Terlanjur Cinta (drama web)

Terlanjur Cinta ialah sebuah siri drama televisyen web Malaysia 2024 arahan Izuan Mokhtar dengan skrip oleh Erma Fatima. Dibintangi oleh Puteri Balqis, Syafiq Kyle, Syafie Naswip, Khir Rahman dan Umie Aida, ia memulakan tayangan perdana di platform penstriman Viu dari 14 Mac sehingga 6 April 2024 setiap Khamis hingga Sabtu.[1][2]

Terlanjur Cinta
Genre
PenciptaErma Fatima
Ditulis olehErma Fatima
PengarahIzuan Mokhtar
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Terus Hidup" oleh Aina Abdul
Lagu penutup"Terus Hidup" oleh Aina Abdul
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod12
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Kingsley Warner (Viu)
  • Imillya Irwani Roslan (Viu)
  • Steven Lim Tze Siang (Viu)
PenerbitErma Fatima
PenyuntingWan A. Ruzwan
SinematografiJack Rahmad
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran40–45 minit
Syarikat penerbitan
Rumah Karya Citra
Penyiaran
Saluran asalViu
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal14 Mac 2024 – 6 April 2024
Pautan luar
Laman sesawang

Sinopsis sunting

Demi menyelamatkan abangnya, seorang penagih dadah bernama Salleh, dari penjara dan menyelamatkan keluarganya dari belenggu kemiskinan, Aishah menerima lamaran seorang duda tua, Pak Majid. Ini menyebabkan Aishah mengenepikan percintaan beliau dengan rakannya, Amir. Walaupun berbeza umur, sikap Pak Majid yang berbudi bahasa dan menawan menyebabkan Aishah jatuh cinta padanya.

Walaubagaimanapun, harapan Aishah untuk bahagia berkecai apabila Pak Majid kembali daripada kerja luarnya bersama isteri kedua. Kini, Aishah perlu berjuang untuk mengekalkan kehidupan baharunya. Sementara itu, Amir yang menunggu Aisyah mempersoalkan dirinya, samada beliau masih berpeluang memberikan kebahagiaan kepada Aisyah.

Pelakon sunting

Pelakon undangan

Penerbitan sunting

Terlanjur Cinta diumumkan sebagai salah satu daripada 5 siri Viu Originals untuk tayangan bagi tahun 2023 dalam satu sidang media pada 1 Disember 2022.[6] Ia menjadi drama Ramadan pertama yang disiarkan di Viu dan menjadi kolaborasi sulung Erma Fatima di bawah syarikat miliknya, Rumah Karya Citra bersama platform penstriman tersebut.[7][8]

Keluaran sunting

Terlanjur Cinta memulakan tayangan perdana di Viu bermula 14 Mac 2024 dan disiarkan setiap Khamis hingga Sabtu.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f g h i j "Drama Terlanjur Cinta (Viu)". My Infotaip. 21 Mac 2024. Dicapai pada 29 Mac 2024.
  2. ^ "Akan Datang: TERLANJUR CINTA, Drama Bersiri Viu Original". Backstage. 7 Mac 2024. Dicapai pada 1 April 2024.
  3. ^ Syafil Syazwan Jefri (14 Mac 2024). "Jiwa 'Esah' melekat". Harian Metro. Dicapai pada 29 Mac 2024.
  4. ^ Syafil Syazwan Jefri (20 Mac 2024). "Umie masih 'berbisa'". Harian Metro. Dicapai pada 1 April 2024.
  5. ^ Amin Hazlan (8 Mac 2024). "6 bulan asingkan diri bukan sebab anti sosial, cara Syafi Tee fokus selepas terpalit kontroversi". mStar Online. Dicapai pada 1 April 2024.
  6. ^ Rubini Nagarajah (2 Disember 2022). "Viu Malaysia Umum 5 'Viu Original' Untuk Tahun 2023 Termasuk 'Nenek Bongkok Tiga'". Getaran. Dicapai pada 31 Disember 2022.
  7. ^ "(HIBURAN) Viu Malaysia persembahkan Viu Original pertama sempena Ramadan, Terlanjur Cinta". Galaksi Media. 7 Mac 2024. Dicapai pada 29 Mac 2024.
  8. ^ Yasmin Zulraez (26 Mac 2024). "Promising romance and drama" (dalam bahasa Inggeris). The Sun Daily. Dicapai pada 29 Mac 2024.

Pautan luar sunting