Terier tikus

baka anjing dari Amerika Syarikat

Terier tikus[a] ialah satu baka anjing Amerika dengan latar belakang sebagai anjing ladang dan pendamping pemburu.[1] Ia mengongsi banyak keleluhuran dengan anjing pemburu kecil yang dikenali sebagai feist. Dengan kelaziman di banyak ladang keluarga pada tahun 1920-an dan tahun 1930-an, ia kini diiktiraf oleh United Kennel Club (UKC) dan American Kennel Club (AKC) dan dianggap sebagai baka jarang.[2] Terier tikus ialah baka cerdas dan aktif yang dapat dibela untuk kawalan haiwan perosak dan sebagai haiwan peliharaan keluarga.

Terier tikus
Terier tikus triwarna; perhatikan bintik-bintik hitam pucat pada lapis bulu putih
Nama lainTerier tikus Amerika
Terier pemburu tikus
Decker giant
Nama ringkasRT, Rat, Rattie
Trait
Berat 10–25 paun (4.5–11.3 kg)
Tinggi 10–18 inci (25–46 cm)
Bulu Tunggal, licin
Warna Hitam, sawo matang, coklat, biru, putih telur kelabu (mutiara), lemon, dan pinang masak. Mungkin triwarna atau dwiwarna, dengan sekurang-kurangnya salah satu warna yang merupakan putih
Anjing (Canis lupus familiaris)

Perihal sunting

 
Terier tikus

Penampilan sunting

Terier tikus berkisar dalam lingkungan sekitar 10–25 paun (4.5–11.3 kg) dan berdiri setinggi 10–18 inci (25–46 cm) pada paras bahu. Saiz katik—13 inci (33 cm) dan ke bawah seperti yang ditakrifkan oleh UKC—telah menjadi lebih popular sebagai anjing peliharaan rumah dan anjing pendamping, tetapi anjing katik masih merupakan anjing pemburu. Piawaian menyatakan "kecil hingga sederhana" dan anjing katik adalah cukup kecil untuk masuk ke dalam dan ke bawah tempat-tempat persembunyian haiwan perosak. Strain lebih besar, yang kerap melebihi 25 paun (11 kg), telah dikembangkan. Dengan panggilan Decker atau Decker Giant, ia dinamai sempena pembiak baka Milton Decker yang mewujudkan pendamping pemburu lebih besar dan diiktiraf oleh National Rat Terrier Association (NRTA, lihat "Pengiktirafan baka" di bawah). UKC dan AKC tidak mengiktiraf strain Decker sebagai baka lain; ia hanya dianggap sebagai keragaman piawai. NRTA mengiktiraf keragaman mainan yang seberat 10 paun (4.5 kg) atau lebih ringan. NRTA terus mengelaskan terier Teddy Roosevelt sebagai terier tikus jenis B. Pada tahun 1970-an, suatu mutasi botak muncul pada seekor terier tikus tunggal dan dibiakkan menjadi satu strain terier tikus. Selepas tempoh perkembangan, susur galur ini menghasilkan terier botak Amerika, yang diiktiraf sebagai baka terpisah oleh beberapa buah pejabat pendaftaran.

Terier tikus terdapat dengan pelbagai warna lapis bulu. Pewarnaan klasik ialah titik hitam sawo matang dengan tompok-tompok piebald (yang dikenali sebagai triwarna hitam), tetapi coklat, sawo matang (yang berbeza-beza dari segi cahaya warna daripada emas pucat hingga mahogani gelap), biru, putih telur (mutiara), lemon, dan pinang masak kesemuanya agak lazim. Ia mungkin triwarna atau dwiwarna, sentiasa dengan sedikit jumlah warna putih yang hadir. Sabel mungkin menindih mana-mana warna ini. Sawo matang merayap (kerap "kaliko"), juga dapat diterima. Bintik-bintik biasanya terlihat pada bahagian putih lapis bulu, atau pada kulit di bawahnya. Brindle, yang buat masa ini tidak diizinkan oleh piawaian baka utama, dianggap oleh sesetengah pihak sebagai corak tradisional terier tikus dan terdapat gerakan yang semakin tumbuh untuk mendapatkan penerimaan corak ini ke dalam baka ini. Walau bagaimanapun, merle dianggap secara meluas sebagai hasil daripada penyilangan baru-baru ini dan, kerana masalah kesihatan berkaitan, ditolak oleh kebanyakan pembiak baka terier tikus.

 
Terier tikus biasanya mempunyai telinga tegak semula jadi dan ekspresi berjaga-jaga.

Pembawaan telinga adalah tegak, tetapi juga boleh berhujung lipat, atau bergaya butang, kesemuanya menyumbang kepada ekspresi cerdas dan berjaga-jaga. Ekornya terpotong secara tradisional sehingga sekitar 2–3 inci (5.1–7.6 cm), tetapi gen ekor kontot adalah sangat lazim pada terier tikus dan dapat menghasilkan pelbagai panjang ekor. Kini, sesetengah pembiak baka lebih memilih ekor semula jadi, yang tidak terpotong, yang diterima dalam piawaian baka.

Terier tikus cenderung untuk menjadi cerdas dan degil kerana mengetahui cara untuk mendapatkan yang diinginkan apabila ada keinginan. Ia juga dianggap sebagai anjing peliharaan keluarga bagus kerana paras tenaga dan keserasiannya dengan kanak-kanak. Ia suka bermain dan memerlukan banyak senaman.

Perangai sunting

 
Terier tikus menikmati kegiatan ruangan luaran.

Kepekaan sosial terier tikus menjadikannya sangat mudah latih dan lebih mudah untuk hidup bersama-sama untuk pemilik biasa haiwan peliharaan, tetapi ini juga bermakna bahawa sosialisasi meluas dari usia awal adalah genting. Sosialisasi betul anak terier tikus termasuk pendedahan haiwan berkenaan kepada pelbagai ragam orang dan tempat, terutamanya semasa tiga bulan pertama kehidupan. Seperti kebanyakan baka aktif dan cerdas, terier tikus cenderung untuk menjadi lebih gembira apabila menerima banyak rangsangan mental dan senaman. Terier tikus biasanya setia kepada pemiliknya dan sangat hormat jika menerima jumlah latihan sesuai pada usia muda.

Kesihatan sunting

 
Seekor terier tikus berusia 16 tahun

Oleh sebab penyilangan kerap sepanjang sejarah terier tikus, secara keseluruhan, ia merupakan baka sangat tahan lasak. Walau bagaimanapun, dengan pertumbuhan kepopularannya dalam beberapa tahun kebelakangan ini, sesetengah isu menjadi lebih lazim. Canine Health Information Center (CHIC) mengesyorkan agar terier tikus diuji untuk kehelan tempurung lutut, keabnormalan jantung, isu pankreas, displasia pinggul, dan sindrom Legg–Calvé–Perthes.[3] Purata jangka hayat seekor terier tikus yang dibiakbakakan dengan baik ialah 16–19 tahun.

Sejarah sunting

Rekod yang paling awal diketahui tentang anjing penangkap tikus ialah yang tentang "Hatch", yang bangkainya ditemukan dari Mary Rose, kapal laksamana Henry VIII, yang karam pada tahun 1545 dan dinaikkan semula pada tahun 1982. Hatch dianggap sebagai seekor anjing kacuk dan dibawa menaiki kapal untuk mengawal populasi tikus.[4]

Nama baka ini berasal daripada pekerjaan leluhur terawalnya yang dibawa ke Amerika Syarikat oleh pendatang kelas pekerja British kerana anjing ini digunakan untuk pengumpanan tikus. Walau bagaimanapun, ia sebahagian besarnya dibiakbakakan untuk kelajuan. Kelajuannya digunakan untuk mengawal haiwan perosak dan memburu haiwan kecil seperti tupai dan kelinci. Selepas tahun 1890-an, apabila jenis baka menjadi popular di Amerika Syarikat, ia dibiakbakakan dengan beagle, grehaun Itali, dan terier Manchester. Banyak terier tikus asasi tidak dapat dibezakan daripada anjing pemburu kecil baka kacuk yang dikenali sebagai "feist". Keragaman-keragaman lebih kecil mencapah daripada susur galur terier tikus dengan sangat awal, dengan pendaftaran UKC untuk terier rubah makinan yang bermula pada tahun 1936.

Terier tikus dihargai sebagai teman setia pemburu dan pembunuh cekap haiwan perosak di ladang-ladang Amerika pada abad ke-20: Hasilnya, ia merupakan salah satu jenis anjing yang paling popular dari tahun 1920-an hingga tahun 1940-an. Walau bagaimanapun, penggunaan meluas pestisid kimia dan pertumbuhan pertanian komersial membawa kepada pengurangan mendadak baka ini dari tahun 1950-an dan seterusnya. Penyokong setia baka mengekalkan susur galur, lalu membawa kepada terier tikus moden.

Kepelbagaian genetik terier tikus telah menyumbang kepada kesihatan keseluruhan, kecerdasan tajam, dan kekukuhan baka ini. Kebanyakan baka moden dikembangkan daripada segelintir anjing pengasas dan kemudian dibiakkan daripada takungan gen tertutup. Sebaliknya, terier Tikus telah mendapat manfaat daripada sejarah panjang penghalusan dengan penyilangan kerap untuk memasukkan kualiti berguna dan kebolehubahan genetik.

Pada masa kini, terier tikus menjadi popular bukan sahaja sebagai anjing peliharaan keluarga tetapi sebagai anjing pekerja di beberapa bidang.

Perangai penyayang dan tenang sekali dengan saiz kecil telah menjadikannya popular sebagai anjing khidmat di hospis, dalam rawatan untuk kemurungan, dalam bantuan hidup, dan dalam pekerjaan lain bagi penjagaan manusia.

Jabatan polis telah mula menggunakannya sebagai anjing pencari kontraban kerana paras kecerdasannya memendekkan pelatihan sehingga sekurang-kurangnya tiga minggu yang jauh lebih pendek daripada yang untuk baka tradisional perkhidmatan polis. Selain itu, saiz kecilnya membolehkan penggeledahan kereta, rumah, dan sel penjara tanpa menyebabkan kerosakan besar yang mungkin dilakukan oleh anjing gembala Jerman besar atau baka tradisional lain perkhidmatan polis semasa penggeledahan kereta dan mengurangkan peluang penyelesaian kewangan besar jika tiada apa-apa yang ditemukan semasa penggeledahan.

Satu sumber mendakwa bahawa seekor terier tunggal membunuh 2,501 ekor tikus dalam tempoh tujuh jam di dalam bangsal yang penuh dengan tikus (purata seekor tikus setiap sepuluh saat).[5]

Pengiktirafan baka sunting

Pertubuhan terier tikus mempamerkan pertikaian tipikal mengenai tindakan yang perlu diambil untuk promosi dan pemuliharaan baka ini. Seperti biasa dalam kalangan baka pekerja, titik berlepas ialah jenis anjing yang paling mewakili baka ini dan sama ada kualiti kerja anjing ini bakal dikorbankan untuk pemilihan untuk pertandingan pertunjukan pengakuran.

 
Seekor terier tikus berusia lima minggu

Rat Terrier Club of America ialah kelab induk baka rasmi untuk American Kennel Club (AKC). Terier tikus diterima ke dalam kumpulan terier AKC pada Jun 2012. Terier Tikus telah bertanding dalam acara United Kennel Club selama lebih daripada 15 tahun. UKC ialah kumpulan mesra keluarga yang mempromosikan banyak tempat berlainan untuk anjing bertanding. National Rat Terrier Association pula ialah pejabat pendaftaran bebas terbesar dan telah mengekalkan rekod zuriat selama berdekad-dekad. Dengan kebimbangan bahawa sifat terier pekerja pada baka ini bakal terjejas, ini merupakan yang paling menonjol antara kelab dan persatuan yang menentang peraturan pembiakbakaan pendaftaran tertutup kelab kenel.

Decker Hunting Terrier Registry diwujudkan khusus untuk Decker Giant. Misi pejabat pendaftaran ini adalah untuk mengekalkan semua kualiti yang membezakan Decker Giant daripada terier tikus piawai, sambil mengekalkan dan memperbaik keupayaan perburuan.

UKC secara rasmi mengiktiraf baka ini pada 1 Januari 1999. AKC mengiktiraf terier tikus sebagai baka pada 1 Julai 2010; walau bagaimanapun, kelab itu mengizikannya untuk bertanding dalam acara pendamping mulai 1 Januari 2006 dalam acara Teman AKC yang bersokongan (Kepatuhan , Ketangkasan, Rally). Terier Tikus pertama yang mendapat gelaran di bawah Acara Sokongan AKC adalah dalam Ketangkasan pada 14 Januari 2006 di Van Nuys, California oleh Harpur's Giddy Upp "Gigi" dan D. Davidson Harpur.[6] AKC menerima terier tikus ke dalam Kumpulan Terier pada Jun 2012. Terier tikus juara AKC pertama ialah "Annie" GCH GRCH King Pen RnB's Queen Ann yang dibiakbakakan dan dimiliki oleh Sherry & Dud Lee Hendrix dari Modesto, California.

Lihat juga sunting

Catatan sunting

  1. ^ Jawi: تيريئر‎‎ تيکوس; bahasa Inggeris: rat terrier

Rujukan sunting

  1. ^ Kane, Alice J. Rat Terrier: a Comprehensive Owner's Guide (Inggeris). Kennel Club Books, 2004.
  2. ^ Sipe, Roger (penyunting). Popular Dog Series Vol (Inggeris). 2006
  3. ^ "Rat Terrier". Canine Health Information Center website (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 Mac 2024.
  4. ^ Irvine, Chris. "Mary Rose's dog unveiled for the first time". The Telegraph (dalam bahasa Inggeris).
  5. ^ Wilcox, Bonnie, DVM; Walkowicz, Chris (1993). Rat Terrier. The Atlas of Dog Breeds of the World (dalam bahasa Inggeris). 2 (ed. ke-4). Neptune, New Jersey, Amerika Syarikat: T.F.H. m/s. 714–715. ISBN 0-86622-873-X. ISBN 0-86622-855-1.
  6. ^ AKC Gazette March 2006 (Inggeris) halaman 16

Pautan luar sunting