Terier Norfolk

baka anjing dari England

Terier Norfolk[a] ialah satu baka anjing British. Sebelum mendapat pengiktirafan sebagai baka tersendiri pada tahun 1964,[1] ia merupakan keragaman terier Norwich, yang dibezakan daripada terier Norwich yang "bertelinga mencucuk" dengan "telinga labuh" (atau telinga terlipat). Bersama-sama, terier Norfolk dan terier Norwich merupakan terier pekerja terkecil.

Terier Norfolk
Seekor terier Norfolk berwarna sawo matang
Negara asalGreat Britain
Trait
Berat 5–7 kg (11–15 lb)
Tinggi 25–30 cm (9.8–11.8 in)
Bulu Keras, mirip dawai, dan lurus
Warna Merah, gandum, hitam dan sawo matang, atau grizzle
Anjing (Canis lupus familiaris)

Perihal sunting

 
Terier Norfolk mempunyai lapis bulu berbulu dawai

Penampilan sunting

Terier Norfolk mempunyai lapis bulu berbulu dawai yang, mengikut piawaian baka pelbagai kelab kenel kebangsaan, dapat terdiri daripada "semua cahaya warna merah, gandum, hitam dan sawo matang, atau grizzle".[2]

Terier Norfolk ialah terier pekerja terkecil. Ia aktif dan padat, bebas bergerak, dengan cukup isi dan tulang. Cukup isi memaksudkan lengkungan rusuk baik dan tulang yang memadani tubuh supaya anjing ini dapat menjadi anjing pemburu tikus atau anjing bumi sangat tangkas.

Terier Norfolk ialah anjing berperkadaran sederhana. Anjing terlalu berat adalah tidak tangkas. Anjing terlalu halus pula sesuai sebagai baka mainan. Terier Norfolk pada umumnya mempunyai lebih jangkauan dan dorongan serta penyudutan belakang lebih kuat, justeru menjangkau lebih jarak berbanding dengan sepupunya terier Norwich. Terier Norfolk mempunyai gaya jalan sisi baik kerana penyudutan seimbang di hadapan dan di belakang serta panjang belakang lebih tinggi sedikit.

Ketinggian unggul ialah 9–10 in (23–25 cm) pada paras kelasa dan beratnya ialah kira-kira 11–12 lb (5.0–5.4 kg).[3]

Perangai sunting

 
Terier Norfolk yakin pada diri dan membawa diri dengan kehadiran dan kepentingan sambil mengangkat kepala dan ekornya.

Terier Norfolk diperihalkan sebagai anjing tidak takut, tetapi dapat mempunyai kesan berdikari. Ia, bersama-sama dengan terier Norwich dan terier sempadan, mempunyai perangai paling lembut dalam Kumpulan Terier. Terier Norfolks bekerja dalam kawanan dan mesti bergaul dengan baik dengan anjing lain. Sebagai teman, ia menyayangi orang ramai dan kanak-kanak dan memang sesuai sebagai haiwan peliharaan. Paras kegiatannya pada umumnya mencerminkan rentak persekitarannya. Baka ini tidak patut dibela atau tinggal di ruangan luaran kerana ia bertahan dengan baik dengan sentuhan manusia.

Pada umumnya, terier Norfolks tidak suka menggali tetapi, seperti mana-mana anjing, akan menggali kerana kebosanan apabila dibiarkan bersendirian untuk tempoh terlalu lama. Terier Norfolk bukan pembecok dan tidak lantang; walau bagaimanapun, ia menyalak apabila sesuai memandangkan terdapat kecenderungannya sebagai anjing pengawal. Ia pada umumnya bersekedudukan dengan baik dengan haiwan peliharaan rumah lain apabila diperkenalkan sebagai anak anjing. Di ruangan luaran, ia merupakan pemburu semula jadi dengan dorongan pemangsa kuat untuk haiwan perosak kecil.

Gaya kerja sunting

 
Terier Norfolk pada asalnya dibiakbakakan sebagai anjing bangsal untuk membasmi haiwan perosak di bangsal.

Terier Norfolk pada asalnya dibiakbakakan sebagai anjing bangsal untuk membasmi haiwan perosak. Sesetengah bahan kesusasteraan mencadangkan bahawa ia juga kadang-kadang digunakan dalam perburuan untuk meluru untuk mengusir haiwan sama saiz dari sarang.

Sedikit sebanyak ia masih digunakan kerana kemampuan itu di Eropah benua. Terier Norfolk ialah haiwan kawanan dan oleh itu dijangkakan untuk bergaul dengan baik dengan anjing lain semasa bekerja atau di rumah. Sebagai anjing kawanan, ia bergilir-gilir mengerjakan mangsanya. Ia tidak takut dan keberaniannya luar biasa. Kini, sudah tentu, ia merupakan pendamping isi rumah dan mesti mempunyai pembawaan menyenangkan untuk hidup bersama dengan orang.

Kesihatan sunting

 
Pada tahun 1880-an, pesukan British mengembangkan terier pekerja yang bernama terier Norwich yang kemudian berubah menjadi terier Norfolk.

Jangka hayat terier Norfolk ialah 8–14 tahun dengan sesetengah anjing yang hidup sehingga usia 17 tahun.[4] Terier Norfolk memang mengalami insiden penyakit injap mitra, tempurung lutut terkehel, dan gigitan tidak betul (iaitu apabila gigi tidak sejajar dengan piawaian baka, iaitu terlajak ke hadapan atau ke belakang). Terier Norfolk paling kerap mempunyai soket pinggul cetek dan banyak susur galur baka adalah displastik. Tidak pernah ada terier Norfolk yang diiktiraf oleh Orthopedic Foundation for Animals (OFA) sebagai anjing yang mempunyai pinggul berpenilaian "cemerlang". Oleh itu, pembiak baka bertanggungjawab sedang menguji untuk displasia pinggul. Pembiak baka yang tidak menjalankan radiograf dan terhadap pinggul dan mengenakan penilaian oleh OFA atau PennHip tidak dapat menjawab pertanyaan mengenai displasia pinggul dalam program pembiakbakaan mereka.

Terier Norfolk pada umumnya mempunyai perinduk sederhana hingga kecil. Pembiak baka bertanggungjawab hanya membiakbakakan anjing sihat yang dengan perangai baik, daripada zuriat pedigri baik, dan paling baik mencerminkan piawaian baka. Permintaan untuk terier Norfolk adalah jauh lebih besar daripada bekalan. Persekitaran pembesarannya secara langsung memberikan kesan terhadap perangai anak anjing sepanjang hayatnya.

Penjagaan sunting

 
Seekor terier Norfolk dalam pertunjukan pengakuran

Penjagaan bulu sunting

Baka ini mempunyai lapis bulu ganda: lapis bulu atas keras dan mirip dawai dan lapis bulu bawah lembut dan hangat. Sebaik-baiknya, lapis bulunya disikat setiap hari dengan sikat "grehaun" keluli, tetapi semua yang benar-benar diperlukan untuk pendandanan anjing pendamping ialah penyikatan baik sekali seminggu untuk menanggalkan bulu longgar dan mati dan mengelakkan kusutan. Sekurang-kurangnya, lapis bulunya dilucutkan dengan tangan sekali pada musim luruh dan sekali pada musim bunga. Pengguntingan atau pemotongan merosakkan warna dan tekstur kasar lapis bulu. Terier Norfolk dapat dicuci dengan syampu anjing apabila ia kotor. Baka ini dianggap sebahagian besarnya hipoalergenik, walaupun ia menggugurkan bulu secara minimum sepanjang tahun.

Sejarah sunting

Pada tahun 1880-an, ahli sukan British mengembakan terier pekerja dari East Anglia di England timur. Terier Norwich dan kemudian keragaman bertelinga labih yang kini dikenali sebagai terier Norfolk dipercayai telah dikembangkan dengan menyilangkan anjing tempatan mirip terier, baka terier Ireland kecil bertungkai pendek, dengan terier merah kecil yang digunakan oleh pemburu tikus Romani di Norfolk (kaunti yang mempunyai Norwich sebagai bandar kaunti).

Ia pertama kali dipanggil terier Cantab semasa ia menjadi bergaya untuk dibela oleh mahasiswa di bilik mereka di Universiti Cambridge di England.[5] Kemudian, ia dipanggil terier Trumpington, sempena Trumpington Street yang merupakan lokasi perkembangan lanjut baka ini di sebuah livery stable.[6] Kemudian, sejurus sebelum Perang Dunia Pertama, seorang penunggang kuda terkenal Ireland, Frank Jones, menjual banyak terier bertungkai pendek ke Amerika Syarikat. Oleh itu, di sana, ia dipanggil terier Jones.[7] Jones merupakan orang yang menetapkan bahawa terier ini adalah dari Norwich.[7]

Pada tahun 1932, terier Norwich diberikan kemasukan ke dalam The Kennel Club Inggeris dan piawaian bertulis pertama diwujudkan. American Kennel Club mendaftarkan terier Norwich pertama pada tahun 1936. Pada tahun 1964,[1] The Kennel Club mengelaskan semula keragaman telinga labuh sebagai bakanya sendiri, terier Norfolk, dan keragaman bertelinga mencucuk mengekalkan nama terier Norwich. American Kennel Club dan Canadian Kennel Club kedua-duanya mengiktiraf pembahagian baka terier Norwich pada tahun 1979. Terier Norfolk diiktiraf oleh United Kennel Club pada tahun 1979.

Lihat juga sunting

Catatan sunting

  1. ^ Jawi: تيريئر نورفوک; bahasa Inggeris: Norfolk terrier

Rujukan sunting

Kutipan sunting

  1. ^ a b "The Kennel Club" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 24 Januari 2024.
  2. ^ Breed Standard (Inggeris) Diarkibkan 18 Disember 2015 di Wayback Machine di tapak web Canadian Kennel Club
  3. ^ Norfolk Terrier (Inggeris) Diarkibkan 19 Ogos 2012 di Wayback Machine di tapak web American Kennel Club
  4. ^ "Individual Breed Results for Purebred Dog Health Survey" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Ogos 2013. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  5. ^ Read (2004), m/s. 16.
  6. ^ Read (2004), m/s. 17.
  7. ^ a b Read (2004), m/s. 20.

Bibliografi sunting

  • Read, Joan R. (2004), The Norfolk Terrier (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-3), American Norfolk Terrier Association (ANTA)

Bacaan lanjut sunting

  • Sattler, Victor. Comparative Study & Illustrated Breed Standard of Norfolk and Norwich Terriers (Inggeris), Wildgoose Terriers, 2009. (tiada cetakan)

Pautan luar sunting