Tewodros II
Téwodros II (Ge'ez: ቴዎድሮስ௰? , dibaptis sebagai Sahle Dingil) (c. 1818 – April 13, 1868) Maharaja Habsyah dari 1855 sampailah kemangkatannya.
Tewodros ቴዎድሮስ | |
---|---|
Maharaja Habsyah | |
Maharaja Habsyah | |
Pemerintahan | 11 February 1855–13 April 1868 |
Kemahkotaan | 11 February 1855 |
Didahului oleh | Sahle Dengel |
Diikuti oleh | Tekle Giyorgis II |
Keputeraan | Kassa Hailegiorgis sekitar 1818 Quara Gondar Amhara |
Kemangkatan | 13 April 1868 (aged 49–50) |
Pemakaman | Magdala Wollo, Habsyah Gereja Medhane Alem, Magdala (makam asal) Mahbere Selassie Convent, Qwara (kini) |
Pasangan | Tewabech Ali Tiruwork Wube |
Anakanda | Prince Alemayehu |
Kerabat | Wangsa Salomo |
Ayahanda | Hailegiorgis Woldegiorgis |
Bonda | Woizero Atitegeb Wondbewossen |
Agama | Gereja Ortodoks Tewahedo Habsyi |
Baginda diputerakan dengan nama Kassa Hailegiorgis' (Ge'ez: ካሳ ኃይ௮ሉ? — maksud "pengembalian-Nya" dan "kuasa-Nya"). Pemerintahannya sering dijadikan titik permulaan Habsyah Moden selepas berakhirnya pergelutan antara ketua-ketua dalam Zemene Mesafint ("Zaman Hakim-Hakim").
Keputeraan
suntingPemerintahan
suntingBaginda berusaha untuk menyatukan dan memodenkan keseluruhan Ethiopia. Walau bagimanapun, keberadaannya yang jauh selama pemerintahannya sebagai maharaja menyebabkan adany percubaan daripada sesetengah ketua yang memberontak agar mengusir baginda ketika baginda keberangkatan untuk berperang
Baginda memindahkan ibu kota Empayar dari Gondar, pertama untuk Debre Tabor, dan kemudiannya ke Magdala. Baginda turut mengakhiri perebutan kuasa antara raja-raja dari seluruh Habsyah yang berlarutan selama hampir dua abad melalui pengilhakkan Gojjam, Shewa dan Wollo yang sebelum ini diperintah cabang kerabat Salomo (di Gojjam dan Shewa) atau orang kaya yang lain (Wollo). Pesaing-pesaing yang dikalahkan baginda serta keluarga mereka dipenjarakan di Magdala.
Konflik dengan Empayar British serta pembunuhan diri
suntingKedua-dua belah pihak bertemu di Arogye, sebuah dataran menghadap Magdala, pada 10 April 1868. British mengalahkan tentera Habsyi dengan kuatnya, sehingga banyak orang dari pihak Tewodros melarikan diri sehingga hanya 4,000 anggota sahaja yang tinggal. Tewodros II cuba untuk membuat perdamaian, Napier pula membalas dengan pesan berterima kasih padanya untuk ini tawaran perdamaian dan menyatakan bahwa dia akan melayan baginda dan kerabat dengan oenuh maruah. Tewodros II menganggap dari balasan tersebut bahawa baginda akan ditahan lalu menjadi murka. British membedil Magdala dengan giat sehingga mengorbankan banyak penyokong Tewodros II yang tinggal. Baginda melepaskan kesemua tahanan warga Eropah yang tidak diapa-apakan, namun baginda memerintahkan agar 300 tahanan Habsyi dicampakkan dari tebing.[1][2] Baginda membunuh diri pada Isnin Paskah, 13 April 1868, semasa tentera British menyerbu benteng Magdala. Baginda dikatakan telah menggunakan pistol yang dianugerahkan olehRatu Victoria dan disampaikan oleh Konsul Cameron untuk kegiatan tersebut.[3][4] Mayat baginda dimakamkan tentera British di Gereja Ortodoks Medhane Alem ("Penyelamat Dunia"), Magdala.[5]
Rujukan
sunting- ^ Blanc, Henry (1868). A Narrative of Captivity in Abyssinia. London. m/s. 388–390.
- ^ Henty, G. A. (1868). The March to Magdala. London. m/s. 389.
- ^ Myatt, Frederick (1970). The March to Magdala: The Abyssinian War of 1868. London: Leo Cooper. m/s. 164.
- ^ Stanley, Henry M. (1874). Coomassie and Magdala. London: Sampson Low. m/s. 449.
- ^ "Tewodros II". Diarkibkan daripada yang asal pada 23 April 2009. Dicapai pada 22 April 2009. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan)