Buka menu utama
An ice core being slid out of a drill barrel sideways
Sampel teras ais yang diambil daripada gerudi. Foto oleh Lonnie Thompson, Pusat Penyelidikan Kutub Byrd

Teras ais adalah sampel teras yang biasanya dikeluarkan daripada lembar ais atau glasier gunung yang tinggi. Memandangkan ais terbentuk dari penambahan lapisan salji secara tahunan, lapisan bawah lebih tua usianya daripada lapisan atas, dan satu teras ais itu boleh mengandungi ais yang terbentuk dalam satu lingkungan tahun yang tertentu. Teras-teras ini digerudikan dengan tangan (untuk lubang-lubang) atau gerudi berkuasa tinggi yang boleh mencapai kedalaman lebih daripada dua kilometer (3.2 km), dan mengandungi ais berusia 800,000 tahun.

Sifat fizikal ais dan bahan yang terperangkap di dalamnya boleh digunakan untuk menanggarkan semula iklim lingkungan usia teras tersebut. Nisbah isotop oksigen dan hidrogen yang terkandung boleh memberikan maklumat tentang suhu kuno manakala udara yang terperangkap dalam gelembung kecil boleh dianalisis untuk menentukan tahap gas atmosfera seperti karbon dioksida. Aliran haba dalam lembar ais yang besar adalah sangat perlahan, oleh itu suhu lubang boleh dijadikan petunjuk kepada suhu persekitaran pada masa lampau. Data-data ini dapat digabungkan untuk mencari model iklim yang paling bersesuaian dengan semua data yang ada.

Kekotoran dalam teras ais mungkin bergantung kepada lokasi. Kawasan pantai lebih cenderung untuk memasukkan bahan yang berasal dari laut, seperti ion garam laut. Teras ais di Greenland misalnya mengandungi lapisan debu tiupan angin yang berhubung kait dengan tempoh yang dingin dan kering di kawasan tersebut pada masa dahulu ketika padang pasir sejuk digosok oleh angin. Unsur-unsur yang radioaktif sama ada ia asli mahupun terhasil oleh aktiviti nuklear manusia boleh digunakan untuk mentarikhkan lapisan ais. Kegiatan volkanik yang cukup kuat untuk menghantar bahan ke seluruh dunia telah meninggalkan tanda pada teras-teras yang boleh digunakan untuk menyelaraskan skala masa teras-teras ini.

Pautan luarSunting