Thaksin Shinawatra
Thaksin Shinawatra (Bahasa Thai: ทักษิณ ชินวัตร , IPA: [tʰáksǐn tɕʰinnawát] (bantuan·maklumat); lahir 26 Julai 1949), ialah Perdana Menteri Thailand dari 2001 sehingga 2006, apabila beliau disingkirkan tentera. Beliau merupakan ketua parti populis Thai Rak Thai (TRT) sebelum pengharamannya. Beliau memulakan kerjayanya sebagai seorang pegawai polis, namun kemudian menjadi usahawan telekom dan antara orang terkaya di thailand.
Thaksin Shinawatra ทักษิณ ชินวัตร | |
---|---|
Perdana Menteri Thailand ke-23 | |
Dalam jawatan 9 Februari 2001 – 19 September 2006 | |
Raja | Rama IX |
Didahului oleh | Chuan Leekpai |
Digantikan oleh | Sonthi Boonyaratglin (sementara) Surayud Chulanont |
Butiran peribadi | |
Lahir | San Kamphaeng, Wilayah Chiang Mai | 26 Julai 1949
Kerakyatan | Thailand |
Parti politik | Thai Rak Thai (dahulu) |
Pasangan | Potjaman Shinawatra (1980-2008) |
Profesion | Ahli perniagaan |
Tandatangan |
Satu rampasan kuasa ketenteraan berlaku pada 19 September 2006 ketika Thaksin berada di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk berucap pada pembukaan Perhimpunan Agung. Tribunal yang dilantik Majlis Keselamatan Kebangsaan (MKK) membubarkan parti Thai Rak Thai atas sebab penipuan undi, dan menyekatnya dan pimpinan TRT daripada berpolitik selama 5 tahun.[1] Jawatankuasa Pemeriksaan Aset yang turut dilantik MKK pula membekukan 76 billon baht ($2.2 bilion) asetnya di Thailand, mendakwa dia menjadi terlalu kaya ketika berkuasa.[2] Thaksin dan keluarganya mengisytiharkan aset bernilai cuma 15.1 bilion baht ketika mula berkuasa pada 2001.[3] Sehingga kini, tiada keputusan undung-undang telah dibuat mengenai hartanya.
Thaksin yang ketika itu tinggal di London kembali ke Thailand pada 28 Februari 2008, selepas parti pengganti TRT memenangi pilihan raya baru.[4] Namun selepas melawat Beijing untuk Sukan Olimpik 2008, dia tidak kembali untuk mendengar dakwaan dan memohon suaka di United Kingdom. Pada Oktober, Mahkamah Agung Thailand mendapati beliau bersalah dalam kes konflik kepentingan dan menghukumnya 2 tahun penjara in absentia.[5] Asetnya sebanyak $4.2 bilion di UK kemudian dikatakan dibekukan kerajaan UK, namun ini tidak disahkan atau dinafikan kerajaan UK.[6]
Pada April 2009, Thaksin menyokong bantahan anti-kerajaan oleh Barisan Demokrasi Bersatu menentang Kediktatoran (UDD) terhadap kerajaan Abhisit Vejjajiva, yang menuntut Thaksin dibenarkan kembali dan bebas daripada semua dakwaan rasuahnya.[7] Kerajaan membatalkan pasport Thaksin kerana peranannya dalam mengapi-apikan bantahan hingga menyebabkan pembatalan sidang kemuncak ASEAN di Pattaya dan rusuhan yang terjadi.[8][9][10] Thaksin menafikan memimpin UDD, sebaliknya mendakwa cuma memberikan "sokongan moral."[11]
Pada 4 November 2009 Thaksin dilantik oleh kerajaan Kemboja sebagai penasihat ekonomi, menyebabkan Perdana Menteri Thailand Abhisit Vejjajiva memanggil dutanya pulang dari Kemboja sehari kemudian.[12] Beliau juga menyatakan yang Kemboja masuk campur hal dalaman Thailand dan akibatnya persetujuan kerjasama dua negara itu akan disemak semula. Kemboja kemudian mengumumkan yang dutanya ke Thailand juga akan dipanggil pulang sebagai tindakan balas.[13]
Protes jalanan baju merah
suntingPada 25 Mei 2010, Mahkamah Jenayah Thailand telah meluluskan satu waran tangkap terhadap beliau kerana menghasut dan membiayai bantahan besar-besaran sehingga mencetuskan kekacauan dan kematian lebih 88 orang. Thaksin dikatakan menaja protes kumpulan baju merah di tengah bandar raya Bangkok dari 12 Mac hingga Mei 2010.
Beliau dilaporkan menjadi pemegang pasport Montenegro dan berurusan di bank Podgorica, ibu negara Montenegro. Sebelum ini beliau telah melarikan diri ke Dubai dan Phnom Penh bagi mengelakkan sabitan rasuah di Thailand. Aset bernilai $1.4 bilion milik Thaksin telah dibekukan oleh mahkamah bersabit kes rasuah syarikat telekomunikasi. Thaksin menggunakan siaran video secara langsung dan rakaman bagi mengekalkan pengaruhnya.[14][15]
Sastera
sunting- Bidhya Bowornwathana (2004). "Thaksin's model of government reform: Prime Ministerialisation through "a country is my company" approach". Asian Journal of Political Science. 12 (1): 135–153. doi:10.1080/02185370408434237.
- Pavin Chachavalpongpun (2010). Reinventing Thailand: Thaksin and His Foreign Policy. Singapura: Institute of Southeast Asian Studies. ISBN 978-616-215-000-5.
- John Funston, penyunting (2009), Divided over Thaksin: Thailand's Coup and Problematic Transition, Singapore: Institute of Southeast Asian Studies, ISBN 978-981-230-961-7
- Kevin Hewison (2010). "Thaksin Shinawatra and the reshaping of Thai politics". Contemporary Politics. 16 (2): 119–133. doi:10.1080/13569771003783810.
- Duncan McCargo; Ukrist Pathmanand (2005), The Thaksinization of Thailand, Copenhagen: NIAS Press, ISBN 87-91114-46-2
- Pasuk Phongpaichit; Chris Baker (2009), Thaksin (ed. 2nd), Silkworm Books, ISBN 9789749511794
- Pasuk Phongpaichit; Chris Baker (2008). "Thaksin's populism". Journal of Contemporary Asia. 38 (1): 62–83. doi:10.1080/00472330701651960.
Rujukan
sunting- ^ BBC News, Thai party's disbandment solves little, 1 Jun 2007
- ^ The Nation, Thaksin's assets frozen, 12 Jun 2007
- ^ China Daily,Reports: Thailand's former PM Thaksin divorces, 15 November 2008.
- ^ CNN, Lawyer: Thaksin 'poised' to return, 25 Februari 2008
- ^ New York Times, Thai Court Convicts Ex-Premier for Conflict in Land Deal, 21 Oktober 2008
- ^ Straits Times, Down to his last US$500m, 26 Disember 2008
- ^ "Thaksin pitches 'all-out' fight". Bangkok Post. 30 Mac 2009.
- ^ "Thaksin's passport revoked, retains citizenship". Bangkok Post. 15 April 2009.
- ^ The Nation, Thai FM revoked Thaksin's diplomatic passport
- ^ MCOT, Bt10 million BMA property damage from protest; religious rites to be held, 16 April 2009
- ^ BBC, Thaksin on protests in Thailand, 13 April 2009
- ^ "Thai envoy recalled from Cambodia". BBC News. 5 November 2009.
- ^ "Cambodia recalls ambassador to Thailand over Thaksin issue". Xinhua. 5 November 2009.
- ^ Thaksin Still Stands Amid Thai Turmoil
- ^ Thaksin Weighs Filing Case Against Thai Government
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Thaksin Shinawatra |
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Thaksin Shinawatra |
{{#if:Thaksin Shinawatra|
Wikiberita mempunyai berita-berita yang berkaitan dengan: Thaksin Shinawatra |
- Profile: Thaksin Shinawatra at BBC News
- Thaksin Shinawatra Interview 2008—Arabian Business
- Thaksin interview with Radio France Internationale/France 24 TV in English
- Penampilan thaksinshinawatra di C-SPAN
- Karya oleh atau mengenai Thaksin Shinawatra di perpustakaan (katalog WorldCat)
- Thaksin Shinawatra collected news and commentary at Asian Correspondent
- Thaksin Shinawatra collected news and commentary at Breaking Legal News
- Thaksin Shinawatra koleksi berita dan komen di The New York Times
- High tension in Thailand – a chronology of events in the political crisis of 2005–2006
- NewMandala - Southeast Asia Politics, hosted by the Australian National University (ANU) College of Asia and the Pacific.
- John Berthelsen, Asia Sentinel (4 August 2010). "Thaksin and Thailand's contentious foreign policy" (news, blog). Book review. Asian Correspondent. Dicapai pada 29 November 2011.
Reinventing Thailand: Thaksin and His Foreign Policy. Pavin Chachavalpongpun, Institute of Southeast Asian Studies and Silkworm Books. 354 pp. Paperback.
Penyandang Terdahulu | Perdana Menteri Thailand 2001–2006 |
Penyandang Kemudian |
Chuan Leekpai | Surayud Chulanont |