Assistant Professor Dr Sr Tham Kuen Wei merupakan seorang ahli ekonomi hartanah yang dianugerahkan Anugerah Pelajaran Diraja dari Majlis Raja-raja Melayu oleh Sultan Perak[1][2][3][4] , Sultan Nazrin Shah dari Perak yang juga Canselor Universiti Malaya. Dr Sr Tham merupakan saksi pakar penilaian bagi beberapa kes yang melibatkan nilaian ratusan juta aset, saham dan harta intelek di Mahkamah Tinggi Malaya. Dr Tham turut merupakan pakar penilai forensik bagi pelbagai kes penipuan, hutang pulih, insolvensi dan pertikaian.

Assistant Professor Dr

Tham Kuen Wei

Pingat Jaya Cemerlang
Kelahiran
Assistant Professor Dr Tham Kuen Wei

WarganegaraMalaysia
Nama lainDr Tham, Master Tham
Pekerjaan
  • Pakar Ekonomi Hartanah
  • Perunding Feng Shui
  • Penilai, Agen Hartanah dan Pengurus Hartanah
  • Pelelong Berlesen
OrganisasiUniversiti Malaya

Khazanah Nasional

Royal Institution of Chartered Surveyors (UK)

Pertubuhan Juruukur diRaja Malaysia

Ahli Majlis Tertinggi Majlis Pelelong Malaysia (MPM)

Ahli Lembaga Penilai dan Pentaksir Malaysia
Ibu bapaTham Fook Cheong (Bapa)
AnugerahAnugerah Pelajaran Diraja oleh Majlis Raja-Raja Malaysia

Beliau turut merupakan presiden dan pengasas Kesatuan Harta Tanah Kebangsaan (NURES), yang penting dalam mengumpul graduan Varsity untuk menyatukan dan mendorong pembaharuan praktis pengurusan hartanah serta mewujudkan kesedaran yang lebih besar mengenai pengawalseliaan dan pengurusan hartanah di Malaysia[5]. Beliau dianugerahi landasan pantas PhD oleh Universiti Malaya tanpa memerlukan sebarang Ijazah Sarjana, atas sumbangan beliau dalam bidang penyelidikan harta tanah.

Pembiayaan Penyelidikan Khazanah Nasional sunting

Tham dianugerahkan laluan pantas bagi PhD tanpa sebarang Ijazah Sarjana oleh Universiti Malaya yang merupakan universiti utama Malaysia . Ini merupakan tawaran yang jarang berlaku kerana kebiasaanya, Ijazah Sarjana adalah wajib sebelum sebarang tawaran ke PhD diberikan[6]. Sebagai pakar ekonomi econometrik, Tham dibiayai oleh Khazanah Nasional yang merupakan syarikat induk cabang pelaburan kerajaan Malaysia serta dana terbesar di Malaysia untuk menjalankan penyelidikannya dalam membangunkan implikasi faktor makroekonomi mempengaruhi pinjaman hartanah bermasalah di Malaysia pada tahun 2015 dan 2016 bagi menghadapi kemungkinan gelembung pasaran hartanah di Malaysia. Penerbitan awalnya termasuk "Penentu Makroekonomi terhadap Pinjaman Harta Bermasalah di Malaysia dan Kesan Paradoksinya terhadap Pinjaman Hartanah" dan "Faktor-faktor yang Mempengaruhi Indeks Harga Rumah Malaysia"[7]. Ramai yang memuji penemuannya terhadap pencegahan pecah gelembung ekonomi hartanah. Tham juga secara terbukanya menentang lelongan harta tanah secara laman web yang tidak telus di Malaysia. Beliau ditemurah oleh pelbagai berita dan media termasuk The Star dan News Straits Times, Utusan Melayu dan Berita Harian[8][9][10].

Usaha Kebajikan sunting

Pada tahun 2015, semasa di Universiti Malaya sebagai ahli Majlis PMUM, Tham menganjurkan dan membantu mengumpul dana lebih RM178,000 untuk membina semula rumah untuk mangsa banjir di Tumpat, Kelantan. Lebih 30 buah rumah telah dibina semula dan diperbaiki dalam usaha tersebut. Tham juga telah melakukan kerja-kerja untuk Yayasan Buah Pinggang Malaysia, Sekolah Semangat Maju, Orang Asli yang kurang bernasib baik di Pahang, Warga Prihatin Selangor, Ray of Hope, projek ECM di Pulau Pinang, Kaseh4u Soup Kitchen dan Kumpulan Sokongan Hospital IJN[11][12].

Geran Penyelidikan & Sumbangan sunting

Assistant Professor Dr Tham menerima geran penyelidikan dari Khazanah Nasional sebanyak RM140,000 pada tahun 2017, dan FRGS sebanyak RM59,800 pada tahun 2023 di mana penyelidikan beliau tertumpu dalam pasaran kewangan hartanah negara Malaysia serta menyumbang dari segi formulasi polisi kewangan hartanah di Malaysia. Assistant Professor Dr Tham turut terlibat dalam pembentangan usul polisi Majlis Pelelong Malaysia kepada Perdana Menteri Malaysia ke-10, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar bin Ibrahim.

Dr Tham dalam pembentangan usul polisi Majlis Pelelong Malaysia kepada Perdana Menteri Malaysia ke-10, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar bin Ibrahim.

Saksi Pakar Mahkamah Tinggi Malaya sunting

Assistant Professor Dr Tham merupakan saksi pakar penilaian bagi beberapa kes yang melibatkan nilaian ratusan juta aset, saham dan harta intelek di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur. Dr Tham turut merupakan pakar penilai forensik bagi pelbagai kes penipuan, hutang pulih, insolvensi dan pertikaian.

Persatuan Professional sunting

Tham merupakan ahli FIABCI International (Fédération Internationale des Administrateurs de Biens Conseils Immobiliers), Royal Institution of Surveyors Malaysia, Pacific Rim Real Estate Society, dan anggota ahli Majlis Pelelong Malaysia. Dr Tham turut merupakan ahli berdaftar Lembaga Penilai, Ejen & Pentaksir Hartanah di Malaysia. Sebagai ahli Majlis Tertinggi Majlis Pelelong Malaysia, Dr Tham terlibat dalam penggubalan dan pencadangan polisi serta rang undang-undang Akta Pelelong yang diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara. Dr Tham turut terlibat secara aktif dalam pembelaan kebajikan pelelong-pelelong.

Galleri sunting


Rujukan sunting

  1. ^ "Malaysia Top Honors". The Star News Malaysia.
  2. ^ "Perak Youth Epitome of Holistic Graduate". News Straits Times. 2016.
  3. ^ "Utusan Melayu".
  4. ^ "Berita Harian". Berita Harian Nasional.
  5. ^ "National Union of Real Estate Malaysia". Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  6. ^ "University of Malaya Awards Fast Track for PhD". The Property Times.
  7. ^ Kuen Wei, Tham (2015). "Macroeconomic determinants and its Paradoxical effect towards non performing property loans in Malaysia". University of Malaya: 88.
  8. ^ "Hyrbid Bidding is a Safer Option". The Star Newspaper. 2016.
  9. ^ "Hybrid Bidding is a Safer Option". Malaysia Property Times.
  10. ^ "Introduce More Stringent Measures in Real Estate". The Star.
  11. ^ "News Straits Times, 2016". News Straits Times.
  12. ^ Utusan Melayu. 2015 http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/kelantan/30-rumah-dibaik-pulih-1.78068. Missing or empty |title= (bantuan)