Terengganu

negeri Malaysia di Semenanjung Melayu
(Dilencongkan dari Terengganu Darul Iman)

Terengganu Darul Iman (Jawi: ترڠݢانو دار الإيمان) atau nama pendeknya Terengganu (sebutan tempatan: Tranung, Kelantan-Pattani: Ganu) ialah salah sebuah negeri dalam Malaysia. Terengganu terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ia terletak di antara garisan bujur 102.25 dengan 103.50 dan garisan lintang 4 hingga 5.50 (lihat peta). Di bahagian utara dan barat lautnya, Terengganu bersempadan dengan Kelantan manakala di bahagian selatan dan barat dayanya pula, Terengganu bersempadan dengan Pahang. Keluasan negeri Terengganu ialah 12,955 km2.

Terengganu
Tranung
Terengganu Darul Iman
ترڠݢانو دار الإيمان
Transkripsi lain
 • Jawiترڠݢانو
 • Cina登嘉楼 (ringkas)
登嘉樓 (tradisional)
Cogan kata: Maju, Berkat dan Sejahtera
Lagu: Selamat Sultan Terengganu
سلامت سلطان
   Terengganu di    Malaysia
Koordinat: 4°45′N 103°0′E / 4.750°N 103.000°E / 4.750; 103.000Koordinat: 4°45′N 103°0′E / 4.750°N 103.000°E / 4.750; 103.000
Ibu negeriKuala Terengganu
Bandar dirajaBukit Chendering
Pentadbiran
 • JenisParlimen Raja berperlembagaan
 • SultanSultan Mizan Zainal Abidin
 • Menteri BesarAhmad Samsuri Mokhtar (PN-PAS)
Keluasan
 • Jumlah13,035 km2 (5,033 batu persegi)
Aras tertinggi1,519 m (4,984 ft)
Penduduk
 (2021)[3]
 • Jumlah1,170,700[1](ke−10)
 • Kumpulan etnik
 • Demonim
Oghang Tranung Ughaong Tranung
Oré Besut/Ore Ganu (di daerah Besut)
Bahasa
 • RasmiBahasa Melayu
 • Pertuturan
Penubuhan
 • Kawalan British1909
 • Pendudukan Jepun1942
 • Penyertaan ke dalam Persekutuan Tanah Melayu1948
 • Kemerdekaan sebagai sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu31 Ogos 1957
Poskod kebangsaan
20xxx hingga 24xxx
Kod panggilan09
Kod ISO 3166MY-11
Pendaftaran kenderaanT
IPM (2019)0.800 (sangat tinggi) (ke-11)[4]
Laman sesawangwww.terengganu.gov.my

Sejarah bahasa سجاره بهاس sunting

Terengganu merupakan negeri dalam alam Melayu pertama yang bertapaknya ajaran Islam sepertimana mengikut Batu Bersurat Terengganu yang ditemui di Kuala Berang, Hulu Terengganu di mana tarikh ia dipahat diamati sekitar antara 702 dan 789 tahun Hijriah atau antara 1303 dan 1387 tahun Masihi.[5]

Terengganu menjadi suatu negeri lindungan Kesultanan Melaka sepanjang wujudnya kesultanan itu, namun menjadi berkuasa memerintah sendiri semunculnya Kesultanan Johor. Ia menjadi suatu kerajaan yang utuh mandiri pada tahun 1724 M.

Ia diliputi pengaruh Kerajaan Rattanakosin pada abad ke-19 di mana hubungan terjalin antara dua pihak mengehendaki pemberian bunga mas setiap tahun. Ia diserahkan kepada pihak Great Britain hasil termeterainya Perjanjian Inggeris-Siam 1909.

Kerajaan كراجا ٔن sunting

Sultan Negeri Terengganu merupakan Ketua Perlembagaan Negeri. Dibawah perlembagaan negeri, kuasa perundangan dipunyai oleh Dewan Undangan. Dewan ini melantikkan ahli Dewan untuk membentukkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu (EXCO).

EXCO, yang diketuai oleh Menteri Besar, memegang kuasa eksekutif dan merupakan badan yang membuat dasar kerajaan negeri. Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan adalah daripada parti politik yang memenangi kerusi yang terbanyak di dalam Dewan Undangan.

Pentadbiran ڤنتدبيرن sunting

Negeri Terengganu ditadbir dan di kelola oleh

  1. Besut
    1. Majlis Daerah Besut
  2. Setiu
    1. Majlis Daerah Setiu
  3. Kuala Terengganu Dan Kuala Nerus
    1. Majlis Bandaraya Kuala Terengganu
  4. Marang
    1. Majlis Daerah Marang
  5. Hulu Terengganu
    1. Majlis Daerah Hulu Terengganu
  6. Dungun
    1. Majlis Perbandaran Dungun
  7. Kemaman
    1. Majlis Perbandaran Kemaman

Daerah داءيره sunting

 
Peta Daerah Terengganu 2014

Terengganu terbahagi kepada 8 daerah iaitu :-

Terengganu dibahagikan kepada 8 parlimen iaitu:-

Bandar-bandar utama di Terengganu adalah

Geografi جيوݢرافي sunting

Negeri Terengganu Darul Iman adalah salah sebuah negeri yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ia terletak diantara garisan bujur 102.25 dengan 103.50 dan garisan lintang 4 hingga 5.50. Di bahagian selatan dan barat daya pula bersempadan dengan Pahang. Keluasan negeri Terengganu sekarang kira-kira 1,295,638.3 hektar / 1,295,512.1 hektar. Jaluran pantainya menganjur sejauh 225 kilometer dari Utara ( Besut ) ke selatan ( Kemaman ).

Sebelum tahun 1947 terdapat sembilan daerah di Terengganu; Kuala Terengganu, Kemaman, Kemasik, Paka, Dungun, Marang, Hulu Terengganu, Besut dan Setiu. Daerah dalam negeri Terengganu dikurangkan kepada enam: Kuala Terengganu, Kemaman, Dungun, Marang, Hulu Terengganu dan Besut. Kemudian pada 1 Januari 1985, sebuah daerah baru iaitu Setiu telah dibentuk dan menjadikannya daerah yang ketujuh di Negeri Terengganu. Dan seterusnya pada 18 September 2014, Kuala Nerus pula dibentuk dan menjadikan ia daerah yang kelapan.

Tiap-tiap daerah ini ditadbirkan oleh Pegawai Daerah. Keluasan daerah tersebut adalah: Kuala Terengganu 60,654.3 hektar; Kemaman, 253,559.9 hektar; Gong Badak, ??? Dungun, 273,503.1 hektar; Marang, 66,654.3 hektar; Hulu Terengganu, 387,463.6 hektar, Setiu, 130,436.3 dan Besut, 123,367.8 hektar.

Pendidikan ڤنديديقن sunting

Negeri ini mempunyai 6 buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) iaitu:

Ekonomi ايکونومي sunting

Kegiatan utama negeri Terengganu ialah perikanan yang merupakan kegiatan tradisi rakyat Terengganu disebabkan kedudukannya yang terletak berhampiran Laut China Selatan. Pun begitu, semenjak terjumpanya petroleum, sumber minyak merupakan penyumbang terbesar kepada hasil pendapatan negeri Terengganu.[6] Ekonomi negeri Terengganu sekarang ini semakin berkembang. Dengan adanya ECER, tahap kemiskinan di Terengganu telah banyak berkurang. Pelancong asing yang berkunjung ke Terengganu juga semakin bertambah

Demografi ديموݢرافي sunting

Anggaran Penduduk Di Terengganu Mengikut Etnik (2023)

  Bumiputera (94.91%)
  Cina (1.88%)
  India (0.17%)
  Lain-lain (0.20%)
  Bukan warganegara (2.84%)

Rujukan: Jabatan Perangkaan Malaysia

Anggaran penduduk mengikut kumpulan etnik (2023)[7]
Etnik Bilangan
Bumiputera 1,147,800
Cina 22,800
India 2,100
Lain-lain 2,300
Bukan warganegara 34,400
Jumlah 1,209,400*

Bilangan penduduk Terengganu mengikut daerah.

Daerah Populasi 2010
1 Kuala Terengganu 343,284
2 Kemaman 171,383
3 Dungun 154,932
4 Besut 140,952
5 Marang 97,857
6 Hulu Terengganu 72,052
7 Setiu 55,517
Jumlah 1,035,977

Agama اݢام sunting

Agama di Terengganu - 2010[8]
agama peratusan
Islam
  
96.9%
Buddha
  
2.5%
Hindu
  
0.2%
Kristian
  
0.2%
Tiada agama atau lain agama
  
0.2%

Menurut bancian tahun 2010, populasi beragama di Terengganu adalah 96.9% Muslim, 2.5% Buddha, 0.2% Hindu, 0.2% Kristian, dan 0.2% bagi pengikut agama lain atau tiada agama.

Budaya بودايا sunting

Masyarakat Melayu di Terengganu sememangnya kaya dengan budaya dan adat. Di Terengganu, terdapat beberapa jenis teater tradisional Melayu yang dikenali sebagai Rodat, Teater Nur Sakti dan Tarian Pulai. Juga Tarian Ulek Mayang yang biasa dimainkan di tepi pantai sewaktu pesta pantai yang biasa diadakan pada hujung tahun bagi tujuan untuk mengubati penyakit,namun tarian ini sekarang hanya sekadar Persembahan budaya semata-mata. Terengganu juga kaya dengan makanan tradisional dan berlainan dengan makanan Melayu di negeri lain. Di antara makanan tradisional masyarakat Melayu Terengganu yang berkhasiat dan sedap dikenali sebagai Keropok Lekor (orang Terengganu sebut keppok gotel/panjang/batang). Selain itu budu juga salah satu makanan yang popular di Negeri Terengganu. Sekarang masyarakat makin mengenali budu dan semakin tahu khasiat budu yang dikenali dengan nama "sos bilis". Di samping itu Nasi Dagang adalah nasi jenama masyarakat Terengganu , hanya masyarakat Terengganu yang dapat menghasilkan Nasi dagang yang sedap dan asli. Terdapat macam-macam makanan dan kuih tradisioanal yang sedap dan berkhasiat di negeri Terengganu antaranya Agar-agar kering, Akok Berlauk, apam hitam manis, apit-apit, asam gumpal, kuih tahi itik, Akok, Nganang, Bronok Sagu, Sagong, Bingka Nyior, Belebab Ubi, Nek Bak, Tok Aji Serbang, Ketupat sotong, Beekang, Roti Paung, Buah Bung Sambal, Kuih tepung kapur, Apam Dewa, Apam Kuah, Beluda dan banyak lagi.

Tarikan utama تاريكن اوتام sunting

  • Masjid Kristal - Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca Al-Qur'an elektronik.[9](wajib buka faham..)
  • Pantai Batu Buruk - Kawasan pantai seluas 100 meter dan sejauh 50 meter dari darat yang ditandakan dibuka untuk aktiviti riadah pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad dari pukul 4 petang hingga 7 malam.[10]
  • Bukit Puteri - Destinasi bersejarah terkenal di negeri ini dan menjadi tumpuan pelancong apabila mereka singgah di Pasar Besar Kedai Payang.[11]

Penduduk terkenal ڤندودوق تركنل sunting

Lihat juga ليهت جوݢ sunting

Rujukan رجوکن sunting

  1. ^ "Department of Statistics Malaysia Official Portal". www.dosm.gov.my.
  2. ^ "Laporan Kiraan Permulaan 2010". Jabatan Perangkaan Malaysia. m/s. 27. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 December 2010. Dicapai pada 24 January 2011.
  3. ^ "Population by States and Ethnic Group". Department of Information, Ministry of Communications and Multimedia, Malaysia. 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 February 2016. Dicapai pada 12 February 2015.
  4. ^ "| Human Development Reports". hdr.undp.org.
  5. ^ Nicholas Tarling, penyunting (25 January 1993). The Cambridge History of SouthEast Asia, Volume 1. Cambridge University Press. m/s. 514. ISBN 978-0521355056.
  6. ^ [1]
  7. ^ "Population Quick Info, Jabatan Perangkaan Malaysia".
  8. ^ "2010 Population and Housing Census of Malaysia" (PDF) (dalam bahasa Melayu dan Inggeris). Department of Statistics, Malaysia. Dicapai pada 17 Jun 2012.CS1 maint: unrecognized language (link) p. 13
  9. ^ https://www.pressreader.com/malaysia/harian-metro/20170825/282952450323227
  10. ^ http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pantai-batu-burok-mula-dibuka-8211-mb-1.277415
  11. ^ http://www.sinarharian.com.my/rencana/kubu-pertahanan-bukit-puteri-1.652850

Pautan luar ڤاءوتن لوار sunting