Teras planet

Bahagian terdalam bagi sesebuah planet
(Dilencongkan dari Teras (geologi))

Teras planet merupakan bahagian paling dalam bagi sesebuah planet. Ia mungkin mengandungi lapisan pepejal atau cecair.[1] Teras planet Marikh dan Zuhrah misalnya mungkin adalah pepejal sepenuhnya kerana ia kekurangan medan magnet dalaman.[2] Di dalam Sistem Suria kita, julat saiz teras adalah daripada 20% sehinggalah 85% jejari sesebuah planet.

Gergasi gas juga mempunyai teras yang kaya dengan besi yang kaya dengans also have iron-rich cores. Walaupun teras ini adalah pada kadar yang lebih kecil berbanding planet daratan, gas gergasi adalah begitu besar sehinggakan teras mereka sebenarnya boleh menjadi lebih besar daripada Bumi. Teras Musytari adalah dipercayai lebih kurang 12 kali jisim Bumi (3% daripada jumlah jisim Musytari), dan planet luar suria HD 149026 b dipercayai memiliki teras kira-kira 70 kali jisim Bumi.

Ia dipercayai bahawa beberapa gas gergasi mengorbit sangat dekat dengan bintang mereka mungkin kehilangan atmosfera mereka, hanya meninggalkan teras mereka sahaja. Kelas planet hipothetikal ini dipanggil "planet Chthonian".

Beberapa bulan, asteroid dan lain-lain planet kecil juga mungkin mempunyai teras yang berbeza bergantung kepada saiz dan sejarah mereka. Bulan-bulan Musytari Io dan Europa dalam banyak cara menyerupai planet daratan dan mempunyai teras yang sangat besar yang terdiri daripada kira-kira satu pertiga daripada jejari mereka. Asteroid besar 4 Vesta juga dipercayai sebagai memiliki struktur berbeza dengan teras jelas.

Nota sunting

  1. ^ Solomon, S C (2007). "Hot News on Mercury's Core". Sains. 316 (5825): 702–3. doi:10.1126/science.1142328. PMID 17478710.(langganan diperlukan)
  2. ^ Luhmann, J. G; Russell, C. T (1997). "Mars: Magnetic Field and Magnetosphere". Dalam Shirley, J. H; Fainbridge, R. W (penyunting). Ensiklopedia Sains Planet. New York: Chapman and Hall. m/s. 454–456. Dicapai pada 6 Mei 2012.