry of Defence
  5. ^ Intervenir, Ministry of Defence

Bacaan lanjut sunting

  • Jenkins, E H (1973). A History of the French Navy from its Beginnings to the Present Day. London: Macdonald and Jane's. ISBN 0356-04196-4.
  • Maria Petringa, Brazza, A Life for Africa, Bloomington, IN: AuthorHouse, 2006. ISBN 978-1-4259-1198-0. A biography of French naval officer, explorer of Africa, and human rights activist Pierre Savorgnan de Brazza, including a detailed description of his years on the training ship Borda, and his experiences at the French Ministry of the Navy on rue Royale, in Paris.
  • Randier, Jean (2006). La Royale: L'histoire illustrée de la Marine nationale française. ISBN 978-2-35261-022-9.

Pautan luar sunting