Terima Kasih Cinta (drama)

Siri Televisyen

Terima Kasih Cinta ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2022 arahan Azri Izhar, dibintangi oleh Anna Jobling, Amar Baharin, Rita Nadira. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia, TV3 bermula 30 November 2022[1] menggantikan Wanita Milik Tuan Putra.

Terima Kasih Cinta
Genre
Berdasarkan daripada
Terima Kasih Cinta
karya Aisya Sofea
PengarahAzri Izhar
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Jangan Lepas Tanganku" - Sufi Rashid
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Zetty Alia Dato ' Ramly
  • Zetty Adila Dato ' Ramly
PenerbitDato Zaitun Mohd Jiwa
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Global Station Sdn Bhd.
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal30 November 2022 – 27 Disember 2022
Kronologi
MengikutiWanita Milik Tuan Putra
Diikuti olehKerana Cinta Itu Ada

Sinopsis

sunting

Pertemuan An dengan dua anak kecil Yaya dan adiknya Lea membawa pertelingkahan dan perselisihan faham antara dia dengan Harris Ibrahim. Lelaki bongkak dan sombong itu tidak perlukan pertolongan An untuk menjaga anak-anaknya.

Malah Harris memberi amaran pada An untuk tidak lagi mengambil berat terhadap mereka. Tapi tidak bagi Yaya dan Lea. Anak kecil itu belum pandai hidup berdikari. Mereka tetap mengharapkan belas dari An.

Bagai menjilat ludah yang telah dihamburkan, Harris kembali menagih pertolongan dari ummi; ibu saudara An, untuk menjaga kedua anaknya itu tatkala dia bertugas malam.

Razlan yang bakal mengahwini wanita pilihan keluarga datang menagih cinta lama dan mahu memperisterikan An. Razlan bukan lagi cinta hatinya kerana lelaki itu tidak pernah berani mengota janjinya.

Saat itulah Harris datang melamar mahu memperisterikan An demi anak-anaknya yang sudah menjadikan An mommy mereka. Harris bukan lelaki idaman An, jauh sekali untuk dijadikan suami.

Biarpun usia An sudah menginjak 33 tahun, tapi dia belum terdesak untuk menamatkan zaman bujang. Apakah akan jadi pada rumahtangga mereka jika kasih sayang tidak akan wujud di antara mereka?

Mampukah kebahagiaan jadi miliknya jika kasih sayang datang dari Yaya dan Lea sahaja? Benar, cinta bukan segalanya. Tetapi penting dalam membina rumahtangga bahagia. Apakah cinta mampu dimilikinya jika cinta lelaki itu hanya pada arwah isterinya?

Pelakon

sunting

Pelakon utama

sunting

Pelakon kanak-kanak

sunting
  • Maryam Annisa sebagai Lea
  • Kiky Hannah sebagai Yaya

Pelakon pembantu

sunting

Penampilan khas

sunting

Rujukan

sunting