Terusan Suez atau Terusan Suways (Jawi: تروسن سويز atau تروسن سويس‎; Arab: قناة السويس, rumi: Qanāt al-Suways) merupakan terusan buatan manusia yang terbesar di dunia merentasi Ismus Suez dari Port Said di Laut Mediterranean ke Pelabuhan Tewfik di bandar Suez menghadap Laut Merah di Semenanjung Sinai, dua-dua dalam negara Mesir; panjang ia 163 kilometer (101 batu) dan lebarnya 300 m (984 kaki). Terusan tersebut terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian utara dan selatan tasik besar Bitter yang menyambungkan Laut Tengah sehingga ke Teluk Suez di Laut Merah.

Terusan Suez, dilihat dari orbit Bumi.

Sebanyak lebih 18,500 buah kapal dagang melalui terusan ini pada tahun 2020, dengan kadar rata-rata 51.5 buah kapal sehari.[1][dated info]

Terusan ini membenarkan laluan air dua hala antara Eropah dan Asia tanpa perlu mengelilingi benua Afrika lalu menjadi kepentingan dua-dua rantau benua ini. Sebelum pembukaannya dalam tahun 1869, barang dagangan dipunggah keluar dari kapal dan diangkut melalui kenderaan darat di antara dua laut tersebut.

Sejarah sunting

Pembinaan sunting

Semasa Perang-Perang Dunia sunting

Terusan ini yang saat itu berada di bawah kekuasan British menjadi sasaran serangan bersama pasukan-pasukan Jerman dan Turki Uthmaniyah kerana kedudukan ia yang sangat strategis menghubungkan laut-laut Tengah dan Merah lalu direbutkan antara pihak Sekutu dan Paksi.[2]

Krisis Suez sunting

Semasa konflik Arab-Israel sunting

Abad ke-21 sunting

Pada 23 Mac 2021 jam 05:40 UTC atau 07:40 waktu tempatan),[3] suatu kapal kontena kelas Golden bernama Ever Given[4] dikendalikan Evergreen Marine terkandas akibat suatu tiupan angin kuat dalam laluan terusan di pertenngahan jalan dari Cina ke Belanda[3] sehingga menyekat bahagian tunggal[5] laluan tersebut.[6][3] Kejadian ini banyak menjejaskan perdagangan minyak[7][8] dan barangan yang ditampung kapal-kapal menyusul yang tidak mampu meneruskan perjalanan sehingga dikhuatiri mampu mejejaskan ekonomi dunia secara drastik.

Pengendalian sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Yeung, Jessie (26 Mac 2021). "Suez Canal authorities need to remove up to 706,000 cubic feet of sand to free the Ever Given". CNN. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Mac 2021. Dicapai pada 26 Mac 2021.
  2. ^ Taufik Adi Susilo (2010). "Terusan Suez". Ensiklopedi Pengetahuan Dunia Abad 20. Yogyakarta: Javalitera. m/s. 62.
  3. ^ a b c "Egypt's Suez Canal blocked by huge container ship". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 2021-03-24. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Mac 2021. Dicapai pada 24 Mac 2021.
  4. ^ Schkvarkin, Erofey (23 Mac 2021). "Mega container ship hard aground in Suez Canal". Maritime Bulletin (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Mac 2021. Dicapai pada 23 Mac 2021.
  5. ^ "Suez Canal Stays Blocked Despite Efforts to Free Stuck Ship". Bloomberg.com (dalam bahasa Inggeris). 2021-03-24. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Mac 2021. Dicapai pada 2021-03-24.
  6. ^ "Massive cargo ship becomes wedged, blocks Egypt's Suez Canal". AP NEWS. 2021-03-24. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Mac 2021. Dicapai pada 2021-03-24.
  7. ^ "How will Suez Canal blockage impact global trade?". The Independent (dalam bahasa Inggeris). 2021-03-24. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Mac 2021. Dicapai pada 25 Mac 2021.
  8. ^ "'Anything you see in the stores' could be affected by Canal logjam, shipping experts say". NBC News (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Mac 2021. Dicapai pada 25 Mac 2021.