Count Hisaichi Terauchi (寺内 寿一, Terauchi Hisaichi, 8 Ogos 1879 – 12 Jun 1946) ialah seorang Gensui (atau Fil Marsyal) dalam Tentera Darat Imperial Jepun dan Panglima Kumpulan Tentera Darat Ekspedisi Selatan semasa Perang Dunia II.

Gensui Count Terauchi Hisaichi
Jeneral Count Terauchi Hisaichi
KelahiranAugust 8, 1879
Yamaguchi Prefecture, Japan
Meninggal dunia12 Jun 1946(1946-06-12) (umur 66)
Malaya
KesetiaanEmpayar Jepun
Perkhidmatan Tentera Darat Imperial Jepun
Tahun perkhidmatan1900–1945
PangkatFil Marsyal
ArahanDivisyen Ke-5
Division Ke-4
Tentera Darat Taiwan Jepun
Tentera Darat Wilayah Utara China
Kumpulan Tentera Darat Ekspedisi Selatan
PertempuranPerang Jepun-Rusia
Perang China-Jepun Kedua
Perang Dunia II
AnugerahOrder of the Rising Sun (Kelas 1)

Biografi sunting

 

Hisaichi Terauchi telah dilahirkan di wilayah Yamaguchi dan merupakan anak sulung bekas Perdana Menteri Jepun yang ke-9 dan Gabenor Jeneral Korea pertama iaitu Gensui Count Terauchi Masatake, yang berketurunan bangsawan. Setelah tamat belajar di Akademi Tentera Jepun pada tahun 1900, beliau menyertai Tentera Darat Imperial dan ditugaskan dalam Perang Rusia-Jepun. Selesai perang, Terauchi menjadi pegawai tentera di Jerman dan bertugas sebagai tenaga pengajar di Akademi Tentera.

Pada tahun 1919, beliau dianugerahi gelaran hakushaku (Count) dan menjadi kolonel. Kemudian menjadi mejar jeneral pada 1924 dan ditugas untuk memimpin pasukan Tentera Darat Chōsen di Korea tahun 1927. Setelah menjadi leftenan jeneral pada tahun 1929, beliau diangkat menjadi pemimpin pasukan Divisyen Ke-5 dan kemudian dipindahtugaskan ke Divisyen Ke-4 pada tahun 1932. Tahun 1934, beliau menjadi panglima Tentera Darat di Taiwan.

Bulan Oktober 1935, beliau menjadi jeneral (penuh) dan terlibat dalam faksi Kodoha dalam politik Jepun. Setelah peristiwa Insiden 26 Februari, beliau terpilih dari Tentera Darat menjadi Menteri Perang pada tahun 1936, dalam pemerintahan Perdana Menteri Jepun Hirota Koki, yang selanjutnya mempertajam konflik antara kubu tentera dan kubu awam di dalam Diet Jepun.

Apabila berlaku Perang China-Jepun II, beliau kembali ditugaskan ke medan perang sebagai panglima Tentera Darat Wilayah China Utara. Tahun 1938, dia dianugerahi darjah kebesaran Order of the Rising Sun kelas pertama dan pada 6 November 1941 diangkat sebagai panglima Kumpulan Tentera Darat Ekspedisi Selatan . Kemudian ia bersama Laksamana Yamamoto Isoroku menyusun pelan strategi Perang Pasifik.

Hisaichi Terauchi memimpin penjajahan Asia Tenggara pada tahun 1941-1942. Dengan Markas besar di Singapura dan dilantik menjadi Fil Marsyal pada Jun 1943. Selanjutnya beliau berpindah ke Filipina pada bulan Mei 1944. Ketika Pihak Berikat mengancam Filipina, Hisaichi Terauchi berundur ke Saigon, di Indochina Perancis (sekarang Vietnam). Setelah mendapat maklumat bahawa Burma bebas daripada Jepun, beliau menderita strok pada 10 Mei 1945. Pada 12 September 1945, Jeneral Itagaki Seishiro, mewakili Terauchi, menyerah kalah kepada Pihak Berikat di Singapura. Terauchi sendiri menyerah diri kepada Lord Mountbatten pada 30 September 1945 dan meninggal sebagai tawanan perang di Malaya setelah perang tamat.

Catatan sunting

Chōsen adalah nama Jepun untuk Korea, berasal dari bahasa Korea Joseon (조선, 朝鮮, disebut pula Chosŏn)

Rujukan dan pautan sunting