Testament Politik API

Testament Politik API merupakan dokumen politik hasil susunan Ahmad Boestamam, Ketua satu Angkatan Pemuda Insaf (API), yang menggariskan program perjuangan API untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu.

Testament Politik API
Kulit Hadapan
Umum
PengarangAhmad Boestamam
NegaraMalaya
BahasaMelayu
GenreManifesto, teori politik
Penerbitan
PenerbitMalayan Printers, Kuala Lumpur
Tarikh penerbitan
21 Disember 1946
Halaman27

Dokumen ini diterbitkan oleh Lembaga Tertinggi API pada 21 Disember 1946, dan dicetak oleh Malayan Printers, Kuala Lumpur.


Isi kandungan sunting

Dokumen ini setebal 27 halaman termasuk dua halaman petikan kata-kata beberapa orang pemimpin besar seperti Sukarno, Mohammad Hatta dan Subhas Chandra Bose.

Testament ialah salah satu manifesto politik di Tanah Melayu dan disebarkan kepada peserta Kongres API se-Malaya yang berlangsung di Melaka pada 22, 23 dan 24 Disember 1946.

Analisis sunting

Ianya cuba menerangkan tentang kebangkitan pergerakan tanpa mengira ras tenaga pemuda dan pemudi di Malaya dan di seluruh dunia. Mereka berjuang demi kemerdekaan tanah air masing-masing berlandaskan keyakinan dan kepercayaan terhadap diri sendiri.

Diharamkan British sunting

Pada 13 Mac 1947, Ahmad Boestamam selaku Ketua Angkatan Pemuda Insaf (API) telah ditahan oleh polis dan Special Branch Kerajaan Kolonial British dan dihadapkan ke mahkamah atas 3 tuduhan:

PERTAMA: Pada 21 Disember 1946, mengeluarkan sebuah buku kecil bernama "Testament Politik API" di Kuala Lumpur yang mengandungi perkataan-perkataan menghasut dan juga mengeluarkan perkataan "Merdeka Dengan Darah", iaitu perbuatan menghasut mengikut undang-undang.

KEDUA: Menerbitkan buku kecil tersebut adalah salah di sisi undang-undang.

KETIGA: Mencetak buku kecil tersebut, dituduh salah mengikut undang-undang seperti tuduhan kedua.

Ahmad Boestamam yang dibela oleh peguam John Eber (Malayan Democratic Union) telah didapati bersalah atas ketiga-tiga tuduhan dan dikenakan hukuman denda $1,000 atau 6 bulan penjara kerjaberat untuk tuduhan pertama, $200 atau 1 bulan penjara untuk tuduhan kedua, dan $200 atau 1 bulan penjara untuk tuduhan ketiga.[1]

Dengan bantuan wang dari rakan-rakan perjuangannya, beliau memilih untuk membayar denda bagi mengelak dari dipenjara.

Empat bulan kemudian, pada 16 Julai 1947, Angkatan Pemuda Insaf (API) telah diharamkan oleh Kerajaan Kolonial British.

Rujukan sunting