Terbuka Pintu Syurga

Terbuka Pintu Syurga adalah telefilem Malaysia 2022 arahan Rashid Sibir terbitan Opera Klasik Sdn Bhd yang disiarkan di Astro Ria melalui slot khas Aidiladha pada 10 Julai 2022, jam 12.00 tengah hari.

Terbuka Pintu Syurga
PengarahRashid Sibir
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Tayangan asalAhad 10 Julai 2022 12.00 tengah hari

Sinopsis sunting

Drama sedih ini membawa kisah Pak Ali dan isterinya, Mak Esah dihalau oleh Khatijah dari rumah pesaka setelah Nek Mah meninggal dunia. Walaupun pada mulanya Pak Ali enggan keluar dari rumah berkenaan kerana ayah Khatijah, Pak Long yang merupakan abang kepada Pak Ali berjanji jika beliau menjaga Nek Mah, Pak Long akan menghantar pasangan suami isteri itu ke Mekah dan setelah Nek Mah meninggal tanah dan hakmilik rumah itu akan dberikan kepada Pak Ali.

Bagaimanapun sebaik sahaja jenazah Nek Mah dikebumikan Khatijah menghalau Pak Ali & Mak Esah dari rumah itu kerana dendamnya kepada Pak Ali sekian lama.

Pak Ali dan Mak Esah tinggal di sebuah rumah tinggal. Dengan keadaan mereka yang tidak sihat Pak Ali terpaksa bekerja sebagai nelayan dan Mak Esah bekerja di gerai. Kejadian Khatijah dirompak akhirnya telah memburukan nama Pak Ali dan membuatkan kesihatan Mak Esah semakin menurun.

Apakah kesudahan “Terbuka Pintu Syurga” yang lakonan Jalil Hamid, Norlia Ghani, Raja Azura, Datuk Rahim Razali, Sabri Yunus, Rosnah Mat Aris dan Aidit Noh?


Pelakon sunting