Tetris 99[a] adalah sebuah versi Tetris, sebuah permainan video pemadan jubin, yang berada dalam talian dan percuma, yang dikembangkan oleh Arika, dan diterbitkan oleh Nintendo untuk Nintendo Switch pada Februari 2019. Menggabungkan elemen genre battle royale, Tetris 99 mempunyai hingga 99 pemain yang bersaing secara serentak untuk menyiapkan barisan dengan tetromino yang jatuh, yang seterusnya menghantar serangan dalam bentuk "barisan sampah" kepada pemain lain dengan tujuan untuk mengeluarkannya dari permainan.

Tetris 99
PembangunArika
PenerbitNintendo
PengarahRyuichi Nakada
Akito Kitamura
PengeluarIchirou Mihara
Hitoshi Yamagami
Akira Kinashi
PerekaAkito Kitamura
Makoto Hasebe
PengaturcaraHitoshi Hirashima
KomposerTeruo Taniguchi
SiriTetris
EnjinNintendoWare Bezel Engine
PlatformNintendo Switch
Pelepasan13 Februari, 2019
Pelancaran fizikal
  • JP: 9 Ogos, 2019
  • NA: 6 September, 2019
  • EU: 20 September, 2019
GenreTeka-teki, battle royale
ModPemain tunggal, multipemain

Arika kemudiannya mengembangkan permainan serupa yang dinamakan Super Mario Bros. 35, tetapi ia melibatkan permainan NES, Super Mario Bros. dan mempunyai maksimum 35 pemain.

TatamainSunting

Tetris 99 adalah sebuah permainan teka-teki multipemain di mana 99 pemain bermain satu sama lain pada masa yang sama, dengan tujuan untuk menjadi pemain terakhir yang berada. Seperti formula Tetris tradisional, pemain memutar dan menjatuhkan blok yang dikenali sebagai tetromino ke sebuah papan. Pemain dapat membersihkan tetromino dengan melengkapkan barisan sepanjang kedua-dua belah sisi, manakala pemain akan kalah jika tetromino melimpah keluar dari atas papan. Seperti peraturan Tetris biasa, pemain memiliki pilihan untuk menyimpan sebuah blok tetromino untuk ditukarkan bila-bila sahaja. Dengan melengkapkan beberapa barisan sekali gus atau melakukan penghapusan secara berbaris secara berturut-turut, pemain dapat menghantar "sampah" kepada pemain lain, yang akan muncul di papan mereka kecuali jika mereka dapat menghapuskan barisan dengan cepat sebagai tindak balas. Lebih banyak sampah dapat dihantar dengan menyelesaikan gerakan kombinasi berturut-turut dengan membuat "tetris" (mempadankan 4 baris sekali gus) atau melakukan "T-spin" (memasukkan tetromino berbentuk T ke dalam posisi yang tidak mungkin dicapai tanpa memutarkannya dengan cepat).[1]

Semasa permainan, grid kecil yang mewakili 98 pemain lain dipamerkan di sisi papan utama. Pemain boleh memilih untuk menyasar pemain secara individu, atau membiarkan komputer secara automatik menyasar pemain lain berdasarkan salah satu daripada empat kriteria: pemain rawak, mereka yang menyasar pemain, mereka yang hampir dikalahkan, dan mereka yang memiliki lencana. Lencana diperoleh dengan mengeluarkan pemain dengan sampah (atau barisan kelabu), yang memberi sekepingan daripada lencana itu, bersama dengan lencana atau kepingan lain yang dimiliki oleh pemain yang dikalahkan. Semakin banyak lencana yang dilengkapkan dan dimiliki oleh pemain, semakin banyak barisan yang dapat mereka hantar kepada pemain lain pada satu masa (sehingga peningkatan 100%). Pada akhir permainan, pemain akan memperoleh poin pengalaman yang akan meningkatkan tahap mereka. Permainan ini secara berkala menampilkan acara "Piala Maximus" khas;[2] salah satu Piala Maximus yang pertama diadakan pada bulan Mac 2019, di mana pemain-pemain yang memperoleh jumlah kemenangan tertinggi dalam tempoh satu hujung minggu akan mendapat ganjaran dalam program kesetiaan My Nintendo.[3] Sebilangan besar acara ini menawarkan peluang kepada pemain untuk memperoleh tema khas dalam permainan berdasarkan permainan Nintendo Switch yang lain.[4][5]

Pada bulan Mei 2019, Nintendo melancarkan kandungan muat turun berbayar (DLC) untuk permainan itu, yang dinamakan Big Block DLC. DLC itu menambah 4 mod luar talian secara keseluruhan: CPU Battle, di mana pemain berperang dengan 98 pemain bot; Marathon, di mana pemain main permainan Tetris tanpa henti, dan dicabar untuk mencapai skor tertinggi; Local Arena, di mana sehingga lapan pemain Nintendo Switch bermain di arena yang sama melalui wayarles tempatan; dan Two Player Share Battle, di mana dua pemain berkongsi joy-con dan main permainan yang sama dalam koperasi tempatan.[6]

PembangunanSunting

Tetris 99 diumumkan semasa persembahan Nintendo Direct pada 13 Februari 2019, dan dilancarkan pada hari itu. Ia tersedia secara percuma khusus untuk pemain yang telah melanggan perkhidmatan Nintendo Switch Online.[7] Nintendo melancarkan sebuah versi fizikal permainan itu di Jepun pada 9 Ogos 2019, di Amerika Utara pada 6 September 2019, dan di Eropah pada 20 September 2019. Edisi fizikal itu mengandungi kandungan Big Block DLC dan sebuah baucar bagi 12 bulan Nintendo Switch Online.[8][9][10]

PenerimaanSunting

Penerimaan
Markah agregat
PengagregatMarkah
Metacritic83/100[15]
Markah ulasan
PenerbitanMarkah
Game Informer8.5/10[11]
GameSpot8/10[12]
IGN8.5/10[13]
NintendoLife          [16]

Setelah dilancarkan, Tetris 99 menerima "ulasan yang disukai secara umum" menurut agregator ulasan Metacritic.[15] Menurut IGN, Tetris 99 adalah "pandemonium yang luar biasa dalam botol battle royale" dan bahawa "jumlah pemain yang besar benar-benar meningkatkan intensitinya."[17] The Telegraph mengatakan permainan ini "lebih sengit daripada Fortnite" dan "semenarik seperti pertarungan permainan video yang lain."[18]

Semasa taklimat hasil kewangan, presiden Nintendo Shuntaro Furukawa melaporkan bahawa Tetris 99 telah dimainkan oleh lebih daripada 2.8 juta pemaian pada April 2019. Furukawa juga menyatakan bahawa permainan ini telah meningkatkan "penglibatan pengguna" dengan Nintendo Switch.[19]

Alexey Pajitnov, pencipta Tetris yang asal, menyatakan bahawa dia "menyukai permainan itu" dan menyatakannya sebagai "salah satu permainan Tetris terbaik tahun lalu. Saya sangat suka apa yang dilakukan."[20]

AnugerahSunting

Tahun Anugerah Kategori Keputusan Rujukan
2019 Anugerah Golden Joystick 2019 Pemain Multipemain Terbaik Tercalon [21]
Permainan Nintendo Terbaik Tahunan Tercalon
Anugerah Titanium Permainan Keluarga/Sosial Terbaik Tercalon [22]
Anugerah Permainan 2019 Pemain Multipemain Terbaik Tercalon [23]
2020 Anugerah Permainan New York Anugerah Zoo Kanak-kanak Central Park bagi Permainan Terbaik Kanak-kanak Tercalon [24]
Anugerah DICE Tahunan ke-23 Pencapaian Terbaik dalam Tatamain Dalam Talian Tercalon [25]
Anugerah NAVGTR Kejuruteraan Tercalon [26]
Reka Bentuk Permainan, Francais Tercalon
Permainan, Teka-teki Tercalon

CatatanSunting

  1. ^ Jepun: テトリス99 Hepburn: Tetorisu 99?

RujukanSunting

  1. ^ Kim, Matt (February 20, 2019). "Insane Tetris 99 Highlights From Players Better Than You'll Ever Be". USGamer. Diarkib daripada yang asal pada February 21, 2019. Dicapai pada February 20, 2019.
  2. ^ Gach, Ethan (February 14, 2019). "Tetris 99 Has No Tutorial, So Here's What You Need To Know". Kotaku. Diarkib daripada yang asal pada February 14, 2019. Dicapai pada February 14, 2019.
  3. ^ Phillips, Tom (March 6, 2019). "Tetris 99's first tournament has an enticing Nintendo Point prize pool". Eurogamer. Diarkib daripada yang asal pada March 6, 2019. Dicapai pada March 7, 2019.
  4. ^ https://www.gamesradar.com/splatoon-is-coming-to-tetris-99-in-a-special-crossover-maximus-cup/
  5. ^ https://www.gamespot.com/articles/tetris-99s-ring-fit-crossover-event-now-live/1100-6476381/
  6. ^ "A blockbuster battle royale!". Nintendo of Europe GmbH (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-07-31.
  7. ^ Alexander, Julia (February 13, 2019). "Tetris is now a battle royale game with Tetris 99". The Verge. Diarkib daripada yang asal pada February 14, 2019. Dicapai pada February 14, 2019.
  8. ^ Watts, Steve (July 9, 2019). "Tetris 99 Getting Nintendo Switch Physical Release This Fall". GameSpot. Diarkib daripada yang asal pada July 9, 2019. Dicapai pada July 9, 2019.
  9. ^ Jenni (July 9, 2019). "Tetris 99 Physical Copies Will Be Released In Europe And Japan". Siliconera. Diarkib daripada yang asal pada July 9, 2019. Dicapai pada July 9, 2019.
  10. ^ "Now you can own a physical version of #Tetris99 with all of the latest DLC AND a 1-year #NintendoSwitchOnline subscription for $29.99. Grab your copy in stores and start playing on 9/6". Nintendo of America's official Nintendo Vs. Twitter account. July 16, 2019. Diarkib daripada yang asal pada July 16, 2019. Dicapai pada February 2, 2020.
  11. ^ Hilliard, Kyle (Februari 18, 2019). "Tetris 99 Review – Winner Winner, Tetris Dinner". Game Informer. Diarkib daripada yang asal pada Februari 19, 2019. Dicapai pada Februari 19, 2019.
  12. ^ Brown, Peter (Februari 21, 2019). "Tetris 99 Review - Embrace The Chaos". GameSpot. Diarkib daripada yang asal pada Februari 24, 2019. Dicapai pada Februari 23, 2019.
  13. ^ Petite, Steven (February 19, 2019). "Tetris 99 Review". IGN. Dicapai pada February 20, 2019.
  14. ^ Anagund (Februari 19, 2019). "Test : Tetris 99 : Plus intense que le plus intense des Battle Royale !". Jeuxvideo (dalam bahasa Perancis). Diarkib daripada yang asal pada Februari 20, 2019. Dicapai pada Februari 20, 2019.
  15. ^ a b "Tetris 99". Metacritic (dalam bahasa Inggeris). Diarkib daripada yang asal pada Februari 20, 2019. Dicapai pada Februari 17, 2019. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "mc" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  16. ^ Craddock, Ryan (Februari 15, 2019). "Tetris 99 Review (Switch eShop)". Nintendo Life. Diarkib daripada yang asal pada Februari 15, 2019. Dicapai pada Februari 15, 2019.
  17. ^ Petite, Steven (February 19, 2019). "Tetris 99 Review". IGN. Dicapai pada February 20, 2019.
  18. ^ Hoggins, Tom (February 24, 2019). "Tetris 99 review: Classic puzzler battle royale is fiercer than Fortnite". The Daily Telegraph. Diarkib daripada yang asal pada March 4, 2019. Dicapai pada April 2, 2019.
  19. ^ Doolan, Liam (April 25, 2019). "9.8 Million Switch Owners Have Signed Up To The Online Service And 2.8 Million Have Played Tetris 99". Nintendo Life. Dicapai pada April 26, 2019.
  20. ^ Lopez, Alan (June 17, 2019). "Feature: Tetris Creator Alexey Pajitnov On Tetris 99, Tetris Comics And His Favourite Tetris Piece". Nintendo Life. Diarkib daripada yang asal pada June 16, 2019. Dicapai pada June 17, 2019.
  21. ^ "Golden Joystick Awards 2019". GamesRadar+. Diarkib daripada yang asal pada September 28, 2019. Dicapai pada November 26, 2019.
  22. ^ "Titanium Awards 2019". Fun & Serious Game Festival. Diarkib daripada yang asal pada November 21, 2019. Dicapai pada November 26, 2019.
  23. ^ Weber, Rachel (November 19, 2019). "All The Game Awards nominations for 2019". GamesRadar+. Diarkib daripada yang asal pada November 21, 2019. Dicapai pada November 19, 2019.
  24. ^ Sheehan, Gavin (January 2, 2020). "The New York Game Awards Announces 2020 Nominees". Bleeding Cool. Diarkib daripada yang asal pada January 4, 2020. Dicapai pada January 4, 2020.
  25. ^ Chalk, Andy (January 13, 2020). "Control and Death Stranding get 8 nominations each for the 2020 DICE Awards". PC Gamer. Diarkib daripada yang asal pada January 27, 2020. Dicapai pada January 20, 2020.
  26. ^ "2019 Nominees". National Academy of Video Game Trade Reviewers. January 13, 2020. Diarkib daripada yang asal pada January 27, 2020. Dicapai pada January 20, 2020.

Pautan luaranSunting