Terlalu Rindu

Terlalu Rindu ialah album studio pertama oleh penyanyi wanita Malaysia, Eleena Harris. Ia dikeluarkan pada 9 September 2016 oleh Mixology Music dan FMC Music.

Terlalu Rindu
Album studio oleh
Dilancarkan pada
9 September 2016
Dirakamkan pada
2015–2016
GenrePop, R&B
Panjang25:30
SyarikatMixology Music, FMC Music
Single dari album Terlalu Rindu
  1. "Terlalu Rindu"
    Tarikh keluaran: 23 April 2015
  2. "Hanya Dirimu"
    Tarikh keluaran: 24 Oktober 2016
  3. "Iya Iya"
    Tarikh keluaran: 17 Mac 2017

Latar belakangSunting

Album ini mengambil masa setahun untuk disiapkan. Dalam kulit album ini, ia menampilkan Eleena Harris berdiri di latar belakang biru muda, dengan namanya terletak di tengah namun tajuk album tidak dipaparkan.

Promosi dan singleSunting

"Terlalu Rindu" ialah lagu hasil nukilan Eleena sendiri, dikeluarkan sebagai single pertama pada 23 April 2015, ia terpilih sebagai lagu tema drama Alaa Bib.. lakonan Risteena Munim. Dalam temuramah bersama Harian Metro, Eleena tidak terkilan mahupun kecewa apabila ada pihak menganggap lagu "Terlalu Rindu" lebih popular berbanding dirinya, dan juga berkata "Sebagai penyanyi baru, saya sangat gembira apabila lagu "Terlalu Rindu" mendapat tempat di hati peminat selepas setahun diputarkan di corong radio tempatan. Apatah lagi, lagu ini adalah sentuhan dan ciptaan sepenuhnya saya sendiri".[1]

Senarai runutSunting

No. Tajuk Masa
1. "Terlalu Rindu"   3:57
2. "Hanya Dirimu" (bersama Mark Adam) 3:47
3. "Alangkah Gembira"   3:28
4. "Seperti Kau"   3:24
5. "My Heart"   3:18
6. "Bahagiakan Ku"   3:52
7. "Iya Iya"   3:32
Jumlah masa:
25:30

Sejarah keluaranSunting

Negara Tarikh keluaran Format Label
Malaysia 9 September 2016 CD,[2] Muat turun digital,[3] Media penstriman[4] Verve Forecast, UMG

RujukanSunting

  1. ^ "20 lagu dalam simpanan". Harian Metro. 5 Mei 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-06. Dicapai pada 17 Mac 2017.
  2. ^ "Terlalu Rindu CD + Digital Album". FMC Music. Dicapai pada 17 Mac 2017.
  3. ^ "Terlalu Rindu by Eleena Harris". iTunes. Dicapai pada 17 Mac 2017.
  4. ^ "Terlalu Rindu by Eleena Harris". Spotify. Dicapai pada 17 Mac 2017.