Terima Ku Seadanya (lagu 2015)

Lagu Terima Ku Seadanya adalah single ketiga album keempat penyanyi pop handalan Misha Omar yang diterbitkan terlebih dahulu secara digital sebelum dimuatkan dalam pek fizikal album keempat beliau yang bakal diterbitkan oleh M. Nasir. Lagu ini diterbitkan oleh Sony Music Malaysia dengan kerjasama promosi oleh Astro Entertainment. Ia menampilkan kerjasama Misha bersama penyanyi popular Hafiz Suip.

"Terima Ku Seadanya"
Single oleh Misha Omar & Hafiz Suip
Dikeluarkan pada16 Januari 2016
FormatDigital
GenrePop
Panjang4:04
SyarikatSony BMG Music Malaysia
Astro Music Entertainment
PenulisAjai
PenerbitM. Nasir
Kronologi single Misha Omar & Hafiz Suip
"Untuk Bermimpi"
(2013)
"Terima Ku Seadanya"
(2016)
-

RakamanSunting

Lagu ini dirakam di Wake The Baby Studio di bawah penerbitan M. Nasir dan komposer Ajai. Pada bulan November 2014, Misha memuatnaik pradengar lagu ini di laman Instagram namun rakaman vokal yang diterbitkan tidak sama dengan lagu yang dimuatnaik tersebut. Misha kemudian mengumumkan lagu ini bakal menyaksikan kolaborasinya bersama rakan duet baharu iaitu Hafiz Suip setelah mereka pernah menjayakan program Aidilfitri di TV1 beberapa bulan sebelum itu.

Muzik VideoSunting

Video Muzik lagu ini dilancarkan serentak dengan pelancaran single di i-tunes pada 16 Januari 2016 setelah beberapa bulan lagu ini ditunda pelancarannya. Video muzik berkonsep pop-edgy ini dibikin oleh CS Production. Ia menampilkan kisah dua sahabat yang intim namun tidak pernah menyuarakan hasrat hati namun tiba-tiba mendapat peluang kedua untuk meneruskan perhubungan. Ia mengambil lokasi di sebuah kedai kopi hipster dan selebihnya di dalam studio. Imej Misha ditatarias oleh Sheng Shaw dengan rambut pendek boy-cut dan gaun belahan dada. Ia menampilkan sisi segar buat Misha. Hafiz dan Misha sama-sama memakai persalinan berwarna hitam.

PenerimaanSunting

Lagu ini menerima reaksi positif daripada pendengar dan berjaya menduduki tangga ketiga pada hari pertama pelancarannya di Carta Itunes.

PencapaianSunting