"Terakhir" ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh Sufian Suhaimi. Ia dikeluarkan sebagai single pertama beliau pada 4 Mac 2016 oleh Aries Music. Lagu ini menjadi kejayaan komersial apabila layak dipertandingkan di Anugerah Juara Lagu ke-31 sekaligus memperkenalkan nama Sufian kepada perhatian media dan peminat muzik tempatan.[1][2][3]

"Terakhir"
Single oleh Sufian Suhaimi
Dilancarkan pada4 Mac 2016
Dirakamkan padaFebruari 2016
Format
GenreBalada
Panjang
  • 4:20 (single)
  • 4:32 (muzik video)
SyarikatAries Music
PenulisSufian Suhaimi, Sirkhan, Rinkarnaen
PenerbitSirkhan
Kronologi single Sufian Suhaimi
"Terakhir" ""Harus Aku"
(2016)"
"Terakhir" di YouTube
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Latar belakang sunting

"Terakhir" telah dicipta oleh Sirkhan pada 2012.[2] Sufian, Sirkhan dan Rinkarnaen mengambil masa lebih dua tahun untuk menyiapkan lagu ini.[4] Lagu itu kemudian dimuatnaik di YouTube oleh seorang individu yang dikenali sebagai Kipidap dan meraih jumlah tontonan sebanyak 1.3 juta dalam tempoh 6 bulan. Sufian menerima tawaran dari beberapa syarikat rakaman sebagai artis rakaman, namun beliau menolak tawaran itu.[4] Beliau memutuskan untuk mengikat kontrak dengan Aries Music pada Disember 2015, selepas perbicangan bersama Sirkhan.[2] Rakaman lagu ini dijalankan di Studio NAR, Taman Tun Dr. Ismail pada Februari 2016. Susunan muzik lagu ini dilakukan oleh Eddie Marzuki dengan proses rakaman vokal di bawah bimbingan Bob Yusof.[5]

Keluaran sunting

"Terakhir" dikeluarkan pada 4 Mac 2016. Ia menjadi kejayaan komersial seluruh negara dan layak bertanding di Anugerah Juara Lagu ke-31.[2]

Format dan senarai runut sunting

  • Muat turun digital
  1. "Terakhir" – 4:17[6]

Sejarah keluaran sunting

Negara Tarikh Format Label
Malaysia 4 Mac 2016 Muat turun digital[6]
Penstriman digital[7]
Aries Music

Kedudukan carta sunting

Tahun Tajuk Kedudukan tertinggi
Era FM
[8]
Hot FM
[9]
Muzik Muzik
[10]
RIM (Antarabangsa & Domestik)
[11]
RIM (Domestik)
[12]
2016 "Terakhir" 1 1 1

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan Ruj.
2017 Anugerah Juara Lagu ke-31 Finalis "Terakhir" Tercalon [2]

Rujukan sunting

  1. ^ Syafil Syazwan Jefri (25 November 2016). Hilang kata-kata! Harian Metro. Dicapai pada 22 Februari 2018.
  2. ^ a b c d e "Sufian Suhaimi dedah rahsia 'Terakhir' di SMK Telok Gadong". gpsbestari.com. 8 Ogos 2016. Dicapai pada 29 Mei 2018.
  3. ^ Mohd Al-Qayum Azizi (16 Disember 2016). "Sufian Suhaimi takut tenggelam selepas satu lagu hits". mStar Online. Dicapai pada 29 Mac 2020.
  4. ^ a b Kenneth Chaw (29 Januari 2019). "'I started coughing blood': Sufian Suhaimi's painful journey to the Anugerah Juara Lagu finals". star2.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 29 Januari 2019.
  5. ^ "KENYATAAN MEDIA: Sufian Suhaimi - Terakhir". Aries Music. Mac 2016.
  6. ^ a b "Terakhir - Single by Sufian Suhaimi". iTunes Store (MY). Apple. 12 April 2019. Dicapai pada 12 April 2019.
  7. ^ "Terakhir - Single by Sufian Suhaimi". Spotify. 16 Mei 2019. Dicapai pada 16 Mei 2019.
  8. ^ "Carta ERA 40". Era FM.
  9. ^ "Hot FM 30". Hot FM. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-12. Dicapai pada 2021-03-29.
  10. ^ "Carta 20 Muzik Muzik". Muzik Muzik.
  11. ^ "Top 20 Most Streamed International and Domestic Singles in Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Industri Rakaman Malaysia.
  12. ^ "Top 20 Most Streamed Domestic Singles in Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Industri Rakaman Malaysia.