Thaler Geneva ialah mata wang Geneva sehingga 1798 (kecuali buat tempoh yang singkat antara 1794 hingga 1795) serta antara 1813 hingga 1839. Ia dibahagikan kepada 12¾ florin, dengan setiapnya bernilai 12 sol. Setiap sol itu dibahagikan pula kepada 12 denier.

Pada akhir abad ke-18, duit syiling bilon dikeluarkan dalam jenis mata wang:

  • 6 dan 9 denier;
  • 1, 1½, 3 dan 6 sol;
  • 15 sol perak;
  • 1 thaler perak; dan
  • 1 dan 3 pistole emas.

Jenis mata wang ½ thaler diukir pada duit syiling sebagai "VI FLORINS IVS VID", dengan jenis mata wang 1 thaler diukir sebagai "XII FLORINS IXS".

Sejarah sunting

Thaler Geneva merupakan mata wang Republik Geneva sehingga 1794 apabila ia digantikan dengan genevoise. Genevoise diedarkan hanya sehingga tahun yang berikut, apabila duit syiling thaler dipulihkan sebagai mata wang Republik. Pada 1798, Geneva diilhakkan oleh Perancis dan duit syiling franc Perancis menggantikan duit syiling thaler. Selepas mencapai kemerdekaan daripada Perancis pada 1813 dan menyertai Gabungan Switzerland pada 1815, duit syiling thaler digunakan semula sebagai mata wang Geneva. Ia diedarkan sehingga 1839 apabila ia digantikan oleh duit syiling franc.

Rujukan sunting

  • Krause, Chester L. dan Clifford Mishler (1991). Katalog Piawai Duit Syiling Dunia: 1801–1991 (ed. ke-18). Krause Publications. ISBN 0873411501.