Théophile Steinlen

Théophile Alexandre Steinlen (10 November 1859 – 13 Disember 1923), merupakan pelukis Art Nouveau Perancis kelahiran Switzerland.

Steinlen, yang dilukis oleh Pieter Dupont, 1901

Dilahirkan di Lausanne, Steinlen belajar di Universiti Lausanne sebelum mengambil pekerjaan sebagai pelatih pereka di sebuah kilang tekstil di Mulhouse, timur Perancis. Ketika berusia awal dua puluhan, beliau yang masih mengembangkan bakat melukisnya telah diberi galakan oleh pelukis François Bocion untuk berpindah ke kawasan komuniti artistik di masih membina bakat melukisnya Montmartre Quarter, Paris. Semasa di sana, beliau telah berkenalan dengan pelukis Adolphe Willette. Willette telah memperkenalkan beliau kepada penonton artistik di Le Chat Noir yang telah mengupahnya untuk membuat poster untuk pemilik kabaret, Aristide Bruant.

Pada awal 1890-an, beberapa lukisan Steinlen telah dipertontonkan di Salon des Indépendants.

Rumahnya di Montmartre dan sekitarnya, adalah subjek kegemaran sepanjang kehidupan Steinlen dan beliau sering melukis pemandangan beberapa aspek kehidupan yang lebih berat di kawasan itu. Selain melukis dan mewarna, Steinlen juga melakukan seni pahat, terutamanya kucing. Beliau turut menjadi penyumbang kepada majalah Le Rire dan Gil Blas selain beberapa penerbitan lain termasuklah L'Assiette au Beurre dan Les Humouristes. Dari tahun 1883 sehingga 1920, beliau telah menghasilkan beratus-ratus ilustrasi dengan menggunakan nama samaran untuk mengelak masalah politik atas kritikan beliau terhadap masalah sosial.

Steinlen meninggal dunia pada tahun 1923 di Paris. Pada hari ini banyak karyanya dipamerkan di pelbagai muzium serata dunia termasuklah di Muzium Hermitage yang terletak di St. Petersburg, Russia dan Galeri Seni Kebangsaan di Washington, D.C., Amerika Syarikat.

Pautan luar sunting