Tetuang (Jawi: تتواڠ, juga tentuang تنتواڠ‎), tuang-tuang (Jawi: تواڠ٢, juga dahulunya توڠ٢‎) atau bergoh[1] ialah suatu alat tiup dalam kalangan masyarakat Melayu Pantai Timur Semenanjung Malaysia[2] diperbuat daripada tanduk kerbau jantan[3] atau lembu.[4] Ia juga boleh merujuk kepada alat berupa suatu seruling buluh (terutamanya di Natuna) atau kulit siput digunakan dalam kalangan masyarakat Orang Laut di pulau Lingga, kepulauan Riau.[5]

Kegunaan sunting

Ia dahulu lazim sebagai alat komunikasi, lebih-lebih lagi menghimpunkan sesama nelayan untuk berkumpul atau berlayar[1] atau untuk memberitahukan perkara kecemasan.[2] Suku Sekak orang Laut yang menduduki perairan antara pulau-pulau Bangka dan Belitung misalnya mempunyai aturan tiupan bermaksud isyarat tertentu iaitu:[5]

  • 1 tiupan pendek, 2 tiupan panjang: "kami di sini, tiada bahaya"
  • 2 tiupan pendek: "kami menghampiri pantai dengan tangkapan banyak"
  • 3 tiupan panjang: "kami dalam bahaya, kami perlukan bantuan".

Ia juga pernah digunakan untuk menghalau haiwan liar serta menyeru panggilan solat Subuh; meskipun kemajuan teknologi menjadikan fungsi ini lewah, penggunaan ia masih diteruskan bahkan diterapkan dalam adat istiadat tradisi seperti pertunjukan silat, menyambut tetamu kehormat atau upacara diraja terganding bersama ibu dan anak gendang serta gamelan membarisi nobat untuk tujuan-tujuan adat sedemikian.[6]

Alat tuang-tuang buluh ada dicatatkan untuk tujuan mengejutkan anak dilahirkan yang didapati masih tidak menunjukkan tanda sedar.[7]

Rujukan sunting

  1. ^ a b Norhaspida Yatim (9 Julai 2020). "Hidupkan kembali alat komunikasi Melayu klasik". Sinar Harian. Dicapai pada 26 Oktober 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  2. ^ a b Suhaimi bin Osman, (Mei-Ogos 2018). "Kumpulan Muzik Erofon" (PDF). Berita JMM. Jabatan Muzium Malaysia. 25 (2): 25. ISSN 2231-8321. Check date values in: |publication-date= (bantuan)CS1 maint: extra punctuation (link)
  3. ^ Rosilawati Rosedi (14 Januari 2020). "Tetuang, trompet warisan Melayu hasilkan tiupan klasik". Sinar Harian. Dicapai pada 26 Oktober 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  4. ^ Roselan Ab Malek (12 Disember 2019). "Tetuang, warisan Melayu yang semakin pupus". Berita Harian. Dicapai pada 26 Oktober 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  5. ^ a b Kornhauser, Bornia (2015). Indonesia's Malay Arts, An Exhibtion: with Special Reference to the Riau Islands. The Music Archive of Monash University & Museum of Indonesian Arts. m/s. 23, 28.
  6. ^ Farrer, Douglas S. (2009). "5: The Guru Silat". Shadows of the Prophet: Martial Arts and Sufi Mysticism. Springer Science+Business Media B.V. m/s. 196. ISBN 978-1-4020-9355-5.
  7. ^ Wilkinson, Richard James (1932). "tuang". A Malay-English dictionary (romanised). II. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 605 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.

Pautan luar sunting