Terjun Antarabangsa Menara KL 2008

Terjun Antarabangsa Menara Kuala Lumpur merupakan acara sukan lasak yang diadakan setiap tahun dari puncak Menara Kuala Lumpur. Penerjun yang terlatih menggunakan payung terjun dan mendarat di lapangan sasar di kaki Menara tersebut.

Setelah diadakan selama 9 tahun berturut-turut, tidak ada sebarang kemalangan yang berlaku. Acara yang diadakan ini merupakan sukan yang dipanggil "Terjunan BASE" (BASE Jumping, iaitu akronim dari Building, Antena, Span dan Earth). Sukan lasak ini bermula pada 1980 selepas beberapa penerjun paracut mengubah suai gear dan peralatan payung terjun supaya lebih mencabar dan menyeronokkan. Sukan ini semakin popular di seluruh dunia kerana para peserta dapat melihat pemandangan menarik dan indah yang sukar digambarkan hanya dalam beberapa saat atau minit sahaja dari payung terjun mereka yang bergerak laju.

Sukan berpayung terjun ini mula diadakan pada 3 Oktober 1999 di Menara Kuala Lumpur. Sejak itu diadakan setiap tahun dengan lebih 50 peserta dari seluruh dunia pernah terlibat sama. Setiap peserta mestilah mahir menggunakan payung terjun, alatan geometri, kawasan mendarat, keadaan cuaca semasa dan bertindak mendarat dengan selamat sekiranya cuaca berubah secara tiba-tiba.

Leftenan Aziz Ahmad merupakan orang yang mula-mula membawa sukan terjun bebas ini ke Menara Kuala Lumpur. Beliau meminta kebenaran untuk terjun bebas menggunakan payung terjun pada 1999. Pihak menara bersetuju dengan permintaan ini, dan sejak peristiwa itu acara sukan ini mula diadakan setiap tahun.

Terjun BASE Menara Kuala Lumpur 1999 sunting

Terjunan paracut yang pertama diadakan pada hari Ahad, 3 Oktober 1999 di Menara Kuala Lumpur sempena ulangtahun ke-3 Menara Kuala Lumpur. Sukan ini disenaraikan dalam Malaysia Book Of Record.Antara peserta pertama ialah Kapten Abdul Rahmat Omar, Leftenan Aziz Ahmad dan Martin Dumas dari Kanada. Mereka terjun dari paras TH 05 setinggi 300 meter.

Terjun Antarabangsa Menara KL 2001 sunting

Pada 1 Februari 2001, seramai 50 peserta dari seluruh dunia turut serta sempena ulang tahun Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Sebanyak 434 terjunan lengkap telah diadakan dan diktiraf oleh persatuan penerjun antarabangsa.

Terjun Antarabangsa Menara KL 2002 sunting

Setelah kejayaan terjunan di Menara Kuala Lumpur, ia diperluaskan ke Menara Alor Setar, di Kedah. Ia diadakan pada 31 Januari 2002 sempena ulang tahun kelahiran Sultan Kedah. Di Kuala Lumpun pula diadakan pada 3 Februari 2002 sempena ulang tahun Hari Wilayah Persekutuan. Lebih 40 peserta dari seuruh dunia terlibat.

Malaysia International Championship of Xtreme Skydive 2002 sunting

Menara Kuala Lumpur terlibat dalam Kejohanan Dunia BASE 2002. Ia diadakan pada 28 Disember 2002 - 5 Januari 2003 dan dianjurkan oleh MIXSA – Malaysia International Extreme Skydive Association. Seramai 57 peserta dari 16 negara mengambil bahagian.

Malaysia International Championship of Xtreme Skydive 2003 sunting

Menara Kuala Lumpur menjadi tuan rumah Kejohanan Skydive Extreme - kategori acrobatik aereal. Ia diadakan dari 28 Disember 2003 hingga 5 Januari 2004.

Terjun Antarabangsa Menara KL 2004 sunting

Terjunan bebas diadakan di Kuala Lumpur dan Alor Setar. Lebih 40 peserta penerjun BASE terlibat selama 2 hari iaitu pada 13 dan 14 Mac 2004 dan 18 Mac di Menara Alor Setar.

Terjun Antarabangsa Menara KL 2005 sunting

Terjun Antarabangsa Menara KL 2005 atau singkatnya KLITJ2005 disertai 300 terjunan di Menara Alor Setar oleh 12 penerjun. Di Kuala Lumpur pula disertai 46 peserta dengan 650 terjunan. Ia diadakan pada 23-25 September di Menara Alor Setar. Di Menara Kuala Lumpur diadakan pada 1-2 Oktober 2005.

Terjunan BASE Rekod Dunia 24 jam sunting

Pada 31 Disember 2005, Gary Cunningham dari Australia berjaya melakukan 133 lompatan dalam masa 24 jam dengan dibantu oleh 12 pembantu yang menyiapkan paracut.

Terjunan Antarabangsa BASE Menara Lumpur 2006 sunting

Acara ini diadakan pada 12-27 Ogos 2006 di lima menara iaitu:

  1. Menara Tun Mustapha, Sabah – 12-13 Ogos 2006
  2. Menara Pelita, Sarawak – 15 Ogos 2006
  3. Menara Alor Star, Kedah – 17-18 Ogos 2006
  4. Menara KOMTAR, Penang – 20 Ogos 2006
  5. Menara Kuala Lumpur – 25-27 Ogos 2006

Seramai 68 penerjun BASE dari seluruh dunia turut terlibat.

Terjunan Antarabangsa Menara KL Litar Merdeka 2007 sunting

Seramai 98 penerjun antarabangsa dan profesional hadir sempena 50 tahun Kemerdekaan Malaysia.Diadakan selama 3 minggu iaitu dari 8-26 Ogos 2007 termasuk 6 bangunan dan 5 negeri berbeza di Malaysia. 2780 terjunan berjaya dilakukan. Menara TM atau Menara Rebung menjadi lokasi baru lagi mencabar kerana reka bentuknya yang unik. Menara lain yang terlibat ialah:

  1. Menara Pelita, Sarawak – 8 Ogos 2007
  2. Menara Tun Mustapha, Sabah – 11-12 Ogos 2007
  3. Menara Alor Star, Kedah – 16-17 Ogos 2007
  4. Menara KOMTAR, Penang – 19 Ogos 2007
  5. Menara Kuala Lumpur – 24-26 Ogos 2007
  6. Menara Telekom Malaysia, Kuala Lumpur- 26t Ogos 2007

Terjunan Antarabangsa Menara KL Litar Merdeka 2008 sunting

Terjunan ini diadakan pada 30 - 31 Ogos 2008 sempena Hari Kemerdekaan Malaysia.

Rujukan sunting