Tetsuo Kurata (Jepun: 倉田 てつを, Hepburn: Kurata Tetsuo, Wilayah Kanagawa, 11 September, 1969) merupakan seorang pelakon serta pentadbir siri televisyen, pementasan dan filem Jepun, paling dikenali kerana melakonkan watak Kotaro Minami, watak utama siri tokusatsu televisyen Kamen Rider Black serta sambungannya, Kamen Rider Black RX. Pada umur 19 tahun dia memulakan lakonan sulungnya dalam Black, dan sejak daripada itulah dia membuat penampilan dalam banyak siri televisyen lain serta dorama Jepun. Nama kelahirannya ialah Tetsuo Takayama (Jepun: 高山 哲夫, Hepburn: Takayama Tetsuo).

Tetsuo Kurata
Kelahiran
Tetsuo Takayama

(1969-09-11) 11 September 1969 (umur 54)
PekerjaanPelakon, penghibur, pengendali restoran
Tahun aktif1987–sekarang

Biografi sunting

Kurata menjalani uji bakat bagi watak Kotaro Minami pada Januari 1987, semasa dia baru sahaja tamat pengajian di sekolah tinggi. Semasa temu ramah tahun 2006, Kurata menyatakan bahawa semasa uji bakat, dia tidak berupaya melakonkan peri laku watak tersebut, dan menyangka dia tidak mungkin diberikan watak tersebut. Namun, dia terperanjat apabila dia dipilih sendiri oleh Shōtarō Ishinomori untuk melakonkan watak utama, menewaskan lebih kurang 8,000 peserta lain. Dalam tempoh tersebut, Kurata menjalani latihan intensif termasuklah teknik pertarungan atas pentas, sesi senaman fizikal, lakonan serta pelajaran nyanyian.

Pada 4 Oktober 1987, Kamen Rider Black mula disiarkan di saluran TBS kepada umum. Kejayaan siri tersebut yang mengandungi 51 episod kesemuanya menjana minat eksekutif Toei Company untuk membangunkan siri sambungannya, sesuatu yang belum pernah dilakukan dalam francais Siri Kamen Rider. Setelah menyelesaikan kerjayanya dalam Black, Kurata dihampiri Toei untuk memperbaharui kontraknya selama setahun lagi sebagai tukaran kepada kenaikan gaji untuk berlakon dalam sambungan Black, Kamen Rider Black RX. Siri kedua ini tidak mencapai tahap kejayaan yang sama seperti pendahulunya berikutan jalan cerita yang agak lucu dan komikal, berbeza dengan pendahulunya yang mempunyai jalan cerita yang gelap dan suram. Semasa temu ramah majalah tahun 1989, Kurata berkata dia lebih gemarkan Black daripada Black RX, dengan mengatakan unsur humor di dalam Black RX adalah "berlebihan". Adalah dikhabarkan bahawa Kurata menolak jemputan seterusnya untuk melakonkan semula watak Kotaro kerana bimbang akan dikaitkan dengan watak lakonannya itu, namun ia tidak pernah disahkan.

Setelah tamat siri Black RX, Kurata membuat penampilan dalam siri televisyen dan dorama sebagai watak sokongan. Dia tidak mendapat sebegitu banyak tumpuan umum setelah meninggalkan industri hiburan buat seketika, tetapi kemudian dia kembali untuk melakonkan suara Kotaro Minami/Kamen Rider Black dalam Kamen Rider: Seigi No Keifu, di samping penampilannya dalam Battle of the Cooking Iron (Ore Gohan) serta berdepan dengan Takayuki Tsubaki, yang dikenali kerana watak lakonannya dalam Kamen Rider Blade.

Pada tahun 2009, Kurata kembali semula sebagai Kotaro Minami dalam filem Decade: All Riders vs. Dai-Shocker serta membuat penampilan ringkas di dalam Kamen Rider Decade, melakonkan semula wataknya sebagai Kotaro Minami.

Bagi mengisi masa lapangnya, Kurata memiliki sebuah restoran stik yang dipanggil Billy the Kid di Kōtō, Tokyo serta berlakon dari masa ke semasa dalam drama TV dan lakonan pentas.

Sebahagian filmografi sunting

Lagu tokusatsu sunting

(1987) Kamen Rider Black

  • Tema pembukaan Kamen Rider Black
  • Tema penutuk filem pertama Ore no Seishun

(1988) Kamen Rider Black RX

  • Tema masukan Kuroi Yuusha

Siri televisyen sunting

Pautan luar sunting