Terang (lagu Siti Nurhaliza)

"Terang" merupakan lagu nyanyian Dato' Sri Siti Nurhaliza yang dikeluarkan pada 31 Oktober 2019. Lagu ini ialah hasil nukilan sepenuhnya oleh Aubrey Suwito dan lirik oleh Shah Shamshiri. Ia diplih sebagai lagu tema kempen SimplySiti Di Hati 2019 dan ia ditujukan khas oleh Siti Nurhaliza untuk kanak-kanak pesakit jantung sebagai pembakar semangat untuk mereka terus bangkit.[1] Ia dikeluarkan sebagai single ketiga untuk album ke-19 Siti, ManifestaSITI2020 yang dikeluarkan pada 3 Julai 2020.[2]

"Terang"
Single oleh Siti Nurhaliza
daripada album ManifestaSITI2020
Dilancarkan pada31 Oktober 2019 (Digital)
FormatMuat turun digital
GenrePop
Panjang3:52
SyarikatCranky Music Sdn. Bhd.
PenulisAubrey Suwito, Shah Shamshiri
PenerbitAubrey Suwito
Kronologi single Siti Nurhaliza
""Kasihku Selamanya"
(2019)"
"Terang" ""7 Nasihat"
(2020)"
"Terang" di YouTube
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Latar belakang sunting

"Terang" dianggap oleh Dato' Sri Siti sebagai karya yang menjadi motivasi untuk masyrakat bangkit dalam apa juga keadaan. Dalam temuramah bersama Astro Awani, beliau berkata: "Terang adalah manifestasi yang menyentuh soal masyarakat hari ini, supaya kita bangkit dalam apa juga keadaan,".[1] Menurut Siti, beliau berminat merakamkannya kerana tertarik dengan melodi yang indah: "Sebaik Aubrey maklumkan dia ada lagu baharu untuk saya, memang teruja untuk mendengar melodinya. Alhamdulillah, selepas mendengar melodi dan liriknya saya terus jatuh cinta serta bersetuju untuk rakam. Saya sangat sukakan melodi Terang yang ke arah era 60-an,".[3]

Muzik video sunting

Bagi mempromosikan "Terang", pengurusan Siti Nurhaliza menerbitkan video muzik yang sarat dengan mesej kemasyarakatan, diarahkan oleh Nadiyah Zakariya yang turutdan menampilkan sekumpulan kanak-kanak yang melengkapi aspirasi lagu ini.[1][4]

Format dan senarai runut sunting

  • Muat turun digital[5]
  1. "Terang" – 3:52

Sejarah keluaran sunting

Negara Tarikh Format Label
Malaysia 31 Oktober 2019 Muat turun digital[5]
pensitriman digital[6]
Siti Nurhaliza Productions
Universal Music Group (Malaysia)

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "Terang terjemah aspirasi kasih sayang Siti Nurhaliza". Astro Awani. 6 November 2019. Dicapai pada 7 Disember 2019.
  2. ^ Syafil Syazwan Jefri (30 Jun 2020). "Album Siti habis dijual". Harian Metro. Dicapai pada 2 Julai 2020.
  3. ^ Norhayati Nordin (5 November 2019). "Siti teruja melodi Terang". Harian Metro. Dicapai pada 7 Disember 2019.
  4. ^ Zaidi Mohamad (6 November 2019). "Peminat dapat semangat, inspirasi dengar lagu Terang". Berita Harian. Dicapai pada 7 Disember 2019.
  5. ^ a b "Terang - Single". iTunes Store (MY). Apple. 31 Oktober 2019. Dicapai pada 8 Januari 2020.
  6. ^ "Terang - Single by Siti Nurhaliza". Spotify. 31 Oktober 2019. Dicapai pada 8 Januari 2020.