Terier Airedale

baka anjing dari England

Terier Airedale,[a] kerap disingkatkan kepada airedale, juga terier Bingley[b] dan terier Waterside,[c] ialah satu baka anjing daripada jenis terier yang berasal dari lembah (dale) Sungai Aire, di West Riding di Yorkshire, England.[1] Ia secara tradisional dipanggil "Raja Terier" kerana ia merupakan baka terier terbesar. Airedale dibiakbakakan daripada terier hitam dan sawo matang lama Inggeris dan anjing pemburu berang-berang dan barang kali baka-baka terier lain dan telah menyumbang kepada baka-baka anjing lain, seperti terier Yorkshire.

Terier Airedale
Nama lainTerier Waterside
Terier Bingley
Nama ringkasAnjing Airedale
Airedale
Raja terier
King of terriers
Negara asalEngland
Trait
Berat Jantan 40–50 paun (18–23 kg)
Betina 35–40 paun (16–18 kg)
Tinggi Jantan 23–24 inci (58–61 cm)
Betina 22–23 inci (56–58 cm)
Bulu Putus-putus
Warna Pelana hitam dengan telinga, tungkai, dan kepala sawo matang; Pelana grizzle, juga mahogani, sawo matang diterima. Sesetengah putih pada dada diterima.
Saiz perinduk 9 ekor anak anjing
Jangka hayat 12 tahun
Anjing (Canis lupus familiaris)

Baka ini yang pada asalnya dibiakbakakan untuk berkhidmat sebagai anjing pemburu serba guna dan anjing pekerja ladang serba sedia juga telah digunakan sebagai anjing perang, anjing pemandu, dan anjing polis di Britain. Di Amerika Syarikat, baka ini telah digunakan untuk memburu buruan besar, unggas tanah tinggi, dan unggas air, dan berkhidmat dalam banyak peranan kerja lain.

Perihal

sunting
 
Terier Airedale

Penampilan

sunting
 
Terier Airedale yang sedang dihakimi dalam pertunjukan anjing

Airedale ialah terier British terbesar. Ia berukuran seberat 19–25 kilogram (42–55 lb) dalam keadaan sihat dan mempunyai ketinggian pada paras kelasa sebanyak 58–61 sentimeter (23–24 in) untuk jantan dengan betina yang lebih kecil sedikit.[2] Piawaian American Kennel Club menetapkan anjing lebih kecil sangat sedikit. Airedale lebih besar, yang sehingga 55 kilogram (121 lb) kadang-kadang dapat ditemukan di Amerika Utara. Ia kadang-kadang dirujuk sebagai "oorang" sempena nama kenel di Ohio pada awal tahun 1900-an yang menghasilkan variasi jauh lebih besar ini, atau terier Roosevelt.[3]

Airedale mempunyai lapis bulu hitam dan sawo matang sederhana panjang dengan lapis bulu atas kasar dan lapis bulu bawah lembut. Ia merupakan baka berwaspada dan bertenaga, yang "tidak agresif tetapi tidak gentar".[2] Airedale jenis "Oorang" yang lebih besar telah didakwa lebih bersemangat daripada airedale piawaian baka yang lebih kecil, tetapi ini tidak semestinya begitu. Jenis besar telah digunakan untuk pemburuan buruan besar dan sebagai penjaga keluarga atau sebagai anjing peliharaan, tetapi biasanya menunjukkan prestasi buruk dalam pertunjukan pengakuran AKC (American Kennel Club). Jenis lebih besar ini juga jelas lebih terdedah kepada displasia pinggul berbanding dengan airedale piawai.

Seperti banyak terier, baka ini mempunyai lapis bulu 'putus-putus', yang keras dan mirip dawai. Ini bertujuan untuk dikekalkan tidak begitu panjang sehingga kelihatan kusut-masai dan terbentang lurus dan rapat, sehingga menutup tubuh dan tungkai. Lapis bulu luarnya adalah keras, mirip dawai, dan kaku; lapis bulu bawah pula lebih lembut. Lapis bulu paling keras adalah berkedut atau hanya sedikit beralun. Lapis bulu lembut keriting sangat tidak diingini.

Lapis bulunya lazimnya dipanggil hipoalergenik, tetapi kajian belum menemukan perbezaan ketara bagi paras alergen antara airedale dengan anjing lain.[4]

Airedale yang mempunyai lapis bulu bawah pada umumnya didandani dengan pelucutan tangan, iaitu apabila pisau kecil bermata bergerigi digunakan untuk mencabut bulu longgar daripada lapis bulu anjing berkenaan.[5] Kebanyakan airedale memerlukan pengguntingan atau pelucutan kerap (6 hingga 8 minggu) kerana bulunya tidak gugur.

Piawaian baka AKC menyatakan bahawa warna lapis bulu betul ialah sama ada pelana hitam, dengan kepala, telinga, dan tungkai sawo matang; atau pelana grizzle gelap (hitam bercampur dengan kelabu dan putih). Grizzle yang merupakan campuran bulu merah dalam warna hitam, kerap pada kawasan belakang sebelum ekor kerap merupakan lapis bulu paling baik dan paling kasar. Walau bagaimanapun, terdapat contoh airedale berlapis bulu hitam dan "merah" (sawo matang) yang tidak piawai. Terdapat juga airedale berlapis bulu pendek jenis "garis merah", yang serupa dari segi penampilan dengan airedale zaman awal semasa lapis bulu baka ini adalah lebih pendek. Walaupun dengan lapis bulu lebih pendek, ia masih mempunyai lapis bulu luar keras sama mirip dawai dengan lapis bulu bawah lembut dan memenuhi kriteria piawaian baka.

 
Ekor terier Airedale ini adalah semula jadi (tidak terpotong)

Secara tradisional, ekor gebunya adalah panjang dan tegak. Di kebanyakan negara Eropah dan di Australia, pemotongan ekor anjing dilarang oleh undang-undang melainkan untuk faedah anjing (cth., jika ekornya patah). Ini telah menyebabkan kemunculan ekor spits pada sesetengah anjing. Pembiakbakaan terpilih patut menyaksikan perubahan ini seiring dengan masa dan ekor sedikit melingkar ke atas belakang yang terletak tinggi-tinggi yang diperlukan sekali lagi menjadi lazim.

Di bahagian lain di dunia, ekor airedale pada umumnya dipotong dalam tempoh lima hari selepas kelahiran, tetapi ini tidak dianggap sebagai kelaziman piawaian baka. Untuk menunjukkan airedale di Amerika Syarikat, piawaian rasmi AKC menyatakan bahawa "Pangkal ekor patut terletak jauh di atas pada belakang. Ekornya patut terangkat dengan riang tetapi tidak melingkar ke atas belakang. Ekornya patut mempunyai kekuatan baik dan isi dan panjang adil."

Airedale berukuran seberat hampir-hampir 50–80 paun (23–36 kg) kerana aktif dan cukup tangkas untuk berprestasi baik, sementara tidak terlalu kecil untuk berfungsi sebagai pencegah fizikal, anjing pengutip, atau anjing pemburu. Sesetengah pembiak baka telah menghasilkan terier Airedale lebih besar, seperti airedale Oorang yang dikembangkan pada tahun 1920-an.[6]

Majalah bulanan bekas kapten tentera darat dan pembiak baka airdale Walter Lingo, "Oorang Comments" (#25, halaman 81), menyatakan bahawa "Apabila dewasa, anjing airedale anda akan berukuran seberat empat puluh hingga lima puluh lima paun dan, jika betina, berukuran kurang berat sedikit. Ini ialah berat piawai, tetapi apabila perlu, kami boleh melengkapi airedale terlebih saiz yang beratnya antara enam puluh dengan seratus paun." Oleh sebab Lingo mencuba untuk memenuhi pesanan untuk semua orang, saiz strain Oorang tidak pernah diseragamkan. Airedale yang seberat 40–100 paun (18–45 kg) dihasilkan, tetapi sebahagian besarnya hampir-hampir seberat 50 paun (23 kg) dan setinggi 22–24 inci (56–61 cm) pada paras bahu. Di Amerika Syarikat, airedale jantan berukuran seberat 40–70 paun (18–32 kg) dengan strain Oorang yang biasanya dalam julat 80–120 paun (36–54 kg).

Perangai

sunting

Airedale dapat digunakan sebagai anjing pekerja dan juga sebagai anjing pemburu. Airedale mempamerkan sesetengah ciri penggembalaan juga dan mempunyai kecenderungan untuk mengejar haiwan. Ia tidak mempunyai masalah untuk bekerja dengan lembu dan haiwan ternakan. Walau bagaimanapun, airedale yang tidak terlatih dengan baik akan mengganggu dan menjengkelkan haiwan tersebut.

Terier Airedale, seperti kebanyakan terier, telah dibiakbakakan untuk berburu secara berdikari. Hasilnya, anjing ini sangat cerdas, berdikari, berfikiran kental, tabah, dan kadang-kadang degil. Jika kanak-kanak dan airedale kedua-duanya dilatih dengan betul, airedale dapat menjadi pilihan terbaik untuk anjing keluarga. Airedale dapat berkelakuan baik dengan kucing dan haiwan kecil lain, terutamanya apabila dibesarkan bersama dengan haiwan-haiwan tersebut. Ia juga sangat setia kepada pemiliknya.

Albert Payson Terhune menulis mengenai airedale:

"Di tengah-tengah lubang-lubang lombong Aire, pelbagai kumpulan pelombong masing-masing berusaha untuk mengembangkan anjing yang dapat mengalahkan anjing pelombong lain dalam pertarungan dan perburuan dan pemikiran. Ujian kebaikan nama pertama dibuat dalam pertarungan anjing antara lombong. Sedikit demi sedikit, oleh itu, anjing aktif, kuat, heroik, sepadatnya anggun, dan pintar berkembang – bentuk sejati terawal airedale. Ia laju, menggerunkan, anggun, bergeliga, sahabat dan penjaga unggul. .... Kepada tuannya ia sahabat penuh kasih. Kepada perompak ia panah petir pemusnah."

Terier Airedale menempati tangga ke-37 dalam The Intelligence of Dogs karya Stanley Coren sebagai anjing pekerja di atas purata.

Kesihatan

sunting
 
Seekor anak anjing muda

Sebuah kajian United Kingdom mendapati jangka hayat sebanyak 12 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[7]

Dalam tinjauan The Kennel Club United Kingdom tahun 2004, punca paling umum bagi kematian merupakan kanser (39.5%), usia lanjut (14%), masalah urologi (9%), dan masalah jantung (7%).[8] Dalam tinjauan kesihatan Amerika Syarikat/Kanada tahun 2000–2001, punca paling umum bagi kematian merupakan kanser (38%), masalah urologi (17%), usia lanjut (12%), dan masalah jantung (6%).[9]

Sebuah kajian hospital pengajar Amerika Utara mendapati bahawa 6.22% daripada jumlah terier Airedale menghidap displasia pinggul berbanding dengan 3.52% secara keseluruhan.[10]

Sejarah

sunting
 
Thunder, seekor terier Bingley dan salah seekor pengasas terier Airedale, daripada The Illustrated Book of the Dog, London/New York 1881

Airedale, sebuah lembah (dale) di West Riding of Yorkshire, yang dinamai sempena Sungai Aire yang mengalir melaluinya, ialah tempat kelahiran baka ini. Pada pertengahan abad ke-19, orang golongan buruh menghasilkan terier Airedale dengan menyilangkan terier hitam dan putih berbulu kasar lama Inggeris dengan anjing pemburu berang-berang dan pelbagai baka lain. Pada tahun 1886, The Kennel Club England secara formal mengiktiraf baka terier Airedale.

Pada tahun 1864, ia dipamerkan buat kali pertama dalam pertunjukan anjing kejuaraan yang ditaja oleh Persatuan Pertanian Airedale. Ia dikelaskan atas nama berbeza, termasuk terier berbulu kasar, terier Bingley, dan terier Waterside. Pada tahun 1879, penggemar baka berkeputusan untuk memanggil baka ini terier Airedale, nama yang diterima oleh The Kennel Club (England) pada tahun 1886.

 
Terier Airedale sekitar 1915

Import pertama terier Airedale ke Amerika Utara adalah pada tahun 1880-an. Airedale pertama yang datang ke pantai Amerika bernama Bruce. Selepas ketibaannya pada tahun 1881, Bruce memenangi kelas terier dalam pertunjukan anjing New York.

 
Seekor terier Airedale yang duduk

Patriark baka ini dianggap sebagai CH Master Briar (1897–1906). Dua ekor anak jantannya, Crompton Marvel dan Monarch, juga membuat sumbangan penting kepada baka ini.[11]

Pendaftaran pertama di Kanada direkodkan dalam buku pembaka tahun 1888–1889.

Pada tahun 1910, ATCA (Airedale Terrier Club of America) menawarkan Airedale Bowl sebagai trofi abadi, yang berterusan sehingga kini. Trofi ini kini dipasang pada tapak alas kayu keras, sambil membawa plat ukiran dengan nama ratusan anjing yang telah dianugerahi Best of Breed dalam National Specialties.

Airedale digunakan secara meluas dalam Perang Dunia Pertama untuk membawa pesanan kepada askar di belakang barisan musuh dan mengangkut surat. Ia juga digunakan oleh Palang Merah untuk menemukan askar tercedera di medan perang. Terdapat banyak kisah tentang airedale yang menyampaikan pesanan walaupun mengalami kecederaan parah. Seekor airedale bernama "Jack" berlari melalui setengah batu dalam tembakan musuh, dengan pesanan yang dicantumkan pada kolarnya. Ia tiba di ibu pejabat dengan rahang patah dan sebatang tungkai yang patah teruk, dan sejurus selepas ia menyerahkan pesanan itu, ia mati rebah di hadapan penerimanya.[12][13]

Leftenan Kolonel Edwin Hautenville Richardson [Wikidata] bertanggungjawab atas perkembangan anjing utusan dan anjing pengawal dalam Tentera Darat British. Beliau, bersama isteri, mengasaskan Sekolah Anjing Perang British di Shoeburyness di Essex, England. Pada tahun 1916, mereka menyediakan dua ekor airedales (Wolf dan Prince) untuk digunakan sebagai pembawa pesanan. Selepas kedua-dua anjing membuktikan diri dalam pertempuran, airedale diberi lebih banyak tugas, seperti pencarian askar tercedera di medan perang, iaitu idea yang diperoleh daripada pihak Palang Merah.

Sebelum penggunaan anjing gembala Jerman sebagai anjing pilihan untuk penguatkuasaan undang-undang dan kerja pencarian dan penyelamatan, terier Airedale kerap menggalas peranan ini.

Pada tahun 1906, Richardson mencuba untuk menarik minat pihak Polis British untuk menggunakan anjing untuk mengiringi pegawai, untuk perlindungan semasa rondaan pada waktu malam. Encik Geddes, Ketua Pengurus Barangan untuk Hull Docks di Yorkshire, diyakinkan selepas beliau menyaksikan kerja mengagumkan oleh anjing polis di Belgium. Geddes meyakinkan Superintendan Dobie dalam Polis Kereta Api Timur Laut, untuk mengatur rancangan untuk mengawal limbungan. Terier Airedale dipilih untuk tugas sebagai anjing polis kerana kecerdasan, kebolehan penghiduan bagus, dan lapis bulu keras mirip dawai yang mudah dijaga dan dibersihkan. Ia dilatih di Hull untuk menyerang orang yang tidak berpakaian seragam yang dapat menyebabkan masalah kepada pengendalinya semasa tidak bertugas. Empat ekor anjing pertama memulakan rondaan di Hull Docks pada tahun 1908 dan skim itu kemudiannya dilanjutkan ke limbungan lain yang dikawal oleh Polis Kereta Api Timur Laut.[14]

Pada permulaan Perang Jepun-Rusia pada tahun 1904, kedutaan besar Rusia di London menghubungi Lt. Kolonel Richardson untuk mendapatkan bantuan untuk memperoleh anjing untuk Tentera Darat Rusia, yang dilatih untuk membawa orang tercedera dari medan perang. Beliau mengutus terier, kebanyakannya terier Airedale, untuk perkhidmatan komunikasi dan pembersihan. Walaupun import asli ini terkorban, terier Airedale diperkenalkan semula ke Rusia pada awal tahun 1920-an untuk kegunaan oleh Tentera Merah. Unit anjing khidmat khas diwujudkan pada tahun 1923 dan terier Airedale digunakan sebagai anjing perobohan, anjing pengawal, anjing penjejak polis, dan anjing mangsa.[15]

 
John Jacob Astor IV dengan terier beliau Kitty

Semasa tahun 1930-an, apabila airedale diternak seperti haiwan ternakan, Kapten Walter Lingo, dari LaRue, Ohio, mengembangkan strain airedale Oorang. Namanya berasal daripada susur galur juara bangku, yang diketuai oleh King Oorang 11, seekor anjing yang dikatakan sebagai anjing utiliti terbaik. King mampu mengutip unggas air dan buruan tanah tinggi, mengejar rakun ke atas pokok, menggiring lembu dan biri-biri, dan mengepung singa gunung, beruang, dan serigala. King malah bertarung dengan salah seekor bulterier laga terbaik dan membunuh lawannya. Ia juga berlatih dalam kerja Palang Merah dan berkhidmat dengan American Expeditionary Forces di barisan hadapan di Perancis.

Lingo tetap tidak berpuas hati dengan strain purata airedale dan selepas satu siri luar biasa bagi pembiakbakaan, yang untuknya beliau membawa masuk airedale hebat dari seluruh dunia, beliau menghasilkan "King Oorang". Pada masa itu, majalah Field and Stream menyebutnya, "anjing utiliti terhebat dalam sejarah dunia". Oorang Kennel Company berterusan sehingga kematian Walter Lingo pada tahun 1969. Untuk membantu untuk mempromosikan King Oorang, serta kenel-kenel beliau, Lingo mewujudkan pasukan football (ragbi) Oorang Indians yang diketuai oleh Jim Thorpe. Pasukan ini bermain dalam National Football League dari tahun 1922 hingga tahun 1923.[16] Jerry Siebert, seorang pembiak baka airedale di Buckeye Lake, Ohio, mengikuti jejak langkah Lingo dan membiakbakakan "Jerang Airedale". Terdapat sebuah kenel di Tennessee yang mendakwa mempunyai airedale Oorang asli.[3]

 
Selepas Perang Dunia Pertama, kepopularan terier Airedale meningkat secara mendadak berkat kisah keberaniannya di medan perang.

Selepas Perang Dunia Pertama, kepopularan airedale meningkat dengan cepat berkat kisah keberaniannya di medan perang dan juga kerana Presiden Theodore Roosevelt, Presiden Calvin Coolidge, dan Presiden Warren Harding memiliki airedale. Airedale milik Presiden Harding, Laddie Boy, ialah "haiwan peliharaan Rumah Putih selebriti pertama".[17] Presiden Harding telah mendapatkan kerusi khas yang diukir dengan tangan supaya ia duduk di atasnya pada mesyuarat Kabinet sangat penting. Pada tahun 1920-an, airedale menjadi baka paling popular di Amerika Syarikat.

Presiden Roosevelt mendakwa bahawa "airedale dapat melakukan apa-apa yang dapat dilakukan oleh anjing lain dan kemudian menjilat anjing lain itu, jika perlu."

Tahun 1949 menandakan kemuncak kepopularan airedale di Amerika Syarikat, setelah menduduki tangga ke-20 daripada 110 baka yang diiktiraf oleh American Kennel Club.

Terier Airedale diiktiraf oleh United Kennel Club pada tahun 1814[11] dan American Kennel Club pada tahun 1888.[18] Airedale Terrier Club of America (ATCA), yang diasaskan pada tahun 1900, ialah kelab induk bagi baka ini di Amerika Syarikat dan pertubuhan jurubicara rasmi untuk baka ini dengan American Kennel Club (AKC).[19] Airedale Terrier Club of America secara berkala mengadakan acara prestasi dan pengakuran. Airedale yang dihakimi sebagai Best of Breed dalam pertunjukan khusus kebangsaan ini dianugerahi Airedale Bowl.[20]

Terier Airedale ternama

sunting
 
Laddie Boy dan potretnya

Lihat juga

sunting

Catatan

sunting
  1. ^ Jawi: تيريئر ايرديل; bahasa Inggeris: Airedale terrier
  2. ^ Jawi: تيريئر بيڠلي; bahasa Inggeris: Bingley terrier
  3. ^ Jawi: تيريئر ووترساءيد; bahasa Inggeris: Waterside terrier

Rujukan

sunting
  1. ^ "Airedale Terrier - The Terrier Mix" [Terier Airedale - The Terrier Mix]. The Terrier Mix (dalam bahasa Inggeris). 4 Februari 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Jun 2018. Dicapai pada 23 Januari 2024.
  2. ^ a b "The Kennel Club breed standard" [Piawaian baka The Kennel Club] (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Disember 2008. Dicapai pada 5 Mac 2024.
  3. ^ a b Isabel, Greg. "What's an Oorang?" [Apakah Oorang?] (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 8 April 2009.
  4. ^ Vredegoor, Doris W.; Willemse, Ton; Chapman, Martin D.; Heederik, Dick J. J.; Krop, Esmeralda J. M. (25 Jun 2012). "Can f 1 levels in hair and homes of different dog breeds: Lack of evidence to describe any dog breed as hypoallergenic". The Journal of Allergy and Clinical Immunology (dalam bahasa Inggeris). Mosby. 130 (4): 904–909.e7. doi:10.1016/j.jaci.2012.05.013. ISSN 1097-6825. PMID 22728082. S2CID 35341873.
  5. ^ Jane Harvey. "How to Groom an Airedale" [Cara untuk Mendandani Airedale] (dalam bahasa Inggeris).
  6. ^ Duffey, David Michael. "Dogdom's Greatest Sales Pitch" [Sales Pitch Terbaik Dogdom]. Outdoor Life Magazine (dalam bahasa Inggeris). 168 (1).
  7. ^ McMillan, Kirsten M.; Bielby, Jon; Williams, Carys L.; Upjohn, Melissa M.; Casey, Rachel A.; Christley, Robert M. (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 14 (1): 531. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check |pmc= value (bantuan). PMID 38302530 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 267382263 Check |s2cid= value (bantuan).
  8. ^ "Purebred Dog Health Survey" [Tinjauan Kesihatan Anjing Baka Tulen] (dalam bahasa Inggeris). Jawatankuasa Sains The Kennel Club/British Small Animal Veterinary Association. 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Ogos 2013. Dicapai pada 5 Mac 2024.
  9. ^ Airedale Terrier Club of America secara usaha sama dengan L. Glickman daripada Sekolah Perubatan Veterinar Purdue. "Airedale Terrier Health Survey 2000–2001" [Tinjauan Kesihatan Terier Airedale 2000–2001] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Universiti Purdue. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 30 November 2003. Dicapai pada 5 Mac 2024.
  10. ^ Witsberger, Tige H.; Villamil, J. Armando; Schultz, Loren G.; Hahn, Allen W.; Cook, James L. (15 Jun 2008). "Prevalence of and risk factors for hip dysplasia and cranial cruciate ligament deficiency in dogs" [Prevalens dan faktor-faktor risiko bagi displasia pinggul dan kekurangan ligamen krusiat kranium pada anjing]. Journal of the American Veterinary Medical Association (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Perubatan Veterinar Amerika. 232 (12): 1818–1824. doi:10.2460/javma.232.12.1818. ISSN 1943-569X. PMID 18598150. S2CID 11682638.
  11. ^ a b "Airedale Terrier Official UKC Breed Standard" [Piawaian Baka Rasmi UKC Terier Airedale] (dalam bahasa Inggeris). United Kennel Club. 15 April 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Januari 2009. Dicapai pada 5 Mac 2024.
  12. ^ Miskow, Catherine (2001). "A History of the Airedale Terrier" [Sejarah Terier Airedale] (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 5 Mac 2024.
  13. ^ O'Neill, Amanda (1999). Dogs [Anjing] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Kingfisher. m/s. 56. ISBN 0-7534-5175-1.
  14. ^ Rogerson, Bill (Februari 2016). "Preserving our heritage for tomorrow" [Memulihara warisan kita untuk hari kemudian.]. Backtrack (dalam bahasa Inggeris). 30 (2): 67.
  15. ^ "Airedale in Russia" [Airedale di Rusia] (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Februari 2009. Dicapai pada 5 Mac 2024.
  16. ^ "The Oorang Indians" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 27 November 2010. Dicapai pada 5 Mac 2024.
  17. ^ "The White House's First Celebrity Dog" [Anjing Selebriti Pertama Rumah Putih] (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 April 2011. Dicapai pada 5 Mac 2024.
  18. ^ "Airedale Terrier" [Terier Airedale] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 September 2009. Dicapai pada 5 Mac 2024.
  19. ^ Alex Cartabio (18 November 1997). "Airedale Terrier Club of America" (dalam bahasa Inggeris). Airedale Terrier Club of America. Dicapai pada 5 Mac 2024.
  20. ^ "Complete list of Airedale Bowl winners" [Senarai lengkap pemenang Airedale Bowl] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 22 Mac 2012. Dicapai pada 5 Mac 2024.
  21. ^ Fitzgerald, F. Scott (1925). The Great Gatsby (dalam bahasa Inggeris). New York, Amerika Syarikat: Scribner. m/s. 27–28. ISBN 978-0-7432-7356-5.

Bacaan lanjut

sunting
  • Cummins, Bryan (September 1994). The Working Airedale [Airedale Pekerja] (dalam bahasa Inggeris). OTR Publications. ISBN 0-940269-07-4.
  • Cummins, Bryan (Jun 2001). Airedales: The Oorang story [Airedale: Kisah Oorang] (dalam bahasa Inggeris). Detselig Enterprises Ltd. ISBN 1-55059-212-2.
  • Edwards, Gladys (1978). The New Complete Airedale Terrier [Terier Airedale Lengkap Baharu] (dalam bahasa Inggeris). Howell Books. ISBN 0-87605-005-4.
  • Evans, Hubert (1928). Derry, Airedale of the Frontier [Derry, Airedale Perbatasan] (dalam bahasa Inggeris). Grosset & Dunlap.
  • Hawkes, Clarence; Bridgman, L. J. (1924). A gentleman from France: An Airedale hero [Budiman dari Perancis: Seekor wira airedale] (dalam bahasa Inggeris). Lothop, Lee and Shepard Co.
  • Hayes, Irene E. (1980). The Airedale Terrier [Terier Airedale] (dalam bahasa Inggeris). W & G Foyle Ltd. ISBN 0-7071-0634-6.
  • Huxley, Janet (2000). Airedale Terrier [Terier Airedale] (dalam bahasa Inggeris). Ringpress Books. ISBN 1-86054-009-0.
  • Huxley, Janet (2000). The Airedale Terrier Today [Terier Airedale Kini] (dalam bahasa Inggeris). Ringpress Books. ISBN 1-86054-142-9.
  • Jardine, Deborah. "A Short History About the Aire-dale (âr'dal) Terrier" [Sejarah Singkat tentang Terier Airedale]. Keegan's Kingdom (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Oktober 2009. Dicapai pada 23 Januari 2024.
  • Jenkins, Alexandra C. (1930). Pal: The Story of an Airedale [Pal: Kisah Seekor Airedale] (dalam bahasa Inggeris). New York, Amerika Syarikat: D. Appleton and Company.
  • Miner, Dorothy (1998). Airedale Terriers (Complete Pet Owner's Manuals) [Terier Airedale (Buku Panduan Lengkap Pemilik Haiwan Peliharaan)] (dalam bahasa Inggeris). Boston, Amerika Syarikat: Barron's. ISBN 0-7641-0307-5.
  • Richardson, Lieut.-Col. E. H. (2005). Watch Dogs: Their Training & Management [Anjing Pengawas: Pelatihan dan Pengurusannya] (dalam bahasa Inggeris). Vintage Dog Books. ISBN 1-84664-041-5.
  • Robinson, Tom (1941). Pete (dalam bahasa Inggeris). The Viking Press. ISBN 0-670-54909-6.
  • Strebeigh, Barbara; McCready, Pauline I. (1977). Your Airedale Terrier [Terier Airedale Anda] (dalam bahasa Inggeris). Denlingers Pub Ltd. ISBN 0-87714-040-5.
  • Swash, Mary; Millar, Donald (1991). Airedale Terriers: An Owner's Companion [Terier Airedale: Teman Pemilik] (dalam bahasa Inggeris). Trafalgar Square Publishing. ISBN 1-85223-315-X.
  • "Airedale Terriers (Barron's Complete Pet Owner's Manuals)" (dalam bahasa Inggeris) MAB(2010)el S.t(p203)inkt
  • Wertan, Lawrence (1997). International Grand Crown (dalam bahasa Inggeris). Boxer Books. ISBN 0-9653624-1-8.
  • Woollcott, Alexander (1928). Two Gentlemen and a Lady [Dua Budiman dan Seorang Wanita] (dalam bahasa Inggeris).

Pautan luar

sunting

Templat:Oorang Indians