Terbaik dari Langit

Filem Malaysia 2014 arahan Nik Amir Mustapha
(Dilencongkan dari Terbaik dari Langit (filem))

Terbaik Dari Langit (Tulisan Jawi: ترباءيق دري لاڠيت; bahasa Inggeris: Nova)[4] merupakan sebuah filem kembara fantasi sains fiksyen Malaysia 2014[5] arahan Nik Amir Mustapha terbitan bersama Astro Shaw dan Playground Productions. Ia dibintangi oleh Bront Palarae, Iedil Putra, Amerul Affendi, Megat Sharizal, Nadiya Nisaa, Sharifah Amani dan Siti Saleha. Filem ini mengisahkan seorang jejaka bernama Berg (Bront Palarae) yang merancang sebuah pengembaraan bersama empat rakannya untuk mencari kebenaran mengenai kisah UFO. Namun, di sebalik perjalanan yang jauh itu, mereka akhirnya menyedari sesuatu yang tidak pernah dijangkakan sebelumnya.[6]

Terbaik Dari Langit
Poster keluaran tayangan
PengarahNik Amir Mustapha
Penulis
Lakon layarRedza Minhat
Dihasilkan oleh
  • Tuan Faisal Azmy Tuan Kob
  • Mohamed Kabir (eksekutif)
  • Gayatri Su-Lin Pillai (eksekutif)
  • Najwa Abu Bakar (eksekutif)
Dibintangi
SinematografiJordan Chiam
Disunting olehRewan Ishak
Muzik olehPitahati
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehGSC Movies
Tarikh tayangan
  • 25 Disember 2014 (2014-12-25) (Malaysia)
Masa tayangan
109 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM1 juta[2]
Pecah panggungRM0.42 juta [3]

Filem ini ialah filem terakhir lakonan Seniman Allahyarham Datuk Aziz Satar, yang meninggal dunia pada 6 Mei 2014, tujuh bulan sebelum keluaran tayangan rasmi. Filem ini ditayangkan kepada umum pada 25 Disember 2014. Terbaik Dari Langit memenangi Filem Terbaik di Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2015.[7] Filem ini turut memenangi tiga anugerah dari dua belas pencalonan di Festival Filem Malaysia ke-27 (termasuk Anugerah Khas Juri).

Sinopsis sunting

 
Zelda dan Ijam ketika ditemuramah wartawan.

Berg seorang pembikinan filem avant-garde bersama empat rakannya, Ijam, Toyu dan Ali bersama pelakon baru Sofia Jane, memulakan pengembaraan ke sebuah lokasi di mana di situlah dia telah menyaksikan apa yang dia percaya sebagai sebuah UFO sekitar 15 tahun lalu. Berg yakin dia akan dapat mencari UFO yang telah dilihatnya ketika dia dan rakan-rakannya keluar dari kawasan sekolah asrama di waktu malam. Dia merahsiakan penyakit kanser otak tahap keempat yang dihidapinya daripada rakan-rakannya. Ini mungkin peluang terakhirnya untuk membikin filem. Berg terpaksa mengambil ubat penahan sakit sepanjang perjalanan.

Rakannya Ijam, seorang selebriti, mengikuti pengembaraan ini sebelum pernikahannya dengan Zelda, yang merupakan anak kepada seorang usahawan berjaya. Toyu, rakan Berg yang berkulit gelap pula seorang yang lemah lembut dan sensitif. Toyu telah meninggalkan impiannya untuk menjadi seorang pelukis kerana kerjayanya sebagai seorang guru. Ali, yang tidak menamatkan persekolahannya kini seorang usahawan kecil-kecilan. Perniagaannya kurang memberangsangkan, dan kini menghadapi kewangan. Hanya Ali sahaja yang tahu tentang penyakit kanser Berg.

Sofia Jane, seorang pelajar bidang perubatan turut sama dalam perjalanan ini selaku pelakon filem pendek itu. Pada mulanya, semuanya kelam kabut dan mereka mula mempertikaikan kebolehan Berg mengarah. Keadaan semakin tegang apabila Ijam masih tidak memaafkan Ali kerana telah mengakibatkan dia digantung sekolah dulu. Keadaan menjadi lebih tegang apabila UFO yang dinanti-nantikan tidak muncul di tempat yang telah Berg jangkakan. Berg mahu terus mencuba, dan meneruskan perjalanan ke sekolah menengah asal mereka.

Ketika mereka berpecah, Sofia Jane mula mendorong Toyu untuk berani memberikan pendapat. Ijam pula telah didesak oleh Sara untuk hidup dengan hala tuju sendiri. Berg,yang berjalan kaki untuk ke sekolah lamanya, telah disertai oleh Ali yang bertekad untuk menghabiskan filem ini. Mereka kemudiannya disertai semula oleh anggota kumpulan yang lain.

Mereka melakukan satu pengambaraan terakhir di sekolah alam mereka. Selepas habis syot terakhir, sebuah UFO muncul dan menculik Berg. Selepas sekian lamanya, filem mereka itu telah ditayangkan kepada umum di pawagam. Selepas para penonton keluar dari pawagam, kelihatan cahaya keluar dari pawagam tersebut, menandakan kehadiran UFO di pawagam tersebut.

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

 
Bront Palarae sebagai Berg.
 
Filem ini merupakan filem terakhir yang dibintangi oleh Allahyarham Aziz Sattar.

Pelakon kanak-kanak sunting

  • Zack Zharif sebagai Berg (17 Tahun)
  • Rahman Rahim sebagai Ijam (17 tahun)
  • Alif Azeman sebagai Toyu (17 tahun)
  • Hanif Latip sebagai Ali (17 Tahun)

Penampilan khas sunting

Penerbitan sunting

Filem ini merupakan filem pertama bagi kebanyakan krew penerbitan filem ini. Filem ini ialah filem terbitan pertama Playground Productions, skrip filem pertama oleh Redza Minhat, arahan fotografi filem pertama oleh Jordan Chiam, rakaman bunyi lokasi filem pertama Fauzan Aziman, dan sentuhan busana filem pertama oleh Nawal Jes Izman. Proses pra-produksi telah dimulakan enam bulan awal.[2] Filem ini dirakamkan dalam tempoh 35 hari pada Mac 2013 di Kuala Lumpur, Selangor dan Perak. Tarikh pengambaraan filem ini asalnya dijadualkan pada November 2012 tetapi telah ditunda kerana ramalan kaji cuaca serta perubahan lokasi pengambaraan. Lokasi penggambaran, asalnya ialah Pahang dan Terengganu sebelum ditukar kepada Selangor dan Perak.[8] Filem ini pada mulanya dikenali sebagai Bikin Filem sebelum ditukar tajuknya menjadi "Terbaik Dari Langit". Penggambaran filem ini telah bermula sebelum filem pertama Nik Amir, KIL ditayangkan di pawagam.[9] Bront Palarae mengulas beliau memilih untuk membintangi filem ini kerana "...antara skrip filem terbaik yang pernah saya baca."[10] Megat Sharizal telah menambah berat badannya sebanyak 15kg untuk membolehkan dia mendapatkan tubuh badan fizikal wataknya (Ali) di dalam filem ini. Babak di sekolah telah dirakamkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yussuf.[4]

Filem ini juga menyelitkan 2 adegan sebagai tanda penghormatan kepada filem-filem dahulu iaitu adegan Batu Belah Batu Bertangkup (Talentime, diarahkan oleh Yasmin Ahmad)[4] dan adegan melibatkan UFO (XX Ray, diarahkan oleh Aziz M. Osman).

Keluaran sunting

Tayangan sunting

Tayangan perdana peringkat dunia untuk filem ini telah dilakukan di Festival Filem Antarabangsa Tokyo 2014 pada 28 Oktober 2014. Tayangan perdana di Malaysia telah dilakukan pada 9 Disember 2014 di Cathay Cineplex, eCurve Damansara.[4] Filem ini telah ditayangkan di Malaysia pada 25 Disember 2014.[11][12]

Ulasan kritis sunting

 
 

Rata-rata ulasan bagi filem ini ialah positif. Syed Mussadad Syed Mahdi dari Utusan Malaysia, Faisal Asyraf dari New Straits Times dan Azhariah Kamin dari The Star senada dalam ulasan mereka mengenai filem ini sebagai "wajib tonton 2014" dan "berpotensi mengikut jejak kejayaan filem Nik Amir sebelum ini (KIL).[13][14][15] Ifqdar Rahman dari Utusan Malaysia pula memberikan satu perkataan untuk menggambarkan filem ini, "Terbaik!".[16] Muzaffar Mustapha dari Astro Awani pula memuji kejayaan pengarah serta penulis " meneroka lebih daripada cerita persahabatan dan dunia sinema, malah turut melihat elemen ketuhanan di lapisan yang lain".[17] Dia turut memuji keserasian watak Toyu (Amerul Affendi) dan Sofia Jane (Nadiya Nisaa) yang cukup cemerlang. Turut dipuji ialah sinematografi serta muzik filem. Nomy Nazwir dari The Malaysian Insider pula berpendapat Amerul Affendi harus mendapat pujian yang lebih tinggi hasil lakonan di dalam filem ini. Mohd Al-Qayum Azizi dari mStar memuji kejayaan pengarah menterjemahkan skrip penulis dengan begitu cemerlang.[18] Syahirah Jermadi dari portal perfileman Thoughtsonfilms.com pula memuji penulisan skrip Redza Minhat.[19] Ajami Hashim dari portal hiburan Rotikaya.com memberikan "Empat biji rotikaya".[20] Aqmar Mustaza dari Sinar Harian pula mengulas filem ini sebagai "gabungan sentuhan sinematografi, pencahayaan, kesan bunyi dan juga CGI yang cukup rencahnya".[21] Portal hiburan Murai.com pula mengulas filem ini sebagai "penuh sinikal dan metafora".[22] Suhaimi Suib dari portal hiburan SkorBintang.com pula menobatkan filem ini sebagai filem terbaik 2014. Diyana AR dari portal kehidupan, TheVocket.com pula menyenaraikan filem ini sebagai "9 Filem Terbaik Malaysia 2014".[23]

Amir Hafizi dari The Malaysian Reserve pula mengulas filem ini mampu menjadi lebih baik tetapi memuji persembahan Amerul Affendi sebagai Toyu.[24] Al Jafree Md Yusop dari portal perfileman DailySeni.com mengulas "filem yang baik tetapi terlalu mudah dijangka".

Runut bunyi sunting

Lagu OST bagi filem ini ialah "Sahabat" oleh Pitahati.[25]

Tayangan media sunting

Terbaik dari Langit disiarkan di televisyen buat julung kalinya pada 31 Ogos 2015, iaitu di Astro Citra pada pukul 9 malam.[26]

Anugerah dan pencalonan sunting

Anugerah Kategori Penerima Keputusan
Festival Filem Antarabangsa Tokyo 2014[27] Asian Future Tuan Faisal Azmy, Megat Sharizal, Redza Minhat Tercalon
Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2015[28][29] Filem Terbaik Tuan Faisal Azmy, Megat Sharizal, Redza Minhat Menang
Pelakon Lelaki Terbaik Bront Palarae Menang
Pengarah Terbaik Nik Amir Mustapha Tercalon
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Nadiya Nisaa Tercalon
Fotografi Terbaik Jordan Chiam Tercalon
Suntingan Terbaik Rewan Ishak Tercalon
Lakon Layar Terbaik Redza Minhat Tercalon
Festival Filem Hainan 2015[30] Sinematografi Terbaik Jordan Chiam Menang
Festival Filem Malaysia ke-27[31] Filem Terbaik Tuan Faisal Azmy, Megat Sharizal, Redza Minhat Tercalon
Anugerah Khas Juri Menang
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Amerul Affendy Menang
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Nadiya Nisaa Menang
Pengarah Terbaik Nik Amir Mustapha Tercalon
Pelakon Lelaki Terbaik Bront Palarae Tercalon
Cerita Asal Terbaik Redza Minhat, Tuan Faisal Azmy Tuan Kob,Nik Amir Mustapha Tercalon
Lagu Tema Asal Terbaik Pita Hati Tercalon
Skor Muzik Asal Terbaik Tercalon
Sinematografi Terbaik Jordan Chiam Tercalon
Suntingan Terbaik Rewan Ishak Tercalon
Lakon Layar Terbaik Redza Minhat Tercalon
Kesan Khas Terbaik Nabil Zamanhuri Tercalon
Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2015[32] Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Amerul Affendy Menang
Iedil Putra Tercalon
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Nadiya Nisaa Menang
Filem Terbaik Tuan Faisal Azmy, Megat Sharizal, Redza Minhat Tercalon
Pengarah Terbaik Nik Amir Mustapha Tercalon
Pelakon Lelaki Terbaik Bront Palarae Tercalon
Sinematografi Terbaik Jordan Chiam Tercalon
Lakon Layar Terbaik Redza Minhat Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ "'TERBAIK DARI LANGIT' FILEM MALAYSIA KE TOKYO!". 1 Oktober 2014. Dicapai pada 2015-08-19.
  2. ^ a b Nordin, Norhayati (15 Disember 2014). "Enam bulan lebih awal". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-21. Dicapai pada 11 April 2016.
  3. ^ "TAYANGAN FILEM CEREKA TAHUN 2014". FINAS. Dicapai pada 2015-08-19.
  4. ^ a b c d "Langkah Antarabangsa Terbaik Dari Langit". Astro Shaw. 9 Disember 2014. Dicapai pada 2016-04-06.
  5. ^ (Inggeris)"2 Malaysian films at this year's Tokyo International Film Festival". Therakyatpost.com. 6 Oktober 2014. Dicapai pada 2015-08-19.
  6. ^ "Trailer filem Terbaik Dari Langit kini di YouTube". Kwiknews.my. 9 Oktober 2014. Dicapai pada 2015-08-19.
  7. ^ (Inggeris)Ji, Yu (12 April 2015). "'Terbaik Dari Langit' wins Best Movie at Aiffa". The Star.
  8. ^ (Inggeris)"FILM-MAKING, FUNDING AND FINDING AN AUDIENCE: AFTER THE SUCCESS OF KIL, NIK AMIR RETURNS WITH ANOTHER UNLIKELY STORY". Edgy.my. 27 Oktober 2014. Dicapai pada 2015-08-19.
  9. ^ "Nik Amir films "Bikin Filem" next". Cinema.com.my. 15 Mei 2013. Dicapai pada 2015-08-19.
  10. ^ (Inggeris)Hului, Patricia (25 April 2015). "Terbaik Dari Langit: A little film with big ambition". The Borneo Post.
  11. ^ (Inggeris)Brown, Todd (7 Oktober 2014). "Be Charmed By The Trailer For Malaysian Quasi-SciFi Comedy NOVA (TERBAIK DARI LANGIT)". Twitchfilm.com. Dicapai pada 2015-08-19.
  12. ^ (Inggeris)Shackleton, Liz (6 November 2014). "Astro Shaw blasts to AFM with Nova". Screendaily.com. Dicapai pada 2015-08-19.
  13. ^ (Inggeris)Asyraf, Faisal (31 Disember 2014). "CINEMA: Of UFOs and life's burdens". New Straits Times.
  14. ^ (Inggeris)Kamin-Duncan, Azhariah (25 Disember 2014). "Nik Amir Mustapha's latest offering is Terbaik Dari Langit". The Star.
  15. ^ Syed Mahdi, Syed Musaddad (14 Disember 2014). "Harapan besar Terbaik Dari Langit". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-26.
  16. ^ Rahman, Ifqdar (17 Disember 2014). "FILEM TDL terbaik!". Utusan Malaysia.
  17. ^ Mustapha, Muzaffar (24 Disember 2014). "Terbaik Dari Langit cerita wayang kita dan kembara mencari Tuhan". Astro Awani. Dicapai pada 2015-08-19.
  18. ^ Azizi, Mohd Al Qayum (30 Disember 2014). "Jiwa Besar Dalam 'Terbaik Dari Langit'". mStar.
  19. ^ (Inggeris)Jermadi, Syahirah (13 Februari 2014). "THE IMPORTANCE OF BEING HONEST – TERBAIK DARI LANGIT". Thoughtsonfilms.com. Dicapai pada 2015-08-19.
  20. ^ Hashim, Ajami (30 Disember 2014). "Review: Terbaik Dari Langit". Rotikaya.com. Dicapai pada 2015-08-19.
  21. ^ Mustaza, Aqmar (27 Disember 2014). "Terbaik Dari Langit penuh signifikan". Sinar Harian.
  22. ^ "Terbaik Dari Langit Penuh Sinikal dan Metafora". Murai.com.my. Dicapai pada 2015-08-19.
  23. ^ AR, Diyana (31 Disember 2014). "9 Filem Terbaik Malaysia Bagi Tahun 2014". Thevocket.com. Dicapai pada 2015-08-19.
  24. ^ (Inggeris)Hafizi, Amir (11 Disember 2014). "Terbaik Dari Langit Could Have Been Better". Themalaysianreserve.com. Dicapai pada 2015-08-19.
  25. ^ "Astro Shaw lancar tiga runut bunyi filem". Astro Shaw. 29 Oktober 2014. Dicapai pada 2016-04-06.
  26. ^ "Nik Amir di Twitter". 31 Ogos 2015. Dicapai pada 2016-04-06.
  27. ^ Mustapha, Muzaffar (30 September 2014). "'Terbaik Dari Langit' dipertandingkan di Festival Filem Antarabangsa Tokyo". Astro Awani. Dicapai pada 2015-08-19.
  28. ^ (Inggeris)"AIFFA 2015 NOMINATIONS". 11 April 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-11-18. Dicapai pada 2015-08-19.
  29. ^ (Inggeris)"'Terbaik Dari Langit' Wins Best Film At AIFFA 2015". Bernama. 12 April 2015.
  30. ^ (Inggeris)"2015 HAINAN (21 CENTURY MARINE SILK ROAD) FILM FESTIVAL AND 4 HAIKAO JINDAO MUSIC FESTIVAL ON 12 – 14 JUNE 2015". Kementerian Luar Negeri Malaysia. Dicapai pada 2015-08-19.
  31. ^ "Jom Check It Out!! 24 Kategori Pencalonan Akhir FFM27". Murai.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-06. Dicapai pada 2015-08-19.
  32. ^ "Lelaki Harapan Dunia dapat pengiktirafan lagi". Astro Awani. 6 Oktober 2015.

Pautan luar sunting