Tercipta Satu Ikatan

Tercipta Satu Ikatan ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan Pali Yahya dibintangi oleh Hannah Delisha, Aeril Zafrel, dan Izzue Islam. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama Astro Ria bermula 29 Disember 2020 menggantikan Biar Mereka Cemburu. [1]

Tercipta Satu Ikatan
Genre
Berdasarkan daripada
Adaptasi Novel Tercipta Satu Ikatan karya Laydee Amarfi
Ditulis olehSyed Mohamad Taufik
PengarahPali Yahya
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanKesempatan Bagimu - Adira
Lagu penutupKesempatan Bagimu - Adira
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
Penerbit eksekutifJulia Juhasu
PenerbitDatuk Rosyam Nor Shamsuddin
Datin Runika Mohd Yusof
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Suhan Movies & Trading
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria (Slot MegaDrama)
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal29 Disember 2020 – 1 Februari 2021
Kronologi
MengikutiBiar Mereka Cemburu
Diikuti olehMarry Me Senorita

Sinopsis sunting

Mengisahkan Leanna yang dibesarkan dengan serba kemewahan dan penuh kasih sayang oleh Dato Jefrey, seorang ahli perniagaan. Ke mana sahaja Leanna pergi mesti diawasi oleh bodyguard kerana Jefrey tidak mahu perkara buruk berlaku kepada anak tunggalnya.

Leanna pula bahagia dengan kasih sayang ayahnya tapi di satu sudut, dia juga mahu hidup bebas seperti orang biasa yang bebas pergi ke mana tanpa perlu diawasi bapanya. Walaupun begitu, Leanna cuba berfikiran positif yang semua tindakan bapanya adalah untuk kebaikan dirinya sendiri.

Daniyal seorang usahawan muda menunjukkan minat untuk bekerjasama dengan syarikat Dato Jeffrey. Jefrey tertarik dengan usaha Daniyal dalam mengembangkan syarikatnya, sampai ke satu tahap menawarkan Daniyal mengahwini Leanna.

Daniyal sebenarnya mempunyai muslihat sendiri iaitu ingin membalas dendam kepada Jeffrey bersama kawan baiknya Risa dan Sirhan. Berkahwin dengan Leanna bukanlah dalam rancangannya.

Apakah sebenarnya tujuan Daniyal menerima tawaran Jeffery untuk mengahwini Leanna? Kerana harta atau ada rahsia disebalik itu? Pengakhiran yang indah tidak sama, untuk individu yang berbeza. Leanna dan Daniyal bertemu bahagia. Risa pula, berjaya membebaskan diri dari belenggu kisah lama.

Pelakon sunting

Watak utama sunting

Pelakon Pembantu sunting

  • Nadiyah Shahab sebagai Anita
  • Esma Daniel sebagai Dato Jeffrey
  • Hasnul Rahmat sebagai Kobeng
  • Saharul Ridzwan sebagai Zainudin
  • Fazira Shafinaz sebagai Azizah
  • Nada Syuhada sebagai Kak Nida
  • Elnisa Ryun sebagai Sandra
  • Qhaira Imani sebagai Aleeya
  • Zazly Baginda sebagai Razili
  • Liyana Yusof sebagai Datin Rogayah
  • Azhar Amir ssebagai Dato Imran
  • Ewan Fauzi sebagai Razili Muda
  • Harith Daniel sebagai Jeffrey Muda
  • Ratu Fyda sebagai Qish
  • Damia Qaissarah sebagai Risa
  • Mia Deen sebagai Intan

Watak Kanak-Kanak sunting

  • Syed Irfan sebagai Daniyal (kecil)
  • Aqil Nahar sebagai Sirhan (kecil)

Rujukan sunting

  1. ^ Drama Tercipta Satu Ikatan. MyInfoTaip. Dicapai 5 Ogos 2021.