Terier putih Tanah Tinggi Barat
Terier putih Tanah Tinggi Barat,[a] yang lazimnya dikenali dengan singkat sebagai westie, ialah satu baka anjing dari Scotland dengan lapis bulu kasar putih distingtif dan lapis bulu bawah putih agak lembut. Ia merupakan terier bersaiz sederhana walaupun dengan tungkai lebih panjang daripada terier lain Scotland. Ia mempunyai lapis bulu ganda putih dengan helaian bulu yang memenuhi muka anjing yang memberikan wajah bulat.
Nama lain |
| ||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama ringkas |
| ||||||||||||||||||||||||||||
Negara asal | Scotland | ||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Westie adalah cerdas, cepat belajar, dan baik dengan kanak-kanak, tetapi tidak selalu mentoleransi kekasaran. Ia merupakan baka bertenaga, riuh, dan sosial dengan dorongan pemangsa tinggi, setelah dibiakbakakan untuk memburu rodensia kecil di tempat-tempat seperti ladang, dan memerlukan senaman kerap sekitar sejam sehari.[1] Baka modennya diturunkan daripada sebilangan program pembiakbakaan terier putih di Scotland sebelum abad ke-20. Edward Donald Malcolm, Laird Poltalloch ke-16, dikreditkan dengan penghasilan baka moden daripada terier Poltalloch beliau, tetapi tidak ingin dikenali sedemikian.
Sebagai sepupu kepada cairn terrier, baka berkaitan lain termasuk terier Roseneath (yang dibiakbakakan oleh George Campbell, Duke Argyll ke-8) dan terier Pittenweem (yang dibiakbakakan oleh Dr. Americ Edwin Flaxman). Westie diberi nama modennya buat kali pertama pada tahun 1908 dengan pengiktirafan oleh kelab-kelab kenel utama yang berlaku pada sekitar masa sama. Baka ini kekal sangat popular di United Kingdom dengan berbilang kemenangan dalam Crufts dan telah berada dalam kelompok tiga teratas antara semua baka di Amerika Syarikat sejak tahun 1960-an. Beberapa isu kesihatan spesifik baka dan tidak spesifik baka muncul pada baka ini termasuk satu keadaan pada anjing muda yang diberi nama julukan "rahang westie" yang menyebabkan pertumbuhan lampau tulang pada rahang anjing ini. Ia juga dapat menjadi terdedah terhadap kecelaruan kulit dengan satu keadaan spesifik baka yang dipanggil kejadian dermatosis hiperplasia.
Penampilan
suntingWestie lazimnya mempunyai mata cerah, terletak dalam-dalam, dan berbentuk badam yang berwarna gelap. Telinganya runcing dan tegak.[2] Anjing baka ini biasanya berukuran seberat 15–20 paun (6.8–9.1 kg) dengan purata ketinggian 10–11 inci (25–28 cm) pada paras kelasa.[2] Tubuhnya patut lebih pendek daripada ketinggian anjing ini pada paras bahu.[2]
Westie juga mempunyai dada dalam, anggota berotot, hidung hitam, dan rahang pendek dan rapat dengan gigitan "gunting" (taring bawah terkunci di hadapan taring atas, kacip atas terkunci di atas kacip bawah).[3] Kakinya kelihatan sedikit keluar untuk memberinya cengkaman lebih baik berbanding dengan baka berkaki rata apabila memanjat di permukaan berbatu.[4] Anak anjing muda mempunyai tanda-tanda merah jambu pada hidung dan tapak kaki yang perlahan-lahan menjadi hitam semakin ia menua.[3] Westie juga mempunyai ekor pendek dan teguh. Sumber yang tidak disahkan mencadangkan bahawa, kerana sejarahnya sebagai penangkap tikus, ekornya dibiakbakakan untuk menjadi tebal supaya westie yang terperangkap di dalam lubang dapat semudahnya ditarik keluar dengan ekornya.[perlu rujukan]
Westie mempunyai lapis bulu luar kasar yang dapat tumbuh sehingga sepanjang 2 inci (5.1 cm)[3] dan lapis bulu bawah lembut, padat, dan tebal.[2] Bulunya memenuhi muka untuk memberikan penampilan bulat.[2] Apabila anak anjing membesar menjadi dewasa, lapis bulu luar kasarnya biasanya ditanggalkan sama ada dengan "pelucutan tangan" (terutamanya untuk penunjukan anjing) atau sebaliknya pengguntingan.[2] Kebanyakan westie berwarna putih metah, walaupun terdapat sesetengah variasi warna gandum cerah.[5]
Perangai
suntingPerangai westie dapat sangat berbeza-beza, dengan sesetengah yang ramah terhadap kanak-kanak dan yang lain lebih suka menyendiri.[perlu rujukan] Ia biasanya tidak bertolak ansur dengan pengendalian kasar, seperti kanak-kanak yang menarik telinga atau bulunya, dan dapat kerap menjadi posesif terhadap makanan dan mainan.[perlu rujukan] Ini menjadikan pelatihan tetap dari usia muda amat penting. Westie dapat menjadi anjing pengawas bagus dan biasanya berdikari, pasti kendiri, dan yakin. Ia setia dan menjalin ikatan dengan pemiliknya tetapi kerap bergerak-gerak kerana memerlukan senaman harian sekurang-kurangnya 15–30 minit, namun sejam ialah minimum yang disyorkan. Westie sangat sosial dan merupakan yang paling ramah antara semua terier Scotland.[6]
Sebagai baka tahan lasak, westie dapat menjadi degil dan menyebabkan isu dengan pelatihan, yang mungkin memerlukan agar pelatihannya diulang kaji sekali-sekala sepanjang hayatnya. Dengan dorongan pemangsa tipikal terier, ia cenderung untuk menjadi sangat berminat terhadap mainan, terutamanya bola kejar. Ia mengekalkan naluri "anjing bumi", seperti menjadi ingin tahu dan gemar menyiasat,[6] serta naluri semula jadi untuk menyalak dan menggali lubang.[7] Westie seri di tempat ke-47 (dengan anjing pemburu rusa Scotland) dalam buku tahun 1994 The Intelligence of Dogs, yang menyebutnya sebagai baka dengan "kecerdasan kerja/kepatuhan purata" dan menempatkannya hampir di tengah-tengah seluruh senarai.[8]
Kesihatan
suntingSebuah kajian Perancis tahun 2015 mendapati jangka hayat sebanyak 12.93 tahun[9] sementara sebuah kajian British tahun 2024 pula mendapati jangka hayat sebanyak 13.4 tahun (purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang).[10] Saiz perinduk tipikal ialah antara tiga dengan lima ekor anak anjing.[3]
Baka ini cenderung terhadap keadaan yang terdapat pada banyak baka, seperti hernia abdomen.[11] Anak westie mungkin terjejas akibat osteopati kraniomandibel, iaitu penyakit yang juga dikenali sebagai "rahang singa" dan kadang-kadang juga dirujuk sebagai "rahang westie".[12] Penyakit ini ialah keadaan resesif autosom, jadi anak anjing hanya dapat terjejas akibatnya jika kedua-dua induk merupakan pembawa gen cacat. Keadaan ini muncul merentasi banyak baka, termasuk beberapa jenis terier berbeza, serta baka lain yang tidak berkaitan seperti anjing besar Denmark. Ia biasanya muncul pada anjing di bawah umur satu tahun dan dapat menyebabkan masalah untuk anjing berkenaan untuk mengunyah atau menelan makanan. Pengujian radiografi dapat dijalankan untuk mendiagnosis keadaan ini, iaitu apabila tulang di sekeliling rahang menebal; sebagai tambahan, darah mungkin menunjukkan peningkatan paras kalsium dan paras enzim. Keadaan ini kerap berhenti berprogres semasa anjing berumur setahun dan dalam sesetengah kes dapat surut. Ini biasanya dirawat dengan ubat antiradang dan pemberian makanan lembut. Dalam sesetengah kes, penyuapan bertiub mungkin perlu.[13]
Baka ini terdedah kepada gangguan kulit.[3] Kira-kira satu perempat daripada westie yang ditinjau terjejas akibat dermatitis atopik, iaitu keadaan kulit alahan kronik boleh waris. Perkadaran lebih tinggi bagi jantan terjejas berbanding dengan betina.[14] Keadaan kulit spesifik baka yang tidak lazim tetapi parah, iaitu dermatosis hiperplastik, mungkin menjejaskan terier putih Tanah Tinggi Barat pada sebarang usia. Anjing terjejas dapat menderitai hiperpigmentasi merah, likenifikasi, dan alopesia. Pada peringkat awal, keadaan ini dapat salah didiagnosis sebagai alahan atau bentuk kurang serius bagi dermatitis.[15]
Masalah genetik terwaris yang wujud pada baka ini ialah leukodistrofi sel globoid. Ini tidak spesifik baka dan dapat muncul pada cairn terrier dan baka lain termasuk beagle dan anjing Pomerania. Ini ialah penyakit neurologi yang melibatkan anjing yang kekurangan enzim galaktosilseramidase. Gejala dapat terlihat semakin anak anjing berkembang dan dapat dikenal pasti pada usia 30 minggu. Anjing terjejas mengalami geletar, kelemahan otot, dan masalah untuk berjalan. Gejala perlahan-lahan meningkat sehingga kelumpuhan anggota tubuh mula berlaku. Oleh sebab ini merupakan keadaan keturunan, pemilik patut mengelakkan pembiakbakaan haiwan terjejas untuk membasminya daripada baka ini.[16] Satu lagi keadaan genetik yang menjejaskan baka ialah "sindrom penggoncang anjing putih". Oleh sebab keadaan ini paling lazim terdapat pada westie dan anjing Malta, keadaan ini pada asalnya dianggap berkaitan dengan gen untuk lapis bulu putih, tetapi keadaan sama sejak itu telah ditemukan pada baka bukan putih lain termasuk terier Yorkshire dan dachshund. Keadaan ini biasanya berkembang selama satu hingga tiga hari, lalu mengakibatkan geletar kepala dan anggota tubuh, ataksia, dan hipermetria. Jantan dan betina terjejas dapat menjadi terjejas sepanjang tempoh masa berbeza, dengan gejala pada betina yang berlangsung antara empat dengan enam minggu, manakala jantan dapat menjadi terjejas sepanjang hayat.[17]
Keadaan kurang lazim lain yang muncul pada baka ini termasuk asiduria hidroksiglutarik, iaitu apabila paras ternaik bagi asid alfa-hidroksiglutarik berada di dalam air kencing, plasma darah, dan bendalir spina anjing berkenaan. Ini dapat menyebabkan sawan, kekejangan otot, dan ataksia, tetapi lebih lazim ditemukan pada bulterier Staffordshire.[18] Degenerasi sendi pinggul, yang dikenali sebagai sindrom Legg–Calvé–Perthes, juga berlaku pada baka ini.[19] Walau bagaimanapun, peluang keadaan ini untuk berlaku adalah lebih tinggi pada sesetengah baka lain, seperti anjing gembala Australia dan pincer kerdil.[20] Baka ini juga merupakan salah satu yang paling kurang berkemungkinan terjejas akibat tempurung lutut terkehel, iaitu apabila tempurung lutut tergelincir ke luar tempatnya.[21] Baka ini cenderung terhadap dermatitis atopi.[22]
Dermatosis hiperplasia pada terier putih Tanah Tinggi Barat, yang juga dikenali sebagai displasia epidermis atau secara percakapan sebagai sindrom westie armadilo, ialah keadaan kurang lazim yang khususnya dikenal pasti pada westie. Ini ialah penyakit dermatologi hiperplasia kronik parah yang serupa dengan dermatitis seborea dan seborea primer. Oleh sebab penyakit ini dikenal pasti hanya pada westie dan bukti penglibatan keluarga, penyakit ini dipercayai sebagai trait terwaris. Jangkitan Malassezia dikaitkan dengan permulaan atau peningkatan keparahan gejala. Gejala melibatkan dan tompok-tompok menyeluruh dan serius bagi alopesia, eritema, likenifikasi, hiperpigmentasi, bau busuk, otitis luaran, dan pruritus.[23][24]
Sebuah kajian British tahun 2021 yang meneliti rekod klinikal mendapati kecenderungan terhadap hepatitis kronik dan kematian hepatosel, yang disebabkan sama ada oleh toksin atau kegagalan hati akut; berbanding dengan anjing lain, westie adalah 3.23 kali lebih berkemungkinan untuk menghidap hepatitis kronik dan 3.87 kali lebih berkemungkinan untuk menghidap kematian hepatosel.[25] Penyakit simpanan tembaga, yang menjejaskan baka ini, dapat menyebabkan hepatitis kronik.[26]
Sejarah
suntingTerier putih Scotland dicatatkan seawal zaman pemerintahan James VI dari Scotland, yang memerintah pada antara tahun 1567 dengan tahun 1625. Raja menitahkan agar sedozen terier putih ini diperoleh dari Argyll untuk dipersembahkan kepada Kerajaan Perancis sebagai hadiah.[4] Anjing berwarna pasir dan brindle terlihat sebagai yang lebih tahan lasak daripada anjing berwarna lain dan anjing putih terlihat sebagai yang lemah.[27] Pada pelbagai masa semasa kewujudan baka ini, ia telah dianggap sebagai cabang putih bagi kedua-dua baka terier Scotland dan cairn terrier.[28]
Laporan tentang kapal dari Armada Sepanyol yang dikaramkan di pulau Skye pada tahun 1588 menunjukkan bahawa kapal itu membawa anjing putih Sepanyol, yang keturunannya dikekalkan berbeza daripada baka lain oleh Suku Donald, termasuk keluarga para penghulu.[29] Keluarga lain di Skye memulihara kedua-dua anjing berwarna putih dan pasir. Sebuah keluarga sedemikian ialah Suku MacLeod dan ada laporan oleh keturunan mereka bahawa sekurang-kurangnya dua orang penghulu membela terier putih, termasuk "The Wicked Man" Norman MacLeod, dan cucu lelaki beliau Norman, yang menjadi penghulu selepas kematian beliau.[27]
George Campbell, Duke Argyll ke-8, penghulu Suku Campbell, membiakbakakan baka terier putih Scotland yang dikenali sebagai "terier Roseneath".[30] Satu lagi baka terier putih Scotland juga muncul pada ketika ini, dengan Dr. Americ Edwin Flaxman dari Fife yang mengembangkan susur galur "terier Pittenweem" beliau daripada seekor terier Scotland betina yang menghasilkan anak putih.[30] Anjing ini seolah-olah menghasilkan anak anjing putih ini tanpa mengira bapa yang dengannya ia dibiakbakakan, dan selepas melemaskan lebih daripada 20 ekor anak ini, beliau membangkitkan teori bahawa ini ialah sifat purba terier Scotland yang mencuba untuk muncul semula. Beliau mendedikasikan program pembiakbakaan beliau semula untuk menghasilkan terier putih Scotland dengan tujuan untuk memulihkannya kepada kedudukan sama seperti baka berwarna gelap. Flaxman dikreditkan dengan kelas yang ditambahkan ke dalam pertunjukan anjing untuk terier putih Scotland menjelang penghujung abad ke-19.[31]
Orang yang paling berkait rapat dengan perkembangan baka moden terier putih Tanah Tinggi Barat ialah Edward Donald Malcolm, Laird Poltalloch ke-16. Malcolm memilik terier yang digunakan untuk mengerjakan buruan; kisah yang diceritakan ialah bahawa seekor terier berwarna perang kemerah-merahan disalah anggap sebagai rubah dan ditembak. Ikutan itu, Malcolm membuat keputusan untuk mengembangkan baka terier putih, yang kemudian dikenali sebagai "terier Poltalloch". Generasi pertama terier Poltalloch mempunyai lapis bulu berwarna pasir dan telah membentuk telinga mencucuk yang merupakan trait yang dilihat kemudian pada baka moden.[30] Tidak ada pengetahuan sama ada terier Poltalloch dan terier Pittenweem dibiakbakakan secara menyaling.[30] Pada tahun 1903, Malcolm mengisytiharkan bahawa beliau tidak ingin dikenali sebagai pencipta baka ini dan bertegas agar baka terier putih beliau dinamai semula. Istilah "terier putih Tanah Tinggi Barat" pertama kali muncul dalam Otters and Otter Hunting karya L. C. R. Cameron, yang diterbitkan pada tahun 1908.[30][32]
Kelab baka pertama didirikan pada tahun 1904; Niall Campbell, Duke Argyll ke-10, ialah presiden pertama persatuan itu. Kelab kedua kemudiannya didirikan, dengan Countess Aberdeen sebagai pengerusi. Edward Malcolm menggantikan countess sebagai pengerusi kedua kelab itu. Pengiktirafan The Kennel Club menyusul pada tahun 1907 dan baka ini muncul dalam Crufts buat kali pertama pada tahun sama.[30] Westie telah diimport ke Amerika Syarikat pada tahun 1907–1908, apabila Robert Goelet mengimport Ch. Kiltie dan Ch. Rumpus Glenmohr. Pada mulanya, ia juga dikenali pada masa itu sebagai terier Roseneath dan Roseneath Terrier Club diiktiraf oleh American Kennel Club pada tahun 1908. Kelab itu telah dinamai semula pada tahun berikutnya kepada West Highland White Terrier Club of America.[28] Baka ini meluangkan tempoh yang serta-merta menyusul sebagai baka "bergaya",[33] setelah menjadi popular hampir serta-merta selepas ketibaannya di Amerika Syarikat.[33] Pengiktirafan Canadian Kennel Club menyusul pada tahun 1909.[30] Sehingga tahun 1924 di United Kingdom, pedigri westie diizinkan untuk mempunyai cairn terrier dan terier Scotland dalamnya. Menjelang kematian Malcolm pada tahun 1930, jenis stabil telah muncul dengan telinga menucuk, lapis bulu putih, dan belakang pendek.[30]
Dalam pertunjukan pengakuran besar, baka ini telah sama-sama berjaya di kedua-dua belah Atlantik. Anggota pertama baka ini yang memenangi kejuaraan pertunjukan ialah Ch. Morvan pada tahun 1905, yang dimiliki oleh Colin Young. Anjing ini didaftarkan pada masa itu sebagai terier Scotland dan memenangi gelaran itu dalam pertunjukan Scottish Kennel Club pada usia tujuh bulan. Oleh sebab baka ini belum diiktiraf secara bebas, gelaran kejuaraan tidak dikekalkan apabila anjing ini didaftarkan semula sebagai terier putih Tanah Tinggi Barat.[30] Kemenangan pertama dalam pertunjukan besar tiba dalam Pertunjukan Anjing Westminster Kennel Club pada tahun 1942 apabila Ch. Wolvey Pattern of Edgerstoune milik Constance Winant memenangi gelaran Best in Show.[34] Gelaran sama diperoleh oleh Ch. Elfinbrook Simon milik Barbara Worcester pada tahun 1962.[35] Masa 14 tahun lagi berlalu sebelum baka ini mendapat gelaran Best in Show pertamanya dalam Crufts, pertunjukan anjing besar di United Kingdom. Ch. Dianthus Buttons, yang dimiliki oleh Kath Newstead dan Dorothy Taylor, memperoleh gelaran itu untuk baka ini pada tahun 1976.[36] Seekor westie juga memenangi Crufts pada tahun 1990 dengan gelaran Best in Show yang diberikan kepada Ch. Olac Moon Pilot milik Derek Tattersall[37] dan pada tahun 2016 kepada Burneze Geordie Girl.
Kepopularan baka ini semasa awal abad ke-20 adalah sehingga anjing ini pernah ditukar dengan ratusan guinea.[38] Setakat tahun 2010, westie ialah baka terier ketiga paling popular di United Kingdom, dengan 5,361 ekor anak anjing yang berdaftar dengan The Kennel Club. Walau bagaimanapun, ini ialah penurunan bilangan sejak tahun 2001, semasa ia merupakan baka terier paling popular, dengan 11,019 ekor anjing baharu yang berdaftar.[39] Kedudukan baka ini di Amerika Syarikat adalah lebih stabil apabila ia kekal dalam sepertiga teratas daripada semua baka sejak sekitar tahun 1960.[28] Ia dinilai sebagai yang ke-30 paling popular pada tahun 2001, berdasarkan pendaftaran dengan American Kennel Club, yang berubah-ubah sekitar lingkungan 30-an dalam dekad selepas itu, dengan kedudukan ke-34 pada 2010.[40] Ia merupakan baka AKC ke-44 paling popular pada tahun 2020.[41]
Catatan
sunting- ^ Jawi: تيريئر ڤوتيه تانه تيڠݢي بارت ; bahasa Inggeris: West Highland white terrier
Rujukan
suntingKutipan
sunting- ^ "West Highland White Terrier" [Terier Putih Tanah Tinggi Barat]. The Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 23 Januari 2024.
- ^ a b c d e f Palika, Liz (27 Ogos 2007). The Howell Book of Dogs: The Definitive Reference to 300 Breeds and Varieties [Buku Howell tentang Anjing: Rujukan Muktamad kepada 300 Baka dan Keragaman] (dalam bahasa Inggeris). Hoboken, New Jersey, Amerika Syarikat: Wiley. m/s. 383. ISBN 9780470009215. OCLC 85485148.
- ^ a b c d e Kern, Kerry V.; Vriends, Matthew M. (1988). The New Terrier Handbook [Buku Panduan Terier Baharu] (dalam bahasa Inggeris). Hauppauge, New York, Amerika Syarikat: B.E.S. Publishing. m/s. 133. ISBN 9780812039511. OCLC 17508196.
- ^ a b Bruette 1921, halaman 191
- ^ Dekkers, Carly (7 Oktober 2019). "Poodle Terrier Mix: See How Incredible This Hybrid Breed Is" [Kacukan Pudel Terier: Lihat Betapa Hebat Baka Hibrid Ini]. petdt.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 Mac 2024.
- ^ a b Rice 2002, halaman 6
- ^ "Westie Earthdog or 'Going-to-Ground'" [Westie anjing bumi atau 'masuk ke dalam tanah']. West Highland White Terrier Club of America (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 Mac 2024.
- ^ Coren, Stanley (6 Mac 2006). The Intelligence of Dogs: Canine Consciousness and Capabilities [Kecerdasan Anjing: Kesedaran dan Keupayaan Anjing] (dalam bahasa Inggeris) (ed. baharu). London, United Kingdom: Pocket Books. m/s. 124. ISBN 9781416502876. OCLC 62478745.
- ^ Leroy, Grégoire; Phocas, Florence; Hédan, Benoît; Verrier, Etienne; Rognon, Xavier (18 November 2014). "Inbreeding impact on litter size and survival in selected canine breeds" [Impak pembiakbakaan dalam terhadap saiz dan kemandirian perinduk pada baka anjing terpilih]. The Veterinary Journal (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 203 (1): 74–78. doi:10.1016/j.tvjl.2014.11.008. ISSN 1532-2971. PMID 25475165. S2CID 27631883. min=11.89 ± 3.92 median=12.93
- ^ McMillan, Kirsten M.; Bielby, Jon; Williams, Carys L.; Upjohn, Melissa M.; Casey, Rachel A.; Christley, Robert M. (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 14 (1): 531. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check
|pmc=
value (bantuan). PMID 38302530 Check|pmid=
value (bantuan). S2CID 267382263 Check|s2cid=
value (bantuan). - ^ Ackerman 2011, halaman 115
- ^ Cox, Charlotte (6 Mei 2016). "Puppy farmer Grace Banks jailed for selling sick dogs... while on bail for selling sick dogs" [Peladang anak anjing Grace Banks dipenjarakan kerana jua anjing sakit... sambil diikat jamin kerana jual anjing sakit]. Manchester Evening News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 Mac 2024.
- ^ Ackerman 2011, halaman 116–117
- ^ Grayson, J. Kevin. "2007 West Highland White Terrier Health Survey Final Report" [Laporan Terakhir Tinjauan Kesihatan Terier Putih Tanah Tinggi Barat 2007] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Westie Foundation of America and the Health Committee of the WHWTCA. Dicapai pada 6 Mac 2024.
- ^ Gross, Thelma Lee; Ihrke, Peter A.; Walder, Emily J.; Affolter, Verena K. (12 September 2015). Skin Diseases of the Dog and Cat: Clinical and Histopathologic Diagnosis [Penyakit Kulit Anjing dan Kucing: Diagnosis Klinikal dan Histopatologi] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Ames, Iowa, Amerika Syarikat: Wiley-Blackwell. m/s. 146–148. ISBN 9780632064526. OCLC 55487436.
- ^ Ackerman 2011, halaman 105
- ^ Ackerman 2011, halaman 155
- ^ Ackerman 2011, halaman 108
- ^ Ackerman 2011, halaman 125
- ^ Ackerman 2011, halaman 126
- ^ Ackerman 2011, halaman 134
- ^ Rhodes, Karen Helton; Werner, Alexander H. (25 Januari 2011). Blackwell's Five-Minute Veterinary Consult Clinical Companion: Small Animal Dermatology [Teman Klinikal Rujukan Veterinar Lima Minit Blackwell: Dermatologi Haiwan Kecil] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Ames, Iowa, Amerika Syarikat: Wiley-Blackwell. m/s. 94. ISBN 9780813815961. OCLC 645598149.
- ^ Nishifuji, Koji; Park, Seong-Jun; Iwasaki, Toshiroh (8 Mei 2007). "A Case of Hyperplastic Dermatosis of the West Highland White Terrier Controlled by Recombinant Canine Interferon-γ Therapy" [Kes Dermatosis Hiperplasia bagi Terier Putih Tanah Tinggi Barat yang Dikawal dengan Terapi Interferon-γ Anjing Rekombinan]. Journal of Veterinary Medical Science (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Sains Veterinar Jepun. 69 (4): 455–457. doi:10.1292/jvms.69.455. ISSN 1347-7439. PMID 17485941. S2CID 43379883.
- ^ Rhodes, Karen Helton; Werner, Alexander H. (25 Januari 2011). Blackwell's Five-Minute Veterinary Consult Clinical Companion: Small Animal Dermatology [Teman Klinikal Rujukan Veterinar Lima Minit Blackwell: Dermatologi Haiwan Kecil] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Ames, Iowa, Amerika Syarikat: Wiley-Blackwell. m/s. 459. ISBN 9780813815961. OCLC 645598149.
- ^ Bandara, Y.; Bayton, W. A.; Williams, T. L.; Scase, T.; Bexfield, Nicholas H. (21 Jun 2021). "Histopathological frequency of canine hepatobiliary disease in the United Kingdom" [Kekerapan histopatologi penyakit hati hempedu anjing di United Kingdom]. Journal of Small Animal Practice (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 62 (9): 730–736. doi:10.1111/jsap.13354. ISSN 1748-5827. PMID 34155648. S2CID 235595314 Check
|s2cid=
value (bantuan). - ^ Richter, K. (2013). Canine chronic hepatitis (dalam bahasa Inggeris). https://www.cabidigitallibrary.org/doi/pdf/10.5555/20133225344
- ^ a b Smith & Earl 1911, halaman 84
- ^ a b c Rice 2002, halaman 5
- ^ Dalziel, Hugh (1879). British Dogs: Their Varieties, History, Characteristics, Breeding, Management and Exhibition [Anjing British: Keragaman, Sejarah, Ciri, Pembiakbakaan, Pengurusan, dan Pempamerannya] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: The Bazaar Office. m/s. 350. OCLC 19420097.
- ^ a b c d e f g h i Horter, Ria (April 2009). "Col. Edward Donald Malcolm, 16th Laird of Poltalloch, and the West Highland White Terrier" [Kol. Edward Donald Malcolm, Laird Poltalloch Ke-16, dan Terier Putih Tanah Tinggi Barat] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Dogs in Canada. Dicapai pada 6 Mac 2024.
- ^ Lane, Charles Henry (1902). Dog Shows and Doggy People [Pertunjukan Anjing dan Orang Anjing] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Hutchinson. m/s. 100–102. OCLC 5214440.
- ^ Cameron, Ludovick Charles Richard Duncombe-Jewell (1908). Otters and Otter-hunting [Berang-berang dan Pemburuan Berang-berang] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: L. Upcott Gill. m/s. 43. OCLC 6965174.
- ^ a b Hochwalt, Albert Frederick (1925). Dogs as Home Companions: A Book for All Dog Lovers [Anjing sebagai Teman Rumah: Buku untuk Semua Pencinta Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Cincinnati, Ohio, Amerika Syarikat: Sportsman's Digest. m/s. 26–29. OCLC 8633767.
- ^ "She Asked For It" [Dia Memintanya]. Time (dalam bahasa Inggeris). 23 Februari 1942. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Mac 2008. Dicapai pada 6 Mac 2024.
- ^ "Fads: The Poodle Dethroned". Time (dalam bahasa Inggeris). 23 Februari 1962. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 September 2008. Dicapai pada 6 Mac 2024.
- ^ Dogworld: Digital Crufts Edition (2010): hlm. 84
- ^ Dogworld: Digital Crufts Edition (2010): hlm. 88
- ^ Smith & Earl 1911, halaman 85
- ^ "Comparative Tables of Registrations for the Years 2001–2010 Inclusive" [Jadual Perbandingan Pendaftaran untuk Tahun 2001–2010 Inklusif] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 31 Januari 2012. Dicapai pada 6 Mac 2024.
- ^ "AKC Dog Registration Statistics" [Statistik Pendaftaran Anjing AKC] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 6 Mac 2024.
- ^ Reisen, Jan (16 Mac 2021). "The Most Popular Dog Breeds of 2020" [Baka Anjing Paling Popular pada 2020]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 Mac 2024.
Bibliografi
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Terier putih Tanah Tinggi Barat |
- Ackerman, Lowell J. (26 Julai 2011). The Genetic Connection: A Guide to Health Problems in Purebred Dogs [Sambungan Genetik: Panduan untuk Masalah Kesihatan pada Anjing Baka Tulen] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Lakewood, Colorado, Amerika Syarikat: American Animal Hospital Association Press. ISBN 9781583261576. OCLC 711828842.
- Bruette, William Arthur (1921). The Complete Dog Book [Buku Anjing Lengkap] (dalam bahasa Inggeris). Cincinnati, Ohio, Amerika Syarikat: Stewart Kidd Co. OCLC 395713.
- Rice, Dan (2002). West Highland White Terriers: A Complete Pet Owner's Manual [Terier Putih Tanah Tinggi Barat: Panduan Lengkap Pemilik Haiwan Peliharaan] (dalam bahasa Inggeris). Diilustrasi oleh Michele Earle-Bridges. Hauppauge, New York, Amerika Syarikat: B.E.S. Publishing. ISBN 9780764118999. OCLC 46829078.
- Smith, Arthur Croxton; Earl, Maud (1911). The Power of the Dog [Kuasa Anjing] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Hodder & Stoughton. OCLC 263037324.